Trending

Tiap pasangan pastinya menyimpan angan-angan untuk mengadakan majlis perkahwinan mengikut tema tersendiri. Pastinya ia memberi memori yang terindah buat pasangan. Alif Aizududdin Jama’uddin, 32 dan Intan Diana Ujang, 27 memilih tema majlis perkahwinan yang unik sebagai kenangan mereka berdua.  “ Saya memang minat sejarah Nusantara dan untuk mengembalikan suasana betul-betul lama di kampung kami memilih tema ini,” terang Alif

Cerita Alif, perancangan untuk mengadakan majlis istiadat melayu dan juga gabungan Jawa Kuno selepas mereka berdua berbincang dengan perancang perkahwinan, Sanggar Masri Klasik. Sebaik diceritakan tentang pakaian dan pelamin yang mempunyai sentuhan Jawa, Istiadat Berjulang, Malam Berinai Besar mengikut tradisi Minangkabau membuat kami tambah teruja.

“ Istiadat Berjulang biasanya dijalankan untuk pengantin perempuan menjemput pengantin lelaki dari tempat “berangguh”. Kemudian pengantin dijulang, diiringi muzik gendang dan serunai,” cerita Alif.

Majlis persandingan diadakan rumah keluarga isteri di Kampung Senama Hulu, Rembau. Pengantin perempuan mengenakan pakaian Bundo Kandung ( ibu kandung) dari Kota Gadang ( Bukit Tinggi) disusuli istiadat berjulang pada malam berkenaan. Pada hari persandingan kedua pengantin mengenakan pakaian pengantin Jawa. Alif mengenakan Mahkota Raja Siliwangi asli dari Kerajaan Jawa Lama.

Majlis persandingan diserikan dengan persembahan silat dan gendang serunai oleh kumpulan Gendang Silat Cimandi Tanah Baru dari Paroi dengan pakaian pendekar lama. Bagi makan beradab, sajian beralaskan daun pisang dengan menggunakan prop lama dan klasik disediakan  oleh perancang perkahwinan mereka .

Tetamu yang hadir turut teruja dengan majlis perkahwinan dengan pelabgai acara penuh adat dan keunikan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: