Ramai yang salah faham dengan konsep “leader” dalam rumahtangga. Tugas suami sebagai leader keluarga bukan hanya bagi arahan sahaja tapi leader keluarga bertanggungjawab ke atas kesihatan, kebahagiaan dan keselesaan anak dan isteri mereka.

Malangnya, bagi ramai wanita, setelah menjadi ibu mereka bukan sahaja kena mengasuh anak, malah terpaksa juga mengasuh suami.

  • Malah, 46% daripada wanita mengatakan suami mereka menyebabkan stress lebih tinggi daripada anak-anak mereka!
  • Tiga orang dari empat yang masih ada pasangan mengatakan bahawa mereka melakukan kebanyakan tugas keibubapaan dan rumahtangga.
  • Satu dalam setiap lima ibu berkata tidak dapat bantuan daripada pasangan mereka adalah sumber utama stres setiap hari.

1. Suami Kena “Involve” Dalam Urusan Rumahtangga & Parenting

Tak pandai boleh belajar. Kalau tak buat langsung memang sampai bila pun tak pandai. Berani dan rajinkan diri, tanya isteri kalau ada apa – apa yang boleh di bantu. Jangan malu untuk jadi pandai, tapi malulah bila berlagak pandai!

Luahan Isteri-Isteri, Sebenarnya Lagi Pening Melayan Suami Dari Melayan Karenah Anak-Anak

IKLAN

2. Berbincang Tangga Kejayaan Rumahtangga

Ada tak puas hati isteri terus bincang dengan suami. Pendam tak datangkan faedah. Suami pula jangan ego, dengar baik – baik bila isteri luahkan perasaan tu. Kalau nak tahu, luahan isteri itu la penanda aras prestasi kita sebagai suami, ayah dan lelaki.

3. Isteri Tolong Percaya Pada Suami

Selalunya akan ada dua belah cerita. Suami cerita lain, isteri cerita lain. Berhenti salah menyalah. Mula percaya pada suami, yakinkan suami boleh buat sebab setiap lelaki pasti mahu jadi suami dan ayah yang terbaik buat keluarga.

4. Berhenti Kejar “Perfect”

Kadang – kadang bukan suami tak tahu buat kerja tapi si isteri yang terlalu cerewet. Sentiasa nampak salah suami. Suami yang nak membantu pun jadi tawar hati. Biarkan je macam mana suami nak buat, comot sikit tak apa asalkan dia tolong.

IKLAN

Luahan Isteri-Isteri, Sebenarnya Lagi Pening Melayan Suami Dari Melayan Karenah Anak-Anak

5. Sentiasa Hargai Diri Sendiri

Tolak godaan untuk sentiasa buat kerja. Ingatlah untuk menghargai masa anda sendiri untuk “self healing” dan menjaga kesihatan diri anda sendiri. Buat kerja biar berpada – pada, kesihatan kena jaga selalu.

IKLAN

“Ringan sama di jinjing, berat sama di pikul”

Ingat! Anda bukan hanya ibu bapa, anda berdua adalah rakan kongsi, anda berkongsi hidup sebagai satu keluarga. Leader ( suami ) yang baik adalah leader yang boleh “lead & protect” ahli keluarga mereka, bukannya “comand & conquer” !

Sumber: Mohd Fhais

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI