
“Saya balik rumah mesti tak gembira. Ada sahaja hal yang buatkan kami bergaduh. Kadang saya balik dah semangat nak buatkan isteri gembira. Tapi masuk je rumah, perasaan tu hilang. Rasa nak marah-marah yang ada.”
Itu luahan yang saya dapat semalam. Suami ini bekerja. Isteri suri rumah. Jadi suami ini harap bila dia balik, ada layanan lah daripada isteri.
Perkara ini nampak enteng tapi sebenarnya tidak. Kadang punca daripada perkara kecil, boleh jadi perbalahan besar.
Jadi saya pesan ke dia, komunikasi dengan isteri tu penting. Benda yang kita rasa-rasa dalam hati, kemudian kita harapkan isteri jadi begitu tapi kita tak sampaikan pun pada isteri, mana mahunya.
Takkan berlakulah sebab isteri tak tahu. Maka kena bercakap dan sampaikan.
Dia tanya pula apa yang dia nak sampaikan ke isteri supaya mereka boleh amalkan sama-sama. Saya pesan tips ini;
1. Sambut pasangan setiap kali pulang daripada kerja
“Eh, ni pun nak kena bagitahu ke?” Dia tanya ke saya.
Iyalah. Dah kalau tak cakap biasa tak buat. Tadi kata balik rumah je rasa nak marah. Lepas ni kalau asal balik je isteri sambut depan pintu. Senyum dan sambut tangan untuk bersalaman, mesti lagi ok kan?
“Selama ni bila balik hari-hari isteri sambut tak?” Giliran saya pula tanya ke dia.
“Tak.” Pendek dia balas. Haa! Tu kan jadi punca. Jadi amalkan ini. Jadi pencetus kasih sayang saat suami balik dari kerja.
2. Beri pelukan dan beri ciuman sebelum pergi kerja
Ini menambah semangat untuk suami yang keluar bekerja dan memberi energi untuk isteri bertenaga buat kerja di rumah.
3. Minta maaf dan memberi maaf
Ini pun kena selalu buat. Ada 2 waktu yang utama untuk amalan ni. Waktu nak pergi kerja dan sebelum tidur.
Ramai dah kita tahu keluar pergi kerja, takdir Allah tak balik semula sebab kemalangan dan sebagainya. Sebab tu kena minta maaf sebelum pergi kerja. Kita takut itulah kali terakhir kita dan pasangan sempat bermaafan sesama sendiri.
Sebelum tidur pun penting. Kita nak minta maaf segala salah dan silap kita sepanjang hari tu.
4. Banyakkan berbincang dan musahabah bersama
Ini paling penting. Apa yang suami rasa tak suka, nyatakan pada isteri. Isteri pun begitu juga.
Maka berbincanglah, cari persefahaman dan persetujuan bersama. Bila kita dan pasangan kerap berkomunikasi, pintu kepada perselisihan faham akan jadi kecil. Susah nak bertekak sebab kita dah pernah bincang dan faham apa yang pasangan kita sebenarnya mahukan.
Begitulah.
Kredit: Firdaus Mokhtar
Memang Pun Lelaki Susah Nak Cakap ‘I Love U’

Bila mana lelaki berdiam diri, ramai di antara kita jatuh buntu dan salah sangka menganggap pasangan tidak menyayangi kita kerana enggan bersikap romantis walhal hakikatnya memang sifat lelaki sudah dijadikan sebegitu rupa.
10 cara lelaki menyatakan “I Love You” secara halus pada wanita kesayangannya.
#1 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Perasan Perubahan Kecil
Tak kisahlah gaya lilitan tudung mahupun olesan warna di gincu bibir. Jika lelaki perasan perubahan-perubahan kecil yang ada pada diri kamu, itu sudah jelas menyatakan bahawa dia benar-benar sayangkan kamu walaupun tanpa ungkapan “I love you”.
#2 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Kata “I CARE FOR YOU”
Sudah pasti apabila lelaki yang menyintai wanitanya, akan sentiasa meyakinkan kamu bahawa dia sering mengambil berat tentangmu. Ungkapan “I care for you…” adalah pengganti paling tepat kepada ungkapan “I love you”.
#3 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Hantar Foto Lucu Untuk Hiburkan Kamu
Jelas sekali dalam zaman moden, Whatsapp, media sosial, email dan Skype umumnya merupakan medium utama untuk kita berhubung dengan pasangan. Oleh itu, jika ada masa lapang kala kamu sebagai wanita teristimewa sedang dirundum kesedihan, si lelaki akan menghantar cerita lucu termasuklah gambar atau gif lawak untuk menghiburkan dan membuatmu tersenyum.
#4 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Suka Dengar Cerita Kamu
Buktinya apabila dia sayangkan kamu, dia secara relanya akan menjadi pendengar paling setia biarpun masalah yang dikongsikan bersamanya itu kedengaran remeh. Biarlah si dia tidak reti mengucapkan “I love you” sekalipun, asalkan dia adalah pendengar yang baik. Lelaki yang sanggup menadah telinga untuk mendengar ngomelan wanita adalah lelaki yang paling sempurna.
#5 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Sering Minta Pendapat Kamu
Beli baju pun suruh perempuan pilihkan?
Kebanyakan lelaki memang sempoi dan beranggapan bahawa diri mereka ‘sudah cukup bagus’. Namun, andainya mereka memerlukan pendapat dari kamu, itu tandanya hati mereka telah dicuri oleh KAMU! …cause for them, you and your opinion are the top priorities after all.

#6 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Sudi Berkenalan Dengan Keluarga Kamu
Baru kenal si dia tapi si dia sudah berani mahu berjumpa ahli keluarga kamu yang lain? Tak perlu cakap banyak, itu tandanya dia memang sudah bersedia untuk melangkah ke ‘peringkat’ seterusnya dalam fasa percintaan! Ini lagi romantik dari ungkapan “I love you” kan?
#7 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Sanggup Dengar Lagu Kegemaran Kamu Berulang Kali
Lelaki yang baik akan rela mendengar lagu kegemaran wanita kesayangannya biarpun berulang kali tanpa rasa marah atau bosan. Itu tandanya dia sayangkan kamu walaupun tidak menyatakan perasaan cintanya secara terang dan jelas menerusi ungkapan “I love you”.
#8 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Pertahankan Kamu!
Si dia sebenarnya sedang menyatakan kata cinta pada kamu andai dia mempertahankan kamu dalam situasi-situasi tertentu. If he defends you, he is subtly telling you how much he loves you.
#9 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Selalu Kata “I’M PROUD OF YOU!”
Lelaki memang jarang kata “I love you” tetapi sudah cukup andainya dia menyebut “I’m proud of you”. Bila si dia ada menyebut yang dia bangga akan kamu, itu bermakna dia menerima kamu apa adanya dan kamu telah cukup sempurna di matanya.
#10 Tak Cakap “I LOVE YOU” Tapi Kamu Adalah Keutamaannya
Jarang hendak jumpa lelaki yang sanggup bersusah payah untuk perempuan zaman sekarang. Jika kamu ada masalah dan dia sanggup membantu walau dalam keadaan apa sekalipun. Yup! That’s a sign he loves you!
KREDIT : WANISTA
GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES
Siapa Sangka, Niat Hantar Pesanan Untuk Berkenalan Di IG Akhirnya Ke Jinjang Pelamin

Indahnya, perkenalan di media sosial yang mengambil masa tidak lama akhirnya berakhir hingga ke jinjang pelamin. Siapa sangka Ahmad Afiq memberanikan diri menghantar text di Ig untuk berkenalan bersama Nor Farah Izzati akhirnya membuahkan hasil.
AKAD NIKAH
Tarikh: 17.11.2018
Lokasi: Shah Alam (Rumah Pengantin Perempuan)
Tema: Floral
Dekorasi pelamin: Indah Wedding
Busana: Teh Firdaus
Solekan & rambut: MUA @ynasakinah, @fyrosethehijabstylist
Bunga tangan: Indah Wedding
Fotografi: Omaroza
Videografi: Twinception
RESEPSI PEREMPUAN
Tarikh: 24.11.2018
Lokasi: Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam
Tema: Gold & Pink
Dekorasi pelamin: Indah Wedding
Busana: Amazè
Solekan & rambut: MUA @Syedewa, @fyrosethehijabstylist
Bunga tangan: Indah Wedding
Fotografi: Andaq photography
Videografi: Twinception
RESEPSI LELAKI
Tarikh: 25.11.2018
Lokasi: Bangunan IDB, Institut DBKL
Tema: Traditional
Dekorasi pelamin:
Busana: Man Kajang
Solekan & rambut: MUA @naqiahrahim, @fyrosethehijabstylist
Bunga tangan: Man Kajang
Fotografi: Andaq Photography
1. Bilakah tarikh anda berdua berjumpa dan berkenalan? Nyatakan detik perkenalan anda berdua?
Kami kenal pada tahun 2017. 25 June 2017 Afiq first text di IG, terus terang nak berkenalan dgn Farah. Rupa2 nya dia dah follow farah lama di IG since 2014, cuma Farah tak sedar. Time tu bulan puasa dan selepas seminggu kenal dia ajak berbuka puasa. Second date kitorang pergi solat terawih together. Ecewah.
2. Berapa lamakah tempoh perkenalan sebelum anda berdua setuju untuk bertunang / nikah?
1 tahun
3. Bilakah tarikh anda berdua mengikat tali pertunangan?
28/7/2018. Bertunang selama 3 bulan lebih sahaja.
4. Bagaimanakah lamaran dibuat? Terangkan momen tersebut.
Hahaha takde lah lamaran macam dalam movie tu. Cuma selepas 6 bulan kenal, Afiq bagitahu niat nak bawa Farah jumpa Ma & keluarga dia. Rupa rupanya dia dah perhati kita since 2014. Menyorok lama sangat nii ? Awal awal kenal boleh kata boring juga dia or maybe sebenarnya dia malu malu kucing. I am on the other side, the chatty and straightforward girl. I have never thought that he will be my husband, until one day he told me “I nak bawa you jumpa my mum” (hmm I guess he was just kidding ?) and after a while dia ajak beli cincin terus. His never-ending efforts to make me his wife, together with supportive family, we finally decided to get married last November. Jadi, from situ saya anggap hubungan ni serious dan kami usaha untuk ke next level. Alhamdulillah
5. Terangkan perasaan anda (perempuan) ketika lamaran dibuat oleh lelaki?
Excited. Happy. Sedih. Tak sangka jodoh dah sampai juga akhirnya ?
Terus teringat dekat arwah babah saya, tak sempat dia nak nikahkan dan tengok menantu dia sorang ni. Jadi, masa nikah, wali saya ialah adik lelaki saya. Moment nikah paling sedih..
6. Apakah keistimewaan pasangan di mata anda?
Walk the talk. Best advisor. Bertanggungjawab. Seorang yang organize. Romantic & sweet juga.
8. Ada tak sebarang simbolik di sebalik pemilihan tarikh nikah atau tarikh resepsi anda?
Tiada, ambil sebab cuti sekolah je. Tok dan nenek Afiq banyak di Terengganu. Jadi kami dua keluarga bersepakat ambil time cuti sekolah. Masa majlis resepsi, satu bas datang dari Terengganu untk dua dua majlis ☺
9. Ada tak anda berdepan dengan cabaran (cth: sakit, demam) atau detik-detik cemas atau melucukan sebelum atau ketika majlis perkahwinan berlangsung?
Ada.. malu nak cakap tapi saya panic, dengan masa yg sangat suntuk, tak tahu dapat tak jenis lace yang saya mahukan. Panic teruk, rasa nervous all the time. Jalan2 cari lace dekat semua kedai kain di Jalan Tar, Jakel, semua tak berkenan. Afiq lah yang rajin teman kemana2. Bridezilla moment sgt, mama dan Afiq banyak bersabar hehe. Sempat book last minute flight ticket ke Jakarta, finally jumpa lace yang suka di sana. Baju nikah saya dari Teh Firdaus, lace baju nikah ni lah yg saya beli di Jakarta. Teh Firdaus very accommodating dan sangat membantu, walaupun I forever panic dia layan je.
10. Ceritakan tentang tema kedua-dua majlis anda? Kenapa anda memilih tema dan warna tersebut? Alhamdulillah dalam pemilihan tema, keluarga beri keputusan penuh kepada kami.
Bride Reception :
Tema warna Gold dan Pink. Saya suka combination color yang nampak sweet. Indah wedding menggunakan konsep ArtDeco untuk pelamin kami. Saya pakai simple dress warna baby pink dari Amazè dan long veil. Afiq pakai black tuxedo dari Azamoff.
Groom Reception:
Traditional. Saya dan Afiq memilih tema traditional untuk side lelaki kerana nampak lebih sopan dan kemelayuan. Baju songket Traditional dari ManKajang.
11. Bagaimanakah tercetusnya idea dan tema bagi setiap resepsi? Inspirasi dari mana? Siapakah perancang perkahwinan untuk resepsi anda dan mengapa anda memilih perancang perkahwinan tersebut?
Bride Reception : Indah Wedding yang merancang dari A to Z. Dari sketch pelamin nikah, pelamin sanding semua sekali termasuk event flow. Pelamin Nikah tercetus idea dari pelamin anzalna ? Saya suka kan tema bunga2 pink putih untuk nikah saya dan Indah wedding did a great job! Pelamin Nikah di rumah dan ambience dirumah jadi sangat cantik dan romantic. Termasuk deco bunga putih di tangga rumah.
12. Siapakah yang mereka baju anda dan pasangan dan kenapa memilih beliau? Apakah yang anda sukakan tentang busana perkahwinan anda?
Baju Nikah Farah: Teh Firdaus. Hasil Teh Firdaus sangat halus dan teliti, dia baik sangat & very helpful. Rajin melayan I. 4 kali fitting dengan teh firdaus.
Baju Melayu Nikah dan Reception Afiq: Azamoff. Jahitan kemas dan berpatutan. Encik Azam memang ada style and taste tersendiri. Cutting dia sangat kemas.
Baju Reception Farah : Amazè.
Kemas dan teliti. Jahitan yg halus.
Baju reception traditional : Mankajang, kebaya labuh simple tapi cantik sangat. Kami pilih kain songket di Teh Songket, Jalan TAR. Play with accessories. Sangat berpuas hati. Memang kami pilih songket warna maroon dan rose gold utk majlis traditional ni.
13. Siapakah yang bertanggungjawab menata rias wajah anda dan kenapa anda menyukai sentuhan beliau?
Nikah : Ynasakinah. Saya memilih dia kerana hasil makeup dia semasa tunang saya pun dah cantik. So saya ambil dia untuk nikah jugak.
Reception bride : Syedewa. Syed memang amazing, tak perlu explain kenapa pilih dia hehe
Reception groom : Naqiah Rahim, her touch is absolutely stunning. Dia pandai buat mata saya dan match kan make up yang sesuai utk baju traditional.
14. Apakah harapan dan impian anda dengan perkahwinan ini?
Harapan saya, semoga perkahwinan ini yang terbaik dan menjadikan kami muslim dan muslimah yg lebih baik, lebih bertanggungjawab. Saya harap kami sayang menyayangi antara satu sama lain sampai lah ke nafas terakhir kami. Doakan perkahwinan dan kebahagian kami kekal sehingga ke syurga Amin..
15. Di manakah lokasi percutian bulan madu dan mengapa destinasi tersebut menjadi pilihan anda berdua?
Belum ada honeymoon lagi. Tapi InsyaAllah bulan 3 ni kami berdua akan menunaikan umrah untuk pertama kali. Boleh di kira honeymoon ke tu? Haha
Rasa Cukup Segalanya Bila Suami Isteri Amal Al-Ma’thurat Setiap Pagi

Mendapatkan hubungan keluarga yang sihat perlu dimulakan dengan rezeki juga amalan yang baik di dalamnya. Dekat dengan agama juga ajarannya menjadikan hubungan menjadi lebih akrab.Sebagai contoh pasangan ini mengamalkan zikir al-ma’thurat setiap pagi dan doa rabithah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaannya.
Sangat berkesan dalam mendidik keluarga, ikuti perkongsian Amirul Azhar di laman twitternya mengenai kebaikan zikir al-ma’thurat juga solat yang dilakukan setiap hari di hadapan anaknya supaya mereka dapat mengikuti juga mempelajarinya secara tidak langsung.

.
.
Amalkan sejak awal kahwin sehinggalah dapat cahaya mata, sangat berkesan untuk ketenangan dalam berumahtangga.

.
Pilih pasangan yang tepat, ikut ajaran Islam supaya hidup berpasangan lebih diberkati Allah.
.
Baca secara kuat di hadapan anak setiap hari supaya mereka dapat menangkapnya dan ikut apa yang disampaikan.
Apakah Al-Ma’thurat itu?
Al-Ma’thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan. Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah memilih dan menyusun semula himpunan zikir-zikir Rasulullah s.a.w supaya dapat diamalkan oleh umat sehingga kini. Al-Ma’thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek). Kalau dilihat dalam buku ada ditandakan (*) untuk bacaan pendek bagi orang yang kesuntukkan masa.
Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari iaitu selepas solat subuh dan asar. Bacaan al-mathurat terdiri daripada ayat alquran dan zikir. Waktu tidak boleh solat boleh amalkan al-mathurat tanpa membaca ayat alquran. Yang penting, kita konsisten amalkan setiap hari. Setiap orang tidak akan lari daripada ujian dan godaan syaitan untuk melakukan maksiat serta dosa. Oleh itu sangat penting untuk kita amalkan dan menghayati zikir al-mathurat ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah, bererti kita membentengi diri kita dengan senjata yang kukuh dan terhidar dari syaitan terkutuk.
Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma’thurat dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-mathurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.
Al-mathurat dimulai dengan ucapan ” Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam” mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.
Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. Beberapa kelebihan membaca al-mathurat adalah:
1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
~ dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui
.
Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut berzikir dan berdoa.
Sejujurnya, walaupun sudah hafal setiap bacaan al-mathurat, ilah masih prefer untuk membaca dari buku atau dari telefon kerana boleh melihat maksud dan makna zikir tersebut.
Ini antara beberapa tip yang ialah amalkan untuk konsisten membaca al-mathurat:
1. Sediakan satu buku al-mathurat di rumah.
2. Sediakan satu buku al-mathurat di dalam kereta.
3. Install application al-mathurat oleh Ustaz Don dari google playstore.
Dengan kemudahan ini, insyaAllah tiada alasan lagi untuk tidak membaca dan amalkan al-mathurat setiap hari. Setiap waktu dan kesempatan yang ada digunakan dengan sebaiknya.
Sejujurnya, hati ilah rasa sangat tersentuh bila baca doa dan zikir al-mathurat ini. Seolah-olah satu keperluan bagi kita. Zikir dimana kita memanjat kesyukuran dengan pemberian kesihatan, perlindungan dan nikmat dunia dan akhirat.
Ada doa di mana kita memohon Allah melindungi kita daripada perasaan sedih dan duka, berlindung daripada sifat lemah dan malas, berlindung daripada sifat pengecut dan kedekut serta berlindung daripada bebanan hutang dan penindasan orang. Kita semua tidak lari dari perasaan sedih dan duka, rasa lemah dan malas serta rasa takut dan pengecut. Namun begitu, kita mohon perlindungan dari sifat-sifat ini pagi dan petang dengan amalan bacaan al-mathurat.