Sebagai seorang yang beragama islam, kita patut tahu jenis-jenis nikah yang diharamkan. Bukan semua pernikahan itu dibenarkan dalam Islam. Ada juga bentuk-bentuk pernikahan yang sebenarnya dilarang daripada kita meneruskannya, bagi melindungi diri kita. Antara-antaranya :
1. Nikah Syighar
Nikah syighar berlaku apabila berlaku satu pertukaran atau perjanjian lain, sebelum pernikahan itu boleh berlaku.
Sebagai contoh, lelaki A yang berjanji untuk menikahkan anaknya dengan lelaki B dengan syarat lelaki B perlu menikahkan anak perempuannya dengan lelaki A. Apabila berlaku perjanjian seperti itu, pernikahan tersebut adalah haram di sisi Islam.
2. Nikah Tahlil
Nikah tahlil ini adalah nikah yang selalu masyarakat kita gelarkan sebagai kahwin cina buta, di mana seorang lelaki lain berkahwin dengan seorang wanita yang sudah diceraikan talak tiga hanya atas permintaan bekas suami wanita tersebut. Pernikahan ini haram dan talak kepada wanita tersebut masih lagi berjalan.
3. Nikah Mut’ah
Ads
Nikah mut’ah amat popular di kalangan sesetengah masyarakat kita yang mengamalkannya, kerana pernikahan ini mempunyai kontrak seperti pernikahan selama 1 hari, satu minggu atau satu bulan.
4. Nikah semasa tempoh iddah wanita
Pernikahan semasa tempoh iddah adalah tidak dibenarkan kerana tempoh iddah adalah wajib dipatuhi bagi wanita yang diceraikan atau kematian suami.
5. Nikah dengan orang Kafir
Ads
Tidak dibenarkan sama sekali seorang lelaki atau wanita Muslim mengahwini seseorang individu yang bukan beragama Islam. Isu ini timbul kerana wujud beberapa negara yang membenarkan individu Islam di negara itu berkahwin dengan individu bukan Muslim. Walaupun secara undang-undang,pernikahan itu sah tetapi dari segi hukum, perkara itu bertentang dengan syariat.
6. Nikah dengan saudara ibu susu
Jika seseorang itu sudah pun disahkan berkongsi susu dengan seorang wanita, maka sebarang pernikahan di antara kedua-duanya adalah haram untuk diteruskan.
Ads
7. Nikah diantara dua individu yang mempunyai nasab
Nasab atau hubungan kekeluargaan membataskan pernikahan jika wujud. Rasanya kita sudah jelas tentang siapa nasab, namun perlu diingatkan yang yang serupa dengan info nombor 6 di atas, ibu susuan seorang lelaki adalah haram untuk dinikahinya.
8. Nikah diantara seorang individu dan gigolo/pelacur
Pernikahan di antara seorang individu dengan individu lain yang diketahui melakukan pekerjaan haram sebagai gigolo atau pelacur adalah haram kerana pernikahan itu membenarkan zina dan ditakuti tidak diketahui siapa ayah kepada anak yang lahir, jika si pelacur itu mengandung. Walaupun begitu, jika berlaku pernikahan antara seorang individu dengan bekas pelacur yang telah pun insaf dan berjanji untuk tidak melakukan perbuatan terkutuk itu lagi, pernikahan itu dibenarkan.
9. Nikah dengan lebih empat wanita
Poligami hanya membenarkan seorang lelaki Muslim mengahwini 4 orang wanita secara serentak. Jika lelaki tersebut ingin mengahwini seorang lagi isteri, dia perlu menceraikan salah satu isterinya. Ini berdasarkan kisah Ghailan bin Salamah yang mempunyai 10 isteri dan ingin kembali pada Islam dan Rasulullah memerintahkan dia memilih 4 orang isteri untuk diteruskan pernikahan mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak jadi suami bukanlah mudah! Banyak persediaan yang perlu lelaki lakukan sebelum bernikah. Ini kerana terdapat segelintir lelaki yang tidak bersedia sepenuhnya untuk berkahwin sebaliknya membiarkan diri mereka dikuasai oleh kehendak untuk segera menikmati keseronokan alam rumah tangga tanpa mengambil berat tentang peranan mereka sebagai suami.
Persediaan sebelum kahwin ternyata penting dimiliki oleh setiap lelaki agar mereka bersedia membimbing isteri dan anak-anak ke gerbang bahagia, selain memikul dan mejalankan tanggungjawab sepenuhnya sebagai ketua keluarga dan pemimpin rumah tangga.
Ini ada enam persediaan paling penting untuk diperhatikan dan diusahakan oleh anak-anak muda sebelum menyahut gelaran sebagai seorang suami.
1. ADA TUJUAN & PERANCANGAN HIDUP
Penting bagi suami untuk memimpin keluarganya menuju ke sebuah destinasi dan matlamat tertentu dengan menggunakan perkahwinan serta keluarganya sebagai kenderaan. Oleh itu, sebelum melangsungkan perkahwinan pastikan anda memiliki matlamat dan tujuan jelas yang mahu dicapai daripada perkahwinan ini agar ia dapat membantu anda memimpin dan memandu perkahwinan menuju ke matlamat yang dimahukan.
2. MILIKI ASAS KEKUATAN JIWA & KAWALAN DIRI
Kekuatan jiwa bermaksud kekuatan hati dan keperibadian yang dimiliki oleh seseorang yang boleh menyebabkan dia mampu mengawal dirinya dan kuat menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan. Antara asas kekuatan jiwa yang paling mustahak untuk dimiliki oleh seseorang lelaki sebelum melangkah ke alam perkahwinan ialah kesabaran dan kawalan diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.
3. MILIKI AKIDAH YANG SAH
Akidah yang sahih bermaksud ikatan kepercayaan dan pegangan di antara seorang hamba dan Allah yang terjalin secara benar dan sah di sisi agama melalui petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih. Hal ini menjadi asas dan perkara yang paling penting dan utama dimiliki oleh setiap Muslim sebelum melakukan sebarang urusan keagamaan yang lain. Sebelum mendirikan rumah tangga seorang lelaki hendaklah berusaha membersihkan akidahnya daripada sebarang kesalahan dan kesilapan selain berusaha mengukuhkan keimanan dan keyakinannya kepada Allah SWT menurut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.
4. MEMPUNYAI KESIHATAN YANG BAIK
Persediaan kesihatan sebelum bernikah bermaksud menjaga diri daripada penyakit, virus dan kuman berbahaya serta apa-apa yang boleh memudaratkan pihak isteri dan keluarga yang akan dibina. Anda juga perlu menjaga kesihatan seperti bersenam, menjaga pemakanan agar diri tetap sihat dan segar untuk pernikahan serta tidak menjadi beban kepada keluarga atau isterinya selepas bernikah.
5. ADA PEKERJAAN, PENDAPATAN & TEMPAT TINGGAL
Seorang bakal suami hendaklah memiliki pekerjaan dan pendapatan yang mampu untuk membiayai sara hidup dan kehidupan isterinya bersama keluarga sebelum mendirikan rumh tangga dengan cara bekerja atau berniaga. Tidak disyariatkan untuk memiliki rumah yang besar atau mewah tetapi hendaklah ia mampu melindungi keselamatan isteri dan auratnya serta dapat memberikan perlindungan dari hujan dan panas serta tidak memudaratkannya untuk menetap di dalamnya.
6. MEMILIKI KEMAHIRAN ASAS DALAM HIDUP
Antara kemahiran asas yang penting ialah kemahiran komunikasi dan kemahiran mendidik isteri dan anak-anak dengan berkesan atau kemahiran memujuk para isteri dan anak-anak apabila berlakunya masalah dan pergaduhan. Komunikasi boleh memberi kesan besar kepada perkahwinan jika tidak dijaga dengan baik dan diabaikan. Kemahiran bertukang dan berkebun pula boleh memberikan manfaat kepada pendapatan, manakala kemahiran seperti pengetahuan tentang kesihatan dan perubatan boleh membantu keluarga apabila berlakunya kecemasan dan kemalangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu perkara tentang lelaki, mereka sebenarnya tak sukar untuk difahami, malah senang nak buat mereka gembira. Kecuali bila tiba bab hubungan intim.
Dikongsikan perkara yang lelaki mahu pasangannya tahu.
1. Saya selalu teringatkan kamu sebenarnya. Cuma tak adalah nak telefon dan SMS kamu setiap kali teringat.
2. Dalam ipod saya mesti ada sekurang-kurangnya satu lagu bersifat feminin. Tapi bila awak tanya mengenainya, saya akan cakap tak tahu bagaimana lagu itu boleh ada dalam ipod saya.
3. Saya tahu wanita juga kentut dan sendawa. Tapi mendengar awak melakukannya lebih teruk daripada diri saya sendiri yang buat. Tak adil, tapi betul.
4. Melihat awak dalam keadaan yang penuh bersemangat akan membuatkan saya rasa terpaut dengan awak.
5. Bila awak bangun untuk ke tandas semasa di restoran, saya akan perhatikan sekeliling untuk tengok jika ada orang sedang meng‘ushar’ awak.
6. Hubungan intim akan jadi lebih hangat bila awak pandang tepat ke arah mata saya buat beberapa ketika.
7. Kalau awak tak suka emak saya, saya akan memandang rendah pada awak. Tapi jika awak sebaliknya, awaklah perempuan yang paling saya cinta!
8. Petanda baik bila saya suka mengusik awak. Lelaki hanya suka mengacau orang yang betul-betul dia suka saja.
9. Saya on saja kalau awak nak tengok filem sedih. Tapi tak perlulah hebahkan dekat kawan-kawan saya yang saya menangis.
10. Selagi kita belum betul-betul rapat dan tak selalu keluar bersama, sebaiknya janganlah awak anggap saya ni kekasih awak.
11. Saya suka awak pakai pakaian yang awak rasa selesa dan bukannya over.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai diantara kita mengalami masalah ketiak berbau, masalah ini kadang kala membuatkan kita rasa rendah diri untuk berada dekat dengan orang sekeliling.
Sebenarnya faktor terbesar bau badan adalah kerana hadirnya bakteria. Mustahil kita 24 jam bebas dari bakteria walaupun hari-hari kita mandi dengan sabun Dettol. Dan bakteria paling banyak akan berada pada kawasan yang berbulu.
Ramai diantara kita mengalami masalah ketiak berbau, masalah ini kadang kala membuatkan kita rasa rendah diri untuk berada dekat dengan orang sekeliling.
Sebenarnya faktor terbesar bau badan adalah kerana hadirnya bakteria. Mustahil kita 24 jam bebas dari bakteria walaupun hari-hari kita mandi dengan sabun Dettol. Dan bakteria paling banyak akan berada pada kawasan yang berbulu.
Tumbuk daun pandan sampai lumat dan perah airnya. Lepas tu bancuh bedak sejuk dengan menggunakan air perahan pandan tersebut. Bila dah hancur dan sebati, tempekkan atau lumur kat ketiak yang masam tu.
Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, amalkan setiap hari selepas mandi. Sekian petikan dari petuatradisional.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!