Bertemakan rona putih dan kehijauan, keseluruhan ruang diinspirasikan dari alam semula jadi (nature) yang diberi nama The Secret Garden. Rona semula jadi ini tampak indah dengan penggunaan juntaian bunga di setiap sudut antaranya di ruang pelamin, meja makan utama dan pintu masuk. Ternyata dekorasi ini berjaya mencipta majlis yang eksklusif dan hebat.
Penggunaan daun segar adalah penting kerana dedaun hidup akan memberikan impak berbeza dan segar dalam sesuatu dekorasi.
Props tidak banyak diperlukan kerana sifat alam semula jadi itu sendiri sudah ada nilai yang tersendiri. Dekorasi greenery seperti ini akan memberikan pengalaman berbeza pada setiap tetamu yang hadir.
Ads
Centerpiece dengan gubahan pelbagai bunga dan dedaun hijau membangkitkan gaya yang tersendiri.
Dari sempit nampak luas bila dapur rona putih. Itulah kesan pemilihan warna yang tepat. Belum lagi ‘bermain’ dengan perabot dan segala gajet yang warnanya cerah juga.
Sebenarnya ramai mak-mak suka warna putih, cuma tak berani tanggung risiko sebab warna ini memerlukan sikap rajin berganda. Maklumlah, putih cepat kotor. Kalau tumpah, memang ketara kena cuci.
Namun, warna ini paling minimalist dan cantik malah boleh membangkitkan mood untuk memasak. Haaa.. kalau anda rasa nak ubah dapur ke warna putih, jom baca perkongsian Dinah Rakhim.
Putih itu ‘timeless’ maka sebab itulah dapurrona putih adalah konsep kabinet paling popular sepanjang masa. Untuk ruang dapur yang seluas 177 kaki persegi ini, pilihan warna putih dapat memantulkan cahaya dan menjadikan ruang dapur ini kelihatan lebih besar.
Menggunakan kabinet keseluruhannya warna putih, white quartz countertop, Bosch appliances, Eubiq sockets, Ash timber SPC flooring dan subway tiles, hasilnya sangat memuaskan hati.
JOM KITA LIHAT TRANSFORMASI PROSES MAKEOVER INI DILAKUKAN:
Teruja melihat deko hasil sepasang suami isteri, pilih gaya minimalis untuk sedapkan mata memandang dan dapatkan ruang yang lebih luas.
Pemilik rumah, Dya Zakira dan suami fokus untuk ruang nampak kemas dan teratur susun atur perabut dan begitu juga dengan pemilihan warna dan aksesori kediaman.
Kongsinya, “Alhamdulillah 2024 genap setahun kami huni #rumahkecilku #syurgaku Main deco-deco bersama suami, suka tengok dalam FB rumah deco cantik-cantik untuk cari idea dekorasi, jadi tercipta lah deco minimalis rumah kami.”
Menariknya, segala dekorasi rumah adalah idea bersama suami isteri, tanpa mengupah mana-mana pereka hiasan dalaman.
Namun, pemilik menjadikan dekorasi Pereka Hiasan Dalaman terkenal, Anis Syuhada sebagai sumber inspirasi dan idea mereka suami isteri dalam menghias rumah.
Barang-barang dekorasi dan aksesori rumah pula kebanyakkan dibeli dari Shoppe, IKEA dan SSF.
Dalam menyusun atur dekorasi rumah, pemilik berpendapat jika memiliki keluasan yang kecil, mengurangkan barang-barang yang tidak perlu dan mempunyai kabinet untuk meletak barang-barang kecil seperti kuali, periuk dan sebagainya membuatkan perkakasan dan barangan nampak lebih rapi tersusun.
Pemilik juga mempunyai alasan tersendiri dalam mengekalkan kemasan jubin pada lantai dan memasang SPC pada ruang tertentu di rumah.
“Saya beli rumah ni, ruang tamu luar tiles dah cantik. Itu yang saya pasang SPC di dapur, tangga, bilik tetamu dan bilik anak sahaja.
“Bagi pendapat saya kalau buat full rumah guna SPC, ruang rumah nampak sedikit sempit berbanding pasang tiles. Mungkin sebab effect kilat tiles,”ujarnya.
Untuk ruang dapur pun memang kurangkan barang, kemudian pastikan di tempat asal. Tidak terlalu memerlukan peralatan gantung di dinding pun. Barulah nampak kemas!
Jadi suami isteri yang baru masuk rumah, boleh rujuk idea deko minimalis ini untuk nampak ruang lebih luas dan tersusun rapi. Apa yang penting, suami isteri sama-sama buat dan berminat untuk dekorasi rumah bagi nampak cantik berseri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Titipan aura romantis di pentas dermaga pastinya meninggalkan kenangan yang sukar diungkapkan dengan butir bicara. Gahnya pelamin di hari persandingan menjadi lambang betapa utuhnya ikatan cinta raja dan ratu sehari. Oh! Indahnya dunia tatkala dua jiwa menjadi satu. Moga kasih sayang kekal melingkari kehidupan pasangan mempelai hingga ke Jannah.
Pelamin cinta Dr Farid dan Dr Fazliana yang dijelmakan oleh perunding perkahwinan tersohor, Reka Teemor benar-benar mencuri perhatian. Menyuntik latar singgahsana cinta yang sarat dengan elemen romantik serta pencahayaan yang sempurna amat membantu agar pelamin tampak lebih menjentik deria pandang.
Pemilihan Reka Teemor sebagai perancang majlis dan dekorasi telah membantu untuk mendapatkan dream wedding pasangan Dr Farid dan Dr Fazliana kerana mereka adalah pakar dalam merancang acara yang unik, elegan dan eksklusif bersesuaian dengan anugerah sebagai Pereka Pencetus Trend yang diterima daripada Yayasan Usahawan Malaysia 2017/2018.
Mengambil inspirasi label berlian tersohor dari Itali, majlis akad nikah di Dewan Astor, St Regis Kuala Lumpur diberi nama ‘The Damiani’. Majlis bersama keluarga di Sime Darby Convention Centre bertemakan ‘The Khatulistiwa’ menampilkan aura flora tropika. Ilham keindahan kehijauan hutan tropika melatari pelamin dan 2000 kuntum bunga lawang gergasi berona emas melatari siling ballroom memberi efek yang eksklusif.
Majlis resepsi gilang gemilang di St Regis KL pula bertemakan ‘The Universe’ memberi nafas ultra moden. Ilham segar 50 lampu chandeliar origami berwarna perak berkilauan digantung dengan susunan rapi di ballroom utama St Regis KL. Ia seolah-olah meteor cinta Dr Farid dan Dr Fazliana.
Ayuh kami hidangkan keindahan rekaan pelamin dan dekorasi cetusan perunding perkahwinan terkenal @rekateemor.
Perancang perkahwinan Reka Teemor berkongsi tip manfaat untuk bakal pengantin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon dan juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin, 24, membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Esmeer Mansor, dalam...