Sebagai bakal mempelai tentu anda ingin kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih? Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk mendapatkan kebersihan tubuh yang lebih optimum.
Berikut merupakan lima rutin yang perlu anda amalkan ketika mandi agar di hari bahagia nanti anda akan tampil berseri.
LAKUKAN DRY BRUSHING
Sebelum mandi, anda digalakkan untuk melakukan dry brushing iaitu memberus tubuh badan dengan menggunakan berus lembut yang khusus untuk kulit. Kemudian baharulah anda mandi seperti biasa.
Ads
BERUS KUKU TANGAN DAN KAKI
Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini sebenarnya turut berperanan penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.
GUNA SABUN YANG MENGANDUNGI BUTIRAN SKRUB
Ads
Gunakan sabun yang mengandungi butiran skrub bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Dengan cara ini segala kekotoran dapat disingkirkan daripada kulit tubuh anda. Hasilnya kulit anda akan menjadi lebih segar dan bermaya.
PEMAKAIAN LOSEN
Ads
Untuk mengekalkan kelembapan kulit, anda digalakkan memakai losen selepas mandi. Aplikasikan losen pada tubuh selepas mengeringkan badan. Ini merupakan cara terbaik untuk anda mengenakan losen selepas mandi.
LUMUR RAMBUT DAN KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN
Untuk menyihatkan rambut, sapukan minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika dan kemudian cuci rambut dengan syampu dan lanjutkan pula dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya akan membuatkan rambut anda lebih lembut dan bersinar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertua orang tua-tua bila tanam uri dia akan letak garam, asam keping dan paku. Sebab apa ? Garam dan asam keping untuk hindari bau dari haiwan, paku adalah untuk mempercepatkan proses pereputan (Karat mempercepatkan daging mereput).
Sebenarnya, nak tanam uri ini tak perlu letak apa-apa pun, hanya bersihkan dan bungkus dalam kain, kemudian tanam, jangan bungkus guna plastik, letak garam seguni pun susah nak reput, tak perlu letak paku, tak perlu letak garam, apatah lagi letak kunyit.
Sekalipun kita rasionalkan dengan paku dan garam itu bagi memudahkan pereputan, cuba kita tanya balik, ada tak kita letak paku dan garam kat mayat yang dikebumikan, dengan alasan supaya cepat mereput.
Uri adalah protein semata-mata tidak ada tulang, tidak ada tahi. Jadi, uri sudah semestinya akan lebih cepat mereput, maka tak perlu la kita nak letak bahan-bahan untuk mempercepatkan proses tersebut. Cukuplah kita menanam dalam lubang yang agak dalam, supaya sesiapa pun tak mampu nak korek.
Jadi, alasan meletakkan paku dan garam untuk tujuan pereputan agak meragukan.
Saya pernah bertanya pada seorang bidan, kenapa nak letak paku ke, duri ke, jarum ke, garam ke, semasa menanam uri. Beliau memberitahu bahawa diletak garam supaya uri itu tidak dimakan oleh makhluk-makhluk halus (garam biasa digunakan dalam upacara merawat kerasukan, saka, pagar rumah dsb oleh pengamal perubatan tradisional). paku juga bertujuan begitu.
Tetapi, ada juga yang mempercayai, jika diletakkan paku, maka anaknya nanti akan mahir bertukang. Maka, konsep ini telah dimodenkan oleh orang2 tua lain dengan menanam pensel (supaya pandai belajar), tanam jarum (supaya pandai menjahit) dsb. Mungkin ada kes ibu-ibu yg menanam kalkulator (supaya anak jadi akauntan), tanam komputer (supaya anak jadi programmer) dsb yang tidak dilaporkan. kes-kes terpencil.
Maka itu, untuk menyelamatkan diri kita daripada terjebak dalam perkara-perkara yang merosakkan akidah ini, adalah lebih baik kita tanam uri tanpa apa-apa bahan sampingan.
Isteri solehah merupakan penyejuk jiwa dan harta dunia akhirat buat seorang suami. Siapa tak mahu memiliki isteri yang mendengar kata, baik budi bahasa, santun akhlaknya. Tapi untuk membentuk seorang wanita menjadi isteri solehah ini, ada satu senjata yang suami perlu amalkan iaitu doa seorang suami
DOA SEORANG SUAMI.
Seorang isteri sangat memerlukan doa seorang suami dalam hidupnya. Doa yang baik-baik, doa yang indah-indah.
.
Pernah terfikir tak, bila isteri buat “perangai”, asyik marah-marah, asyik bad mood, asyik merajuk, asyik membebel, mungkin kerana suami terlalu kurang atau belum cukup mendoakan isteri. Suami ingin isteri jadi sabar dan lemah lembut, tetapi jarang2 sekali mendoakan isteri. Lalu bagaimana?
.
Percayalah doa seorang suami itu mustajab.
Doakanlah isteri jadi seorang yang “haalim” iaitu berlemah lembut dan santun, santun terhadap suami, santun terhadap anak-anak.
.
Bantulah isteri memperbaiki kelemahan dirinya.
Isteri adalah hawa yang dicipta dari tulang yang bengkok, meluruskannya dengan paksa, akan mematahkannya. Luruskan dengan kelembutan dan kebaikan, eloklah dia.
.
.
Kredit : Aisyah Huraiyah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah dalam hubungan percintaan itu merupakan perkara biasa dan pastinya dialami oleh setiap pasangan. Namun, mengapa wujudnya masalah dan krisis dalam hubungan cinta anda? Adakah si dia tidak memberi komitmen yang tinggi dalam hubungan atau anda kurang fasih untuk membina hubungan berkualiti?
Perpisahan mahupun perceraian seringkali menjadi berita utama di dada-dada akhbar baik di dalam mahupun di luar negara. Jangan biarkan perkara ini terjadi pada diri anda. Ada cara dan langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku
Jom kita lihat lima cara dan langkah berkesan untuk mengatasi krisis dalam hubungan percintaan!
1. PENTINGNYA KOMUNIKASI
Terutamanya kepada golongan muda, kurang berkomunikasi adalah penyebab utama hubungan menjadi dingin. Perasaan cemburu, penipuan, dendam dan sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Luahkan saja perasaan tidak puas hati kepada pasangan. Jangan gentar untuk menjadi seorang yang jujur. Ambil masa untuk duduk berdiskusi, berbincang tentang perihal hubungan dan selesaikannya bersama. Secara tidak langsung, ia juga mengeratkan lagi diri anda dengan si dia.
2. USAH CEMBURU
Cemburu tanda sayang? Ya, benar. Namun, usahlah ada perasaan cemburu yang begitu serius hingga menyebabkan pasangan anda tidak bebas untuk berkawan dan terasa dikongkong. Sifat cemburu yang terlampau akan menyebabkan anda berasa marah, emosi kurang stabil dan hilang pertimbangan sehingga melakukan perkara yang mungkin tidak disukai oleh pasangan.
Selain itu, pasangan anda akan mula khuatir dan timbul keraguan terhadap kepercayaan anda pada si dia. Jelas, sikap cemburu anda haruslah kena dengan tempat, masa dan situasi untuk mengelakkan masalah dalam hubungan anda.
3. ELAK BERBOHONG
Mengapa harus menipu dalam hubungan? Sifat jujur merupakan kunci utama untuk mengekalkan hubungan bersama pasangan. Jangan sesekali memulakan penipuan kerana ia boleh menimbulkan permasalahan bersama si dia. Tidak kira sama ada perkara besar atau kecil, sentiasa berlaku jujur kepada pasangan dan usah berselindung di sebalik bayangan anda sendiri. Takut nanti, esok lusa, penipuan anda terbongkar dan pasangan anda langsung tidak menaruh kepercayaan terhadap anda.
Apa yang lebih teruk, si dia juga akan membuat perkara yang sama dan akhirnya akan menyebabkan hubungan bertukar negatif. Terapkan kepercayaan dan kejujuran dalam hubungan anda untuk membina rasa cinta yang lebih manis.
4. JANGAN AMBIL MUDAH
Kadang-kala, jika sesebuah hubungan itu sudah berada dalam tempoh yang lama, pasangan akan mula mengambil mudah mengenai hubungan cinta yang terjalin. Sudah tidak sehangat waktu pertama kali bercinta. Mengapa harus begitu? Seharusnya, semakin lama tempoh hubungan itu, semakin fasih setiap pasangan untuk mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin.
Pelajari dan fahami perkara terbaik untuk membuatkan pasangan anda bahagia. Dalam tempoh yang lama, sudah pasti anda cukup arif tentang karakter si dia. Gunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin supaya hubungan anda kekal lama. Jangan ambil ringan dan sentiasalah berusaha untuk menjadikan hubungan bersama si dia lebih berkualiti.
5. HINDARI PERBANDINGAN
Perbandingan adalah perkara tidak wajar dilakukan dalam sesebuah hubungan. Sebagai contoh, sesetengah pasangan kerap kali membandingkan hubungan sekarang dan masa lampau. Usah bangkitkan cerita lama. Ini akan menyebabkan si dia rasa khuatir terhadap anda.
Bukan itu sahaja, ada juga yang membuat perbandingan tentang bentuk badan, rupa paras ataupun cara pemakaian pasangan dengan orang lain. Hal ini menyebabkan pasangan akan hilang kepercayaan pada anda dan secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan menjejaskan kualiti hubungan anda. Jadi, usah membuat perbandingan, namun menasihati sesama lain adalah perkara yang terbaik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!