
Sebagai bakal mempelai tentu anda ingin kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Untuk kelihatan cantik, kebersihan diri harus diutamakan. Hanya dengan mencuci muka, memberus gigi dan memakai buih mandian, adakah anda yakin tubuh anda sudah benar-benar bersih? Jangan terlalu pasti, sebaliknya anda perlu mengambil sedikit masa untuk melakukan perkara-perkara lain untuk mendapatkan kebersihan tubuh yang lebih optimum.
Berikut merupakan lima rutin yang perlu anda amalkan ketika mandi agar di hari bahagia nanti anda akan tampil berseri.
LAKUKAN DRY BRUSHING
Sebelum mandi, anda digalakkan untuk melakukan dry brushing iaitu memberus tubuh badan dengan menggunakan berus lembut yang khusus untuk kulit. Kemudian baharulah anda mandi seperti biasa.
BERUS KUKU TANGAN DAN KAKI
Bahagian kuku tangan dan kuku kaki sering dipandang remeh ketika mandi. Kedua-dua bahagian ini sebenarnya turut berperanan penting dan perlu dijaga. Untuk membersihkan kuku, gunakan nail brush untuk memberus kuku tangan dan kuku kaki.
GUNA SABUN YANG MENGANDUNGI BUTIRAN SKRUB
Gunakan sabun yang mengandungi butiran skrub bagi membantu menanggalkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Dengan cara ini segala kekotoran dapat disingkirkan daripada kulit tubuh anda. Hasilnya kulit anda akan menjadi lebih segar dan bermaya.
PEMAKAIAN LOSEN
Untuk mengekalkan kelembapan kulit, anda digalakkan memakai losen selepas mandi. Aplikasikan losen pada tubuh selepas mengeringkan badan. Ini merupakan cara terbaik untuk anda mengenakan losen selepas mandi.
LUMUR RAMBUT DAN KULIT KEPALA DENGAN MINYAK ZAITUN
Untuk menyihatkan rambut, sapukan minyak zaitun pada keseluruhan rambut dan kulit kepala. Biarkan seketika dan kemudian cuci rambut dengan syampu dan lanjutkan pula dengan pemakaian perapi rambut. Hasilnya akan membuatkan rambut anda lebih lembut dan bersinar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mungkin Jodoh Anda Dan Si Dia Semakin Dekat Jika ada 4 Petanda Ini!

Banyak sebenarnya cara jodoh datang, tidak kira cepat atau lambat jika sudah tiba masa anda mendirikan rumah tangga ia pasti akan berlaku.
Namun, bagaimana kita ingin mengetahui bahawa jodoh kita semakin hampir? Adakah melalui mimpi atau petunjuk? Jom kita lihat apa tanda-tandanya.
1. Saling memaafkan
Anda mungkin seorang yang ego dan panas baran, tetapi apabila bersama si dia segalanya dipermudahkan. Anda mudah memaafnya begitu juga dengan dirinya.
2. Selalu bekerjasama dalam segala hal
Bila anda berkeras mahukan atau ingin mencapai sesuatu dia datang untuk menyokong dan memberi kata-kata semangat untuk anda. Anda akan lebih memberikan motivasi bukan sahaja pada diri sendiri malah kepadanya juga dalam pelbagai perkara.
3. Hati yang mantap
Hati manusia mudah berbolak-balik tetapi apabila anda bersama si dia, perasaan gelisah itu hilang dan tenang kerana anda fikir dia lah yang terbaik.
4. Ketenangan jiwa
Bila anda bersama si dia perasaan anda akan merasa tenang sahaja. Kerana dia membuatkan anda selesa dengan dirinya. Selain itu, si dia sering mengajak anda untuk melakukan perkara yang bermanfaat dabn berfaedah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Dah Rancang Nak Anak, Suami Isteri Jangan Pernah ‘Skip’ Makan Asid Folik. Penting tau!

Setiap pasangan yang dah berkahwin pasti menginginkan zuriat sebagai pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Sama ada cepat atau lambat, ia bergantung kepada rezeki yang Allah berikan. Kita hanya boleh merancang dan berusaha, selebihnya hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Jika anda sedang merancang untuk mempunyai zuriat, jangan lupa ambil asid folik. Ia penting untuk mencegah kecacatan janin dan boleh membawa maut iaitu Neutral Tube Defect (NTD). Anda digalakkan mengambil asid folik sebelum hamil lagi untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku.
Pengambilan asid folik ini ditekankan oleh Doktor Imelda Balchin di laman Facebooknya. Menurutnya, masih ramai lagi wanita di Malaysia tidak mengetahui kepentingan pengambilan suplemen folik asid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
***********************************************************************
Masih ramai lagi wanita Malaysia yang tak tahu apakah kepentingannya mengambil suplemen folic acid sebelum hamil dan diteruskan pengambilannya semasa tiga bulan pertama kehamilan.
Tujuan suplemen folic acid ialah bukan untuk kesuburan, dan bukan untuk mencegah keguguran.
Suplemen folic acid itu penting walaupun untuk wanita yang tiada masalah kesuburan.
Tujuan utama folic acid suplemen ialah untuk mencegah kecacatan janin yang teruk dan boleh membawa maut, iaitu Neural Tube Defect (NTD).
Salah satu contoh NTD ialah tempurung kepala yang tidak terbentuk, iaitu Anencephaly. Bila tiada tempurung kepala, tidak ada perlindungan kepada otak yang bertisu lembut. Akibatnya otak yang terdedah kepada air ketuban akan dihakis atau dikikis di dalam kandungan ibu, sehingga ia hancur dan hilang, dan kemudiannya bayi ini akan dilahirkan tanpa otak.
Kita boleh mengesan dan mengesahkan kecacatan anencephaly ini melalui imbasan ultrasound scan dari 11 minggu kehamilan, seperti di dalam gambar.
Janin yang tiada otak boleh hidup di dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan sebab tidak perlu bernafas sendiri. Ia mendapat oxygen terus dari uri ke dalam darahnya. Ia tak payah makan sebab boleh mendapat semua nutrisi dari uri terus ke dalam darahnya. Tetapi setelah dilahirkan, ia perlukan fungsi otak untuk bernafas dan perlukan fungsi otak untuk menghisap dan menelan susu. Tanpa fungsi otak, sejurus selepas bersalin, bayi ini akan meninggal dunia.
Begitulah kepentingannya suplemen folic acid, terutama sekali untuk wanita yang ada Diabetes atau wanita yang obese, sebab risiko NTD adalah lebih tinggi untuk wanita yang ada Diabetes yang tidak dikawal sebelum hamil atau wanita obese yang hamil. Satu lagi cara untuk mencegah kecacatan NTD ialah mengawal Diabetes dan kurangkan berat badan yang obese sebelum hamil.
Semoga semua ibu-ibu kita mendapat zuriat yang sihat dan bersalin dengan selamat.
Nota tambahan:
Jangan tunggu dah hamil dan jangan tunggu buka buku pink di Klinik Kesihatan baru nak dapatkan suplemen folic acid. Anda boleh beli sendiri di mana-mana farmasi, murah saja, tak payah pun beli jenama yang mahal, sebab memang pun folic acid suplemen tu murah saja. Saya tak promote mana-mana jenama tertentu sebab itu tidak penting.
Untuk wanita yang ada diabetes, obesiti, atau pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos folic acid yang disarankan ialah 5mg sehari.
Untuk wanita yang tiada Diabetes, tiada obesiti atau tidak pernah mendapat anak dengan kecacatan NTD, dos 400 microgram atau 0.4mg sehari sudah pun mencukupi. Kalau tak boleh cari dos rendah 0.4mg, beli dos 0.8mg atau 1mg atau 5mg pun tak mengapa.
Sumber: Facebook Imelda Balchin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Akibat Cuba Baju Kahwin Ketat, Lelaki Ini Tekad Dapatkan Berat Ideal Sebelum Naik Pelamin

Walaupun perkongsian Razak Rahim ini sudah bertahun tular di sosial media, admin rasa terpanggil untuk berkongsi bagaimana kegigihannya untuk menjadi kurus demi untuk tampil bergaya sewaktu majlis perkahwinannya.
Kisahnya bermula ketika dia ini mahu mencuba baju pengantin rona hijau yang disukainya namun dilanda kehampaan apabila bajunya terlalu ketat, seluar juga sendat hingga bergesel paha. Dalam hatinya berazam untuk mengenakan juga baju tersebut untuk majlis perkahwinannya.
Ikuti kisah lelaki ini bagi memberi suntikan semangat untuk anda yang ingin kurus terutamanya buat mereka yang bakal melangkah ke gerbang perkahwinan.
Guys. Sblm hentam saya. Baca la biar jelas. Habis habis. Stress hamba taw. Jgn la jadi org yg x bahagia k. Sangat Susah bila sesetengah orang ni ada otak ketiga. Iaitu otak mencari kesalahan. Hmm. Maafkan hamba.
Bismillahirrahmanirahim
Ada satu hari.. Saya ke butik nak cuba baju pengantin.. Banyak banyak baju… Baju hijau je saya berkenan. Sy try..
Baju ketat.. Rimas. Sooh
Seluar sendat.. Paha bergesel
Sila tgk gambar dibawah.
Tapi saya cakap dalam hati.. Saya naak juga baju ni.. Akak butik tu pun tgk sy mcm x selesa je. Mcm nk suruh sybpilih baju lain je. Hahahha
Saya cakap saya akan turunkan berat saya 5-6 kg. My wife now x percaya.. Ingat saya main main.. So saya rasa tercabar. Kalau x turun berat sy.. Mst buruk sy pakai baju sanding tu nnt.. Saya mesti.. Harus diet..
Balik rumah.. Seminggu pertama target diet x buat langsung.. Tapi hari hari pk.. Nak diet.. Nak diet.. Then bermula hari jumaat.. Sy diet.. Tawakkal je la.. Target sebulan 5-7 kg turun.
Pk punya pk.. Mcm mana nk diet ni..
Teringat balik.. Dulu ambil subjek pengurusan makanan kat upsi 6 semester. So tahu la apa yg menambah lemak. Apa yang membantutkan penggunaan lemak dan apa yv membakar lemak. So aku buat syarat no karbo. No sugar. No fruit.
Seriously aku x tahu cara aku sama mcm diet athkins. Lps kawan tgk aku kurus n tanya aku buat macam mana.. Aku cakapla x mkn karbo gula buah. Dia pun cakap oh athkins. Aku ahhh. Apa tu. Aku balik google.
Then barula aku lebih fokus ada guide. Lau x aku aku x ada guide yg lebih bagus.
Hari first.. Sblm diet. Timbang dulu berat asal. Wow. 77.7 kg.
Nk mula diet ni ..Rasa penat sangat sangat..
Bangun pagi buka peti ais. Hampir lupa niat nk diet. Tp nasib baik x mkn apa apa karbo. Just buat telur half cook letak garam sikit je. X sedap tp demi nak kurus. Relakan diri telan. Jangan guna kicap. Pantang.
Kat tempat kerja banyak sangat cabaran.. Kawan sebelah makan nasi ayam. Depan makan spageti.. Kiri kanan belum kira lagi.. Saya buka bekal saya.. Ayam goreng 1/4 ekor.. Makan. Kenyang untuk lunch.
Balik rumah hbs keje petang buka peti ais.. Nampak macam macam.. Coklat. Buah. Mcm mcm air kotak.. Hampir ambil hari first.. Tp semangat kuat tutup peti ais.. Dinner sy grill daging.. Letak garam dan black pepper je. Sedap giler.
Pada lewat malam terfikir.. Mampu x aku nk teruskan. Selama sebulan diet.
On laptop. Taip kat kertas
‘ razak, kamu sedang diet.. Jangan terpengaruh dengan segala jenis makanan. Sabar. Sebulan je. Nak kurus waktu sanding kan.. Print banyak2.. Tampal kat peti ais.. Tampal kat pintu tandas.. Tampal kat pintu bilik.. Nasib baik duduk sendiri. X ada org nak marah. Nak perli. Nak sakat aku over sgt.
Hari kedua bersemangat. Nk g timbang. Turun x berat. Negetif.. Berat x turun. Kecewa. Tp pernah terbaca.. Bila diet jangan timbang hari hari berat badan. Takut kecewa. Semangat akan hilang. Mempengaruhi motivasi diri.
So aku anggap esok lusa turun la. Hehehe.
Waktu diet.. Aku sedekahkan segala stok makanan aku yang harga beratus ringgit tu pada saudara mara terdekat. Gula yang aku dah buka n guna separuh pun aku bg kakak aku. Seriously beb. Rumah aku zero food waktu tu. Semua aku sedekahkan. 100% licin x ada makanan.
Kawan kawan ajak lepak makan luar. Aku tolak. Alasan busy. Lau keluar hancus diet. Sbb bila langgar pantang. Diet kena mula semula dari hari pertama.
Hari demi hari aku Diet seperti biasa.
Aku makan hari hari lauk mcm mcm jenis. Yg penting x ada gula. Kari ayam jangan la makan. Ayam masak merah jangan la makan. Sos jgn guna. Faham faham la kenapa kann Buah aku elakkan terus sbb buah ada gula. Melambatkan pembakaran lemak. Bukan x makan gula selamanya. Dah capai target aku makan la macam macam. Air kosong 3-4 liter sehari. Jangan letak lemon. Sebab lemon pun buah. Diet hari ke 3..4..5 dan seterusnya makin senang bagi aku. Nasi pun aku x lalu dah nk mkn.
Aku rasa Badan dah kecil. Aku Timbang. Ya Allah hari ke 7 turun beberapa kg. Suka bukan kepalang lg. Berat aku jadi 72 kg. Turun hampir 6 kg beb.
Hari ke 14 aku melepasi target aku. Berat kau jadi 66 kg. Gila x happy. Target nak 7 kg sebulan. Dapat 11 kg dalam masa 14 hari.
Hari ke 17 berat aku 64 kg
Hari ke 18 ..63 kg
Hari ke 21.. 61.5 kg. Hmmm. Turun berterusan. Yg penting disiplin.
Aku makan macam yg aku tulis ni
14 hari jangan makan karbohidrat. Jangan ambil gula langsung. Makanan yang ada gula elakkan. Jangan ambil buah langsung sbb dalam buah ada gula. Gula menghasilkan tenaga. Melambatkan pembakaran lemak. Ambil lauk sahaja n air 3 liter sehari. N sayuran hijau buat sup atau makan mentah or grill. No seafood. Lapar je mkn lauk. Lapar je makan lauk. Tp jgn la mkn ayam massk merah. Mst la ada gulakn. Elakkn gula. Sy mkn ayam goreng je.. Atau bkr.
Aku lgsg. X buat exercise. X joging n x Senaman. Aku naik turun tangga tmpat keje tingkat 4 je 5-6 kali sehari. Hehhe. Penat. Berpeluh.
Salah satu sebab lain aku diet. Aku ni jenis berselera makan. Suka memasak. So berat aku naik mendadak. Wwalaau aku ssakit aku tetap berselera makan. Sbb aou ssakit kaki je. Bukaan sakit muluut. Haaha. Aku sakit backbone n lutut. Doktor cakap aku kena turunkan berat badan. Supaya beban x kuat pada lutut aku. Menyebabkan Susah nk jalan. Sampai masuk wad 3 hari. Sbb tu aku diet. Ramai salah faham. Anggap aku kurus sebab sakit. Aku kurus untuk kurangkkan sakit. N aku berjaya.
*** rintangan dan halangan yg paling kuat adalah dari keluarga dan teman terdekat. Yg menerima kita seadanya. X nk kita kurus.
Family semua marah aku kurus. Tp aku tahu dan faham apa yg badan aku perlu. Kadang kadang sampai nenek beli nasi 4 kali sehari nk bg aku gemok semula. Nenek lah yg selalu ganggu diet aku. Hehehe
*** pernah ambil pil kurus jap tapi stop sbb jantung kencang. Tangan menggigil. Nafas laju. Pening. So x jd. Bg org lain je pil tu.
*** guys dalam badan kita dah ada gula sedia ada. Boleh bertahan beberapa hari tanpa gula. Bukannya awk nak diet selama lamanya kan.
*** sy x mkn karbo gula buah lgsg 14 hari je.
Hari ke 15 sy ada makan karbo n buah sikit sikit. Jgn la makan sepinggan nasi sebiji betik k.
Saya x ambil air manis lgsg 21 hari.
**** pelbagaikan lauk pauk anda. Telus bungkus isi ayam. N macam macam la.
***lauk paling senang bagi aku adalah ayam goreng yang nasi kukus tepi jalan tu. Ayam dia besar bapak tu. Beli ayam je. Kenyang. Hehehe
*** sayur plg suka brokoli – dapat prevent kanser
*** jangan biarkan badan lapar. Makan jika lapar. Diet tanpa makan bodoh namanya sbb buat perkara sia sia dan menyiksa diri.
*** jangan telan ubat gigi sebab manis tu. Hahahaha ( gurau je. )
*** saya pun x tahu betul x istilah no karbo tu.. Sbb katanya dalam lauk n sayur ada sikit karbo. Ingat ada fiber je. X pe la. Yg pntg lauk n sayur hijau leh makan . Hehe.
*** dalam badan kita dah ada lemak gula karbo sedia ada. Nak kurus kena hapuskan lemak lemak asal tersebut dahulu. Caranya jgn tambah karbo gula. Dah habis basmi / guna lemak asal. Baru la tambah tenaga baru dengan pengambilan yg minimun. Sy sambung hari ke 15 makan karbo sikit2. Hehe
*** saya ni bukan pakar diet. Sy diet cara saya. Jgn pula salahkan sy. Cakap sy membahayakan anda. Maafkan hamba
****Selepas 14 hari saya minum air jarang bubuh lemon setiap hari.. Sampai skrg. Kdg2 habis stok x buatla. Hehehe
*** seeloknya guna la minyak sayuran..
*** pada ibu ibu mengandung jangan gatal gatal nk diet. Kesian kat baby tu. Hehehe
***Anda janganla nak kurus cepat cepat. Ambil masa. Saya buat cepat sebab kejar tarikh sanding. Hehe
***Badan sesiapa yg x tahan asid.. Ambil ayam daging ikan secara mencukupi je. Jangan lebih lebih. Jgn lapar sepnjang masa. Heheh
***maybe faktor cepat kurus kerana mendaki anak tangga bangunan hingga ke tingkat 4 hampir 10 kali setiap hari. Jarak antara kelas ke kelas yang lain sangat jauh.. Sentiasa berpeluh.. Saya juga tidak dibenarkan duduk waktu mengajar. Kena meronda dalam kelas setiap masa.
*** jangan paksa diri ikut diet saya. Kalau rasa nk mati stop k. Sy x nk jd pembunuh. Sbb lain badan. Lain la imunisasinya. Kekuatannya.
Lepas kahwin aKu dah x diet. Aku makan macam macam. N naik 3 kg. Skrg berat 64.5
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI