Zaman sekarang apa-apa pun boleh jadi dalam rumah tangga, tak kisahlah walaupun benda tu hanya kecil sahaja ia mampu merosakkan hubungan anda dan si dia.
Sebab itu penting komunikasi diantara anda dan pasangan, untuk menyelesaikan masalah sebaik mungkin.
Namun, anda pernah tak berasa pelik dengan perangai isteri/suami anda? macam si dia tiba-tiba sahaja berubah? Ini mungkin ‘taktik’ pasangan kita untuk curang. Nak tahu lebih lanjut semak perkara-perkara ini.
1. Panggilan tak selalu dijawab
Selalu tiap hari call, tiba-tiba senyap sahaja tanpa khabar, sampai tak mesej seminggu. Apa dah jadi?
2. Tukar kata laluan telefon
Masa dia setia, sampai thumbprint kita pun ada dekat telefon dia. Lepas tu, dah takde atau dia tukar password secara tiba-tiba.
3. Elak untuk berjumpa
Dulu masa bercinta, sejam tak jumpa dah rindu. Tiba-tiba, kali ni bila ajak jumpa banyak alasan dia bagi. Busy kerja lah. Assignment banyak lah. Rupanya keluar dating dengan orang lain.
4. Tersasul sebut nama orang lain
Tengah-tengah call tiba-tiba tersebut nama perempuan lain. Tak rasa pelik ke? Selalu dia bahasakan diri dia “bie”, tiba-tiba jadi “b”. Walaupun perubahan yang nampak kecik tapi besar sebenarnya.
5. Selalu cari masalah dengan kita
Bila dia dah mula cari masalah dengan kita walaupun benda kecil, mesti ada sesuatu yang dia sorok. Sebab selalu dia bukan macam itu orangnya.
6. Dah tak bagi tengok gambar dalam telefon
Selalu mesti dia bagi, tiba-tiba satu hari tu dia tak bagi. Dari sini korang dah boleh rasa memang ada benda yang dia sorok dari korang.
7. Merajuk yang tak dipujuk
Ini paling sedih, selalu dia akan pujuk kita bila kita merajuk tiba-tiba sekarang bila merajuk dia dah tak layan. Pandai-pandai lah pujuk hati sendiri.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Panduan & Langkah Saat Menemukan Cinta Sejati!
Sesunggunya jatuh cinta itu bukanlah satu kesalahan. Ia merupakan hakikat dan fitrah yang dirasakan oleh setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Jika ditakdirkan tiba-tiba anda terjatuh hati, atau terpikat, atau tersuka kepada seseorang yang mana sebelumnya perasaan tersebut langsung tidak ada, maka terima dan raikannya terlebih dahulu.
Oleh sebab itulah panduan dan langkah yang betul perlu dilaksanakan agar perasaan suka, terpikat dan minat dapat dirai dengan sempurna. Setelah anda meletakkan diri anda dalam konteks yang betul dan stabil, maka barulah anda boleh ‘memandu’ fitrah tersebut ke jalan yang sepatutnya. Jom kita lihat 6 panduan dan langkah bernas ketika anda jatuh cinta dan menemukan cinta sejati!
1. HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Ini perkara yang paling penting. Saat anda jatuh hati dan terpikat itu, bagaimana sebenarnya hubungan anda dengan Allah? Solatnya bagaimana, zikirnya bagaimana, bacaan Al-Quran dan amalan sunat yang lain di tahap mana?
Ini kerana, suara hati yang selamat adalah suara hati yang paling teguh dan kukuh hubungannya dengan Allah.
Di dalam hadith Nabi s.a.w menyebut bagaimana hati boleh menjadi hitam, gelap dan keras akibat daripada amalan dosa tanpa taubat. Justeru hati yang seperti itu bicaranya sangat bahaya. Bicaranya lebih condong ke arah kejahatan, kemungkaran dan kemaksiatan. Maka berhati-hati. Tatkala mahu mendengar suara hati tersebut, perbaiki dahulu perhubungan dengan Allah ta’ala.
2. IMAN ATAU NAFSU
Tanya kembali pada hati, apa yang membuatkan anda terpikat? Anda mungkin sukar untuk jujur dengan orang lain. Tapi anda secara hakikatnya boleh jujur dengan diri sendiri.Jika faktor rupa paras atau bentuk tubuhnya sangat dominan di pertimbangan anda, besar kemungkinan anda akan berdepan dengan jatuh hati pada banyak lagi keadaan yang lain. Maknanya, hari ini terpikat dengan Timah, esok dengan Yati pula. Lusa nampaknya Ina lebih baik, dan sebagainya.
Tetapi jika faktor budi bahasanya, atau kecantikan akhlaknya yang mendominasi, anda lebih dekat dengan zon selamat. Tinggal lagi untuk mengawal dan mengemudi hati ke landasan yang sepatutnya.
3. MASUK SECARA TERHORMAT
Dalam Islam, bab hubungan manusia sesama manusia adalah bab yang diperakui pentingnya. Tidak ada mana-mana bahagian pun dalam Islam yang mencacatkan atau menidakkan soal hubungan manusia sesama manusia, sebaliknya sangat dititkberatkan dan disertakan pula dengan pelbagai panduan dan peraturan.
Maka untuk menyambut suara hati dan memandunya ke jalan selamat, cara terbaik adalah dengan ‘masuk’ secara terhormat. Masuklah ke dalam hidupnya dengan cara yang paling baik. Bukan melalui pintu belakang. Rumah buruk macam mana sekalipun, kalau kita masuk ikut tingkap atau pintu dapur, tuan rumahnya tetap pasti merasa marah.
4. KETUK PINTU DENGAN PENUH ADAB
Sebelum masuk ke rumah orang, terlebih dahulu ketuklah pintu dan berilah salam. Kita sebagai tetamu, kalau datang dengan cara baik, insyaAllah tuan rumah juga akan layan kita dengan cara yang baik. Apa yang penting adalah kita lakukan dengan adab sebagai seorang muslim. Cara untuk ‘mengetuk pintu’ itu pelbagai. Samada sendiri atau menggunakan perantaraan seperti orang tengah dan sebagainya.
5. MENGENAL BESAR DAN LEBIH BESAR
Ketika perasaan tersebut menyesak jiwa dan mengganggu hati kita, biasanya kita terdorong untuk menganggap bahawa itulah persoalan paling besar yang perlu diatasi. Dengan apa cara sekalipun, perasaan tersebut mesti tertunai dan si dia mesti dimiliki.
Sebab itu ada yang mengistilahkan ia sebagai soal ‘hidup dan mati’. Seolahnya, kalau tak dapat akan menderita hingga mati.
Islam ternyata lebih awal menyediakan penyelesaian untuk kita. Islam mendidik kita supaya membezakan antara perkara besar dengan yang lebih besar. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda tentang takdir : Telah diangkat kalam dan telah keringlah dakwat.
Bermakna, semua perkara telah ada ketetapannya, termasuklah apa yang sedang kita usahakan. Justeru, melipatgandakan usaha dan ikhtiar itu tidak salah, cuma perlu dikawal supaya tidak ‘mencabar’ perkara yang lebih besar iaitu TAKDIR.
Paling cantik, mantapkan dahulu iman dan keyakinan dalam diri sebelum ‘mencabar’ diri untuk tampil ‘mengetuk pintu’.
6. BAHAGIA DAN SENYUM
Dalam apa keadaan sekalipun, kata kunci untuk tersenyum dan bahagia adalah REDHA. Justeru sangatlah penting untuk memegang panduan pertama yakni soal hubungan hati dengan Allah dalam menelusuri panduan-panduan seterusnya.
Yang penting, kita yakin bahawa setiap orang ada takdirnya masing-masing. Justeru mengapa tidak kita dan mereka berbahagia dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas setiap daripada kita?
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teknik Kumpul RM780 Sahaja Setahun, Simpan Ikut Nilai Bulan
Bila bercakap tentang kewangan, ramai orang selalu mengeluh, terutama bila menyentuh bab simpanan
Ini sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi orang ramai. Kadang-kadang duit yang dibelanjakan itu terasa seperti air yang mengalir; laju, deras, dan tiada halangan. Duit boleh ‘lesap’ dalam sekelip mata.Lebih malang lagi, perkara yang sama tidak terjadi pula sebaliknya. Kami pasti kebanyakan warga marhaen turut mengalami perkara yang sama seperti ini.
.
Kesimpulannya, susah sangat nak simpan duit. Jadi, macam mana nak simpan duit dengan mudah, tanpa perlukan sebarang ilmu pengurusan kewangan yang tinggi. Ada banyak cara sebenarnya. Salah satunya ialah teknik paling sempoi ini yang dikongsi oleh saudara Hafizul Hakim.
Bagi sesiapa yang selama ini mempunyai masalah untuk menyimpan, teknik ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk anda mula menabung. Senang sangat nak ikut!
.
Baca perkongsian penuh di bawah:
“Cuba bayangkan, apa korang dapat beli dengan RM780?”
Mesti banyak benda dapat dibeli. Melancong boleh, nak beli jersi Juventus original pun ok malah nak bawak anak isteri check in di resort mewah pun lepas. Kalau saya, dana sebegini lebih kepada reward pada family. Bawak pergi makan sedap dan sebagainya. Masa mula menyimpan kat mana-mana sekalipun, memang nampak sikit dan tak berbaloi. Apabila sampai penghujung, baru ia nampak sangat besar.
Contoh salah satu tabung yang kita boleh buat ialah Tabung Bajet. Tak payah berpasangan, sendiri pun boleh buat. Cuma sediakan balang kosong je!
Bermula dari Januari dengan RM10 kemudian penambahan RM20 pada Februari dan seterusnya.
Januari: RM10
Februari: RM20
Mac: RM30
April: RM40
Mei: RM50
Jun: RM60
Julai: RM70
Ogos: RM80
September: RM90
Oktober: RM100
November: RM110
Disember: RM120
Korang tahu tak, berapa jumlah total setahun ini bersamaan RM780! Banyak benda dapat dibeli dan dibuat dengan amaun jumlah ni kan. Haa sekarang dah bulan Ogos, sepatutnya ada RM360 dalam balang tu! Cuba korang bayangkan 10 tahun konsisten, dah ada RM7,780! Dapat pergi umrah dah.
Hafizul Hakim
Menyimpan itu mudah, kita yang buat susah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percaya Atau Tidak Bila Putus Cinta Lelaki Yang Lebih Merana
Lelaki juga manusia biasa. Kita boleh menangis apabila putus cinta (bagi yang berhati kering mungkin langsung tidak menitiskan air mata). Biasanya orang akan lihat, apabila putus cinta, wanita yang lebih derita. Tetapi sebenarnya lelaki yang lebih merana. Tidak percaya?.
Anda mungkin tidak mempercayai fakta ini. Namun ia telah dibuktikan melalui satu hasil penyelidikan yang dilakukan di Universiti Wake Forest, Utara Carolina, dan diterbitkan di dalam Journal of Health and Social Behavior. Hasil penyelidikan melibatkan 1000 orang dewasa (tidak pernah berkahwin) yang berusia 18 hingga 23 tahun, mendapati hubungan tidak bahagia lebih mempengaruhi lelaki berbanding wanita. Lelaki mengekspresikan kesedihan mereka dengan cara berbeza iaitu menerusi pelbagai masalah, manakala wanita lebih mengekspresi dengan bersikap murung.
Robin Simon iaitu Profesor bidang Sosiologi dari universiti tersebut menyatakan bahawa lelaki lebih beremosionaldari aspek positif hubungan cinta yang sedang terjalin. Katanya “ bagi lelaki muda, pasangan mereka sering menjadi sumber utama untuk mencurahkan kasih sayang. Berbeza dengan wanita yang cederung untuk berkongsi dengan keluarga mahupun teman-teman rapat”. Biasanya ketegangan dalam sesuatu hugungan itu dikaitkan dengan kesihatan emosi yang rendah, dan kerana hal tersebut akan mengacam identiti serta harga diri seorang lelaki.
Sekiranya lelaki secara emosional lebih dipengaruhi oleh kualiti hubungannya di saat ini, wanita pula lebih dipengaruhi oleh kenyataan sama ada mereka memiliki hubungan cinta atau tidak. Tidak hairanlah jika wanita lebih cederung untuk mengalami kemurungan ketika hubungan berakhir, dan sebaliknya mendapat manfaat lebih hanya dengan berada dalam sesuatu hubungan.
TIP HADAPI PUTUS CINTA
1-Berdamailah dengan diri sendiri- Untuk menghadapi kesedihan perpisahan, sebelum orang lain membantu anda, bantulah diri sendiri terlebih dahulu. Lupakan apa yang terjadi dengan memanjakan diri mu. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan diri rasa kurang tegang seperti ke spa untuk lakukan terapi.
2-Anda sedang tertekan dan merana kecewa, jadi jangan bebani emosi anda dengan mendengar suatu yang lebih mengusutkan fikiran daripada orang lain. Walaupun daripada kawan karib sendiri. Kecuali ia sesuatu manfaatyang boleh melegakan anda.
3-Luangkan masa lebih kerap dengan teman-teman rapat yang suka wujudkan situasi menghiburkan. Anda boleh lupakan masalah itu dengan cara gelak ketawa. Jika boleh, aturkan perjumpaan dan lakukan sesuatu perkara positif yang menyeronokkan.
4- Percaya dan anggaplah anda ditakdirkan untuk tidak bersama. Lakukan perubahan yang lebih baik pada diri sendiri dan carilah cinta baru yang pasti sedang menanti anda (berikan ruang dan masa sesuai untuk mencari cinta baru itu). Hubungi rakan wanita yang lama tidak anda hubungi. Jika dia masih ‘solo’, cubalah ajaknya keluar bersama. Mana tahu cinta anda berputik dari situ. Percayalah pada keajaiban cinta.
5- Jika selama ini anda kurang beri perhatian pada penampilan, tiba masanya kini anda lakukan perubahan. Ubah stail rambut, cara berpakaian. Tonjolkan diri yang baru dan itu boleh membuatkan anda berasa lebih percaya serta yakin diri.
6-Pastinya anda mempunyai hobi tertentu. Hilangkan rasa kesedihan dengan melakukan hobi anda itu lebih kerap. Jika anda suka memancing, ajak teman-teman untuk ikut sama. Pergi ke lokasi memancing lebih jauh dari tempat biasa.
7-Ini cara yang paling menyihatkan. Dengan cara bersukan dan beriadah juga membuatkan anda boleh melupakan segala masalah yang dihadapi. Pada masa yang sama ia boleh menyihatkan tubuh badan anda. Jika malas sekalipun, dengan berjogging atau berbasikal boleh menghilangkan rasa tegang yang sedang anda hadapi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI