Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana cik suami berehat enak di depan televisyen tanpa berbuat apa? Timbul juga di benak rasa geram kerana tidak ada rasa ingin membantu anda yang sudah berpenat seharian di rumah. Baca perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad tentang kenapa lelaki bersikap malas.
Dalam tubuh lelaki terdapat hormone kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki.
Hormon ini bukan saja penting bagi meyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki,tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing,menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang dan mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami.
Hormone testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormone testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya,malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya,tidak kreatif dan tidak mampu menjalankan tugas sebagai suami dan ketua keluarga.
Ads
Oleh itu jika isteri perasan, suami yang bersemangat dan bersyahwat dalam kamar tidur adalah yang bersemangat melakukan kerja-kerjanya di luar rumah. Lelaki yang bersungguh-sungguh di luar rumah juga merupakan lelaki yang bertanggungjawab di dalam rumah.
Hormone testosterone mempunyai kitaran tersendiri. Kepekatan hormone testosterone tinggi di awal pagi dan semakin menurun menjelang petang. Oleh itu jangan terperanjat jika di awal pagi suami mudah mendapat penile erection. Kekerasan zakar itu disebabkan oleh hormone testosteroneyang semakin meningkat dalam tubuhnya.
Selain itu ramai lelaki yang menjadi letih bila memasuki waktu senja. Ini bukan sebab pengaruh jin, tetapi hormonenya semakin menurun.Jadi suami selalunya tidak bertenaga untuk melakukan kerja-kerja rumah apabila balik rumah.
Ads
Apatah lagi jika banyak kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal dan mental di tempat kerja. Jadi janganlah menganggap suami malas dan tidak membantu.
Walaupun ia adalah suatu tindakan yang tidak wajar, isteri kena faham kitaran hormone ini. Jika tidak ini akan menyebabkan ketegangan dalam keluarga. Suami akan bertambah stress dan menyebabkan hormonenya menjadi menurun, dan tidak lagi bermaya di dalam kamar tidur.Apatah lagi jika isteri bermasam muka ketika mengkritik tindakan suami yang kepenatan. Harus difahami, kepekatan testosterone akan meningkat jika dia merasakan bahawa dia puas dan berjaya melakukan kerja dengan sempurna.
Suami akan rasa puas apabila merasakan dia adalah seorang suami yang hebat dan melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan dengan baik.
Jadi cuba fikirkan apa akan jadi jika suami melihat muka isteri yang masam sedang membebel ketika dia sedang berehat pulang dari kerja. Suami akan terus menjadi lebih tertekan akibat hormon testosterone menjadi lebih rendah.
Ads
”Abang ni asyik lepak depan TV je. Tak membantu saya langsung. Saya penatlah..”
Kata-kata seperti ini akan membuatkan suami berasa gagal.
Bagaimana isteri boleh membantu suami?
Jika perlukan bantuan melakukan kerja-kerja di dalam rumah, mintalah bantuan dengan senyuman dan pujian. Pujilah suami melambung sebelum meminta bantuannya.
”Abang yang hensem, tolong saya cuci pinggan …”
Suami mana yang tidak cair jika isteri dengan nada yang lembut, menggoda dan memuji dirinya. Tentu dia segera akan melompat terus dari sofa dan meluru ke dapur untuk membantu isterinya. Elakkan muka masam ketika meminta bantuan suami. Muka yang manis akan menaikkan hormone tetstorone suami dan secara tidak langsung akan memberikan ’tenaga ekstra’ pada suami. Lupakan ’tongkah ali’. Senyuman isteri adalah yang terbaik meningkatkan hormone suami, secara tidak langsung akan membantu isteri di rumah. Allah saja yang lebih tahu..
Sumber: DrZubaidiHjAhmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman ini kita tak boleh cari menantu atau calon suami yang kerja tetap lagi. Zaman kerja goverment, jadi menantu kesayangan dah berlalu. Berilah peluang kepada lelaki yang kerja kecil tetapi impian dan azamnya besar.
Anda kena kagum dengan dua contoh ini, mereka tak bergantung dengan satu sumber pendapatan sahaja. Suami yang baik berusaha ingin selesakan keluarga mereka, biarlah mereka letih dan lakukan pelbagai kerja demi keluarga tercinta.
Jadi isteri, hargai suami begini. Jangan terlalu banyak meminta minta. Suami baik tak akan kata tidak boleh pada apa yang isteri suka. Mereka akan berusaha sampai dapat punya.
Sesekali lihatlah bil barang dapur setiap bulan, bil air dan elektrik yang suami bayarkan. Itu sahaja cukup menginsafkan. Bantu suami suami ini dengan buat belanja pendapatan.
1. Tulis dan catatkan setiap duit yang dapat dan belanjakan.
2. Minta suami buka akaun asing duit kerja sampingan mereka. Jangan campur akaun gaji pendapatan.
3. Belajar jangan guna duit pendapatan sampingan ini. Simpanlah untuk beli harta bukan liabiliti.
4. Beli takaful kemalangan di Pos Malaysia tak silap saya serendah RM80 setahun bayar ada perlindungan RM50,000 jika mereka ditimpa bencana kemalangan.
5. Peluk dan doakan mereka setiap kali keluar kerja. Nyawa mereka digadaikan demi keluarga tercinta.
Berilah mereka bekal untuk dibawa dengan penuh rasa cinta. Percayalah, anak dan isteri sedang bangga dengan anda. Kita mungkin tidak kaya, tetapi jadilah suami yang boleh dibanggakan anak isteri tercinta.
Suami itu sama seperti wang, susah disimpan tapi jangan sekali-sekali dibuang nanti diambil orang.
Sumber : Azizul Azli Ahmad
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi adat, kalau nak kahwin mesti ada persediaan kewangan yang kukuh kerana majlis perkahwinan bukan setakat habis seratus dua ratus ringgit tetapi boleh mencecah ribuan ringgit. Namun kini,ramai bakal pengantin mengambil pendekatan untuk lebih berjimat cermat demi menjaga SOP dan kewangan peribadi.
Kebiasaannya, bila ada majlis kahwin kita sebagai tetamu akan memikirkan hadiah paling best untuk dihadiahkan kepada pengantin. Sekalipun tidak ada majlis, tak ada salahnya jika kita sampaikan cenderahati kepada mereka yang baharu hendak membina keluarga. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban yang ditanggung.
Baru-baru ini viral satu video pasangan pengantin menerima cenderahati berupa perkakasan rumah dari teman-teman. Dapur masak, gayung, penyapu, mop dan macam-macam lagi hadiah yang diterima sehingga video ini mendapat tontonan lebih 300k!
Ok, ini antara barang yang anda boleh beli dengan mudah dan berpatutan di Shopee Malaysia.
PERIUK STIM
Sebelum ini kita asyik fikirkan periuk nasi kan? Apa kata kali ini kita berikan periuk stim sebagai hadiah kepada mereka. tak perlu sampai tiga tingkat, cukup dua tingkat sahaja. Boleh juga periuk stim ini digunakan untuk stim makanan seperti pau segera, dim sum dan ikan. Di samping cara penggunaan yang mudah, masakan stim juga boleh menjamin gaya hidup sihat.
Kipas berdiri sangat membantu sekiranya pengantin kurang bajet unutk pasang penghawa dingin di rumah. Tak sampai RM100, anda sudah boleh memilih kipas berdiri yang berkualiti. Tak perlu meja untuk letakkan kipas ini, pilihan anda terbaik untuk bakal pengantin melengkapkan barangan elektrik di rumah.
ALMARI BAJU
Walaupun almari baju yang satu ini diperbuat daripada plastik, tetapi rekaan dan fungsinya memberi keselesaan pada pengguna. Bajet untuk almari build in mahal juga, lagipun mungkin kebanyakkan pasangan baru berkahwin tinggal di rumah sewa. Jadi solusi kepada isu penyimpanan baju adalah almari plastik yang cantik ini. Tak perlulah bawa hadiah sebesar ini ke majlis resepsi, cukup sekadar bayar dan hantarkan ke alamat rumah pengantin.