Sumber : Pesona Pengantin

Penampilan seseorang hijabis apabila bergelar ratu sehari perlu dititikberatkan agar penampilan anda sopan dan tidak terlalu menonjol. Pemakaian hijab yang betul dan sempurna juga memainkan peranan yang penting bagi memastikan penampilan anda mematuhi syariat dan dalam pada masa yang sama tampak anggun dan menawan.

Macamana Nak Cari Tudung Yang Sesuai Untuk Majlis Akad & Resepsi?
Sumber : Pesona Pengantin.

1. PEMILIHAN FABRIK
Sebaiknya pilih fabrik yang tidak berkilat untuk digayakan di hari bahagia anda seperti satin. Ia bersifat panas dan bakal membuatkan anda tidak berasa selesa pada tempoh yang lama. Fabrik terbaik yang boleh dijadikan pilihan ialah sifon, georgette, cita, sari dan renda.

IKLAN

2. PEMILIHAN RONA
Rona pemilihan tudung juga perlu dititikberatkan agar penampilan anda lebih menyerlah. Sekiranya busana anda berona biru lembut, sebaiknya pemilihan tudung berada dalam kumpulan rona yang sama. Jangan memilih tudung yang kontra seperti merah, kuning dan sebagainya.

Macamana Nak Cari Tudung Yang Sesuai Untuk Majlis Akad & Resepsi?
Sumber : Pesona Pengantin.

IKLAN

3. STAIL TUDUNG
Perkara penting yang perlu diingat oleh para muslimah ialah cara pemakaian tudung. Seharusnya tudung yang dipakai perlulah menutup bahagian dada agar tampak sopan dan menutup aurat. Pemilihan tudung juga haruslah tidak terlalu jarang sehinggakan boleh kelihatan bentuk telinga dan leher.

4. ANAK TUDUNG YANG SESUAI
Anak tudung juga boleh membuatkan penampilan tudung anda lebih kemas dan terletak. Pilih anak tudung yang boleh menutupi keseluruhan kepala anda agar meemudahkan sesi pemakaian layah dan tiara.

IKLAN

5. KESESUAIAN TUDUNG DENGAN BENTUK MUKA
Gaya tudung juga harus mengikut kesesuaian bentuk muka anda. Sekiranya anda memiliki bentuk wajah yang petak, anda boleh memilih anak tudung yang mempunyai awning. Ia dapat memberikan ilusi yang lebih panjang buat wajah anda. Pilihan rona tudung juga harus sesuai dengan ton kulit anda.

6. PERINCIAN
Elak dari memakai tudung yang sarat dengan perincian manik atau batu permata. Cukup sekadar kosong dan polos. Padankan tudung polos anda dengan layah berjemeki dan tiara ringkas. Pastinya penampilan anda lebih menawan dan relevan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI