Kecantikan

Majlis Dah Nak Dekat Tapi Muka Masih Berparut? Cuba 5 Petua Selamat Ini!

Share

Parut adalah sesuatu masalah yang tak senang duduk jika seseorang menghadapinya lebih-lebih kepada bakal pengantin yang akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka tidak lama lagi.

Anda tidak perlu risau dan berasa resah kerana setiap masalah ada penyelesaiannya. Penjagaan muka adalah amat penting untuk bakal pengantin. Jadi, bagi anda yang mempunyai masalah parut di muka boleh cuba guna bahan tradisional ini.

1. Kulit kayu manis dan bedak sejuk

Anda perlu menyediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Kemudian, tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus dan campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Tambah sedikit air.

2. Lidah buaya (aloe vera)

Dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah kepada dua bahagian supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu.

3. Asam jawa

Bahan ini sangat mudah untuk dijumpai. Caranya anda perlu campurkan asam jawa dengan sedikit air. Kemudian, sapukan pada muka yang berparut itu. Tunggu sehingga kering.

4. Madu

Ambil sedikit madu dan sedikit bedak sejuk. Kemudian, tekapkan bedak tersebut ke tempat yang berparut. Anda boleh lakukannya 2 hari sekali.

5. Timun

Bahan ini juga sangat mudah untuk dicari. Kisarkan timun dan tapiskan airnya. Tampalkan timun pada muka dan biarkan selama setengah jam. Bilas bersih dengan air suam.

 

 

IKLAN