Rambut adalah mahkota buat wanita, sudah pasti setiap wanita menginginkan rambut yang lurus dan cantik. Namun begitu, bukan semua mengetahui cara penjagaan yang betul. Banyak produk yang menjanjikan hasil yang baik, namun tidak semestinya produk berkenaan bersesuaian dengan rambut anda.

Tahukah anda, susu mampu memelihara rambut anda dengan baik. Selain banyak manfaat untuk bada, rambut juga tidak ketinggalan. Jangan anda sangka susu hanya baik untuk kesihatan dalaman badan sahaja. Memang ia kaya dengan protein dan juga vitamin, namun manfaat itu turut berkesan jika diaplikasikan pada rambut.

Lihat Hasil Bila Anda Bilas Rambut Menggunakan Susu!
Mendapatkan rambut yang cantik dan bersinar, anda tidak perlu melabur wang dengan banyak. Cukup anda amalkan mandi susu, ataupun hanya membilas rambut anda dengan air susu.

IKLAN

Ini kerana kandungan kalsium dan juga protein dalam susu memberi kekuatan pada rambut agar kekal sihat dan juga cantik.

Seorang hair stylist Richard Marin turut mengakui kehebatan susu yang dibilas pada rambut. Katanya rambut yang dibilas dengan susu kelihatan lebih berkilau.

IKLAN

Lihat Hasil Bila Anda Bilas Rambut Menggunakan Susu!

IKLAN

Anda boleh mencampurkan susu dengan bahan lain seperti madu dan strawberry untuk meluruskan rambut anda, selain membantu menjadikan rambut lebih rapi dan lembut.

Satu lagi kehebatan susu, bahan dalam susu berupa alpha hydrozy acid berfungsing membantu pengelupasan kulit kepala yang tidak sihat dan akhirnya membenarkan rambut tumbuh dengan lebat dan kuat. Sekian petikan dari Bm.cari.com.my

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI