Segar mata para lelaki dan suami budiman bila bercakap pasal madu. Hidup bermadu ni ada yang membahagiakan namun lebih banyak yang membuatkan gugur hati seorang wanita bergelar isteri. Rata-rata pasangan yang hidup bermadu berhadapan masalah di awalnya namun menemui jalan kebahagiaan. Realitinya suami yang mampu berpoligami boleh membuat dua wanita bahagia.

 

Cuba lihat kebahagiaan yang diciptakan untuk Ashraf Muslim bersama dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah. Hasil perkongsian hidup, Ashraf dikurniakan empat orang  cahaya mata iaitu Anas Ashraf, Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.

 

MADU Lebih Manis, Dalam Realiti Atau Hanya Fantasi Idaman Lelaki?
Gambar hiasan. Kredit foto: Instagram Ashraf Muslim

 

Antara tip berkaitan poligami yang boleh diamalkan dalam perkahwinan:

 

Jangan pentingkan diri sendiri

Baik suami mahupun isteri-isteri, cubalah berkompromi dengan keadaan dan masa. Bila tibanya giliran isteri pertama, lepaskanlah. Andai tiba giliran isteri kedua, isteri pertama perlu ikhlas memberikan ruang kepada suami untuk bersama isteri kedua.

 

Senangkan hati suami

Berikan suami senyuman yang boleh membahagiakannya. Jadilah isteri yang sering membawa kegembiraan kepada suami kerana mood ceria dan gembira boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa tenang dengan kehadiran anda.

 

Tamak

IKLAN

Tamak kasih sayang, tamak masa, tamak harta dan macam-macam lagi. Semuanya bukan sesuatu yang boleh anda banggakan untuk dibuat kepada suami dan madu. Jadilah isteri yang tamakkan pahala dari Allah.

 

Ambil hati mentua

Hati suami perlu dijaga namun jangan lupa untuk menjadi menantu pilihan mentua juga. Anggaplah mentua anda seperti ibu dan ayah kandung. Sebagaimana anda selesa dengan mereka, mereka juga pastinya lebih selesa dengan anda.

 

Cemburu

Sifat cemburu memang tak boleh lari dari seorang wanita. Perbanyakkan berdoa kepada Allah agar sifat cemburu itu tidak melampaui batas dan masih boleh dikawal dengan baik. berusaha untuk husnuzon kepada pasangan anda dan madu.

 

Namun, ada MADU yang sangat menjadi pilihan baik wanita mahupun lelaki. Madu yang digunakan untuk kesihatan dan memberi keenakan pada masakan adalah sesuatu yang tidak boleh kita kata NO!

IKLAN

 

MADU Lebih Manis, Dalam Realiti Atau Hanya Fantasi Idaman Lelaki?

Jungle House, sebuah gedung madu pertama di Malaysia melebarkan sayapnya dengan membuka cawangan ke-9 berkonsepkan kafe di Jalan Telawi Bangsar. Suasana kafe yang berkonsepkan life style dan santai menyajikan pelbagai makanan dan minuman berinspirasikan madu termasuk Oat Sarapan Madu, kek madu Rusia, pelbagai jenis Croffles, kopi madu, teh dan jus.

MADU Lebih Manis, Dalam Realiti Atau Hanya Fantasi Idaman Lelaki?

 

Khasiat madu memang tidak dapat dinafikan kebaikannya. Baik pada pasangan suami isteri mahupun individu bujang, amalan makan madu sudah lama digalakkan. Malah, di dalam Islam juga menggalakan umatnya meminum madu demi kesihatan.

 

Manfaat dari madu ini sudah dirangkum dengan jelas dalam surat an-nahl ayat 69 yang berbunyi :

Ertinya:

IKLAN

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia.”

MADU Lebih Manis, Dalam Realiti Atau Hanya Fantasi Idaman Lelaki?

Jungle House mempunyai lebih daripada 10 jenis madu asli, monofloral, mentah, tulen, tanpa sebarang perisa tiruan termasuk Royal Black (nektar iaitu madu bunga yang diekstrak daripada pokok Mahoni), Royal White (nektar bunga Kiawe), Jungle’s Heart (nektar bunga Strawberi), Yellow Love (nektar bunga Linden), Sweettooth (nektar bunga mangga), Jungle’s Eye (nektar bunga longan), Pink Lady (nektar bunga kapas), Roast Cube (nektar bunga kopi), Citrus Bloom (nektar bunga oren) & Fruit Boss (nektar bunga durian).

 

MADU Lebih Manis, Dalam Realiti Atau Hanya Fantasi Idaman Lelaki?

Bila dah bawa pasangan ke sini, tentulah anda ingin menikmati hidangan lain yang disediakan sambil merakam momen indah bersama pasangan. Jadikanlah pemakanan yang sihat dan momen bahagia sebagai catitan kehidupan anda yang paling indah!

 

Kredit foto utama: Sweetpictures KL

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI