Majlis resepsi bertema Glam White Garden menjadi pilihan buat pasangan Amir dan Farah yang berlangsung dengan meriah di Dewan Menara Felda. Dominasi rona putih dan hijau mewarnai ruang dewan.
Di bahagian pelamin kebanyakannya mengenakan ranting dan juraian bunga putih, hydrangea dan juga matthiola di sekeliling pelamin untuk menaikkan lagi serinya.
Selain itu ditambah dengan juraian kristal di bahagian atas pelamin bagi memberikan mood glamor dan eksklusif. Pencahayaan yang mewah memberi kesan yang romantis pada majlis ini selain menaikkan lagi seri majlis dengan kilauan kristal yang bergemerlapan.
Ads
Meja beradap juga di hiasi dengan perincian yang mewah. Penggunaan bunga lebih kepada bunga tulip, phalaenopsis putih, hydrangea dan baby breath. Turut di hiasi kristal dan lilin untuk menampakkan kesan romantis di meja makan.
Centre Of Walkway atau juga dikenali sebagai Centre Of Love menjadi daya tarikan pada majlis ini di mana dicetuskan satu centre of walkway yang sangat mewah. Kedudukannya adalah di tengah-tengah dewan dan di sini lebih unik kerana dihiasi dengan juraian tassle, bunga dan juga kristal untuk tampil lebih elegan.
Ads
Setiap tetamu yang melalui di bawahnya akan mengambil kesempatan untuk bergambar di situ. Di akhir majlis, centre of walkway ini sebagai tempat menari sebelum mengakhiri majlis.
Ads
Meja VIP di hiasi dengan dekorasi bunga yang tinggi untuk menampakkannya eksklusif. Lebihan warna hijau digunakan pada dekorasi ini untuk memberi sedikit kontra pada dekorasi yang lain supaya kelihatan seperti taman di sekeliling dewan.
Kelainan yang di bawa dalam majlis ini adalah di pintu utama ini terdapat lounge area di mana di tengah-tengahnya ada hiasan bunga yang besar dan di sekelilingnya ada bangku untuk tetamu duduk menunggu dan juga bergambar di situ. Selain itu, di sekeliling kawasan luar di hiasi dengan drapes kain velvet putih untuk menaikkan lagi dekorasi di pintu hadapan ini.
Keistimewaan tentang majlis ini lebih kepada lighting effects yang digarapkan. Dekorasi banyak menggunakan kristal di mana bila ada lampu moving head, city lights, menaikkan lagi suasana di dalam dewan.
Dekorasi: Mahligai Creative Weddings
Terima kasih pengantin: Amir & Farah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbekal kerja keras dan keyakinan yang padu Muas Mo kini dikenali sebagai perancang perkahwinan yang dikenali dalam industri perkahwinan. Muas Mo diasaskan oleh anak muda, Mohd Muas Sazwan Mohammad Mazlan, Graduan jurusan Sarjana Muda Pengurusan Majlis UiTM Puncak Alam sejak tahun 2011. Hingga kini hasil kerja Muas Mo sentiasa mendapat perhatian dengan lontaran idea-idea yang fresh dan tersendiri.
Bagaimana membina nama hingga menjadi wedding planner yang dikenali sekarang?
Jangan bersikap memilih kerja atau pelanggan , itulah yang saya praktik sepanjang dalam aliran ini. Di samping itu sentiasa mengekalkan momentum kerja yang berkualiti. Hasilkan sesuatu rekaan yang unik dan lain daripada rekaan sedia ada di pasaran. Selain itu saya percaya dengan meluaskan hubungan baik dan kenalan serta rakan-rakan dalam industri perkahwinan dapat menjadikan diri kita relevan di dalam industri.
Apakah prinsip kerja yang diamalkan ?
Saya sentiasa bersikap ikhlas dalam menghasilkan sesuatu kerja dan membuat design dengan sepenuh hati agar pelanggan berpuas hati dengan rekaan yang tercipta.
Bagaimana menghadapi persaingan di kalangan wedding planner sedia ada?
Paling penting janganlah bongkak, sentiasa bersikap merendah diri dan rajin mengkaji trend terkini. Tidak dinafikan persaingan sangat hebat. Maka kita perlu hasilkan sesuatu design yang berlainan dengan pesaing dan cipta signature sendiri. Jaga hubungan baik sesama pesaing / rakan sama bidang kerana hakikatnya saling memerlukan antara satu sama lain.
Apakah signature dekorasi oleh Muas Mo?
Jika melihat hasil kerja oleh Muas Mo kebanyakannya berorientasikan sentuhan susunan floral yang tersendiri dan unik serta perincian kerja yang kemas dan bersahaja.
Apakah rujukan terbaik bagi anda dalam mencetuskan idea dekorasi?
Kami banyak mengkaji trend-trend terbaru berkenaan dekorasi dan susunan floral dari luar negara dan juga mengkaji trend di Malaysia dan menggabungkan keduanya untuk disesuaikan dengan budaya dan penerimaan rakyat Malaysia
Bagaimana menguruskan bunga-bunga segar?
Sememangnya rumit dan perlukan teliti. Pemilihan bunga disesuaikan dengan suhu iklim sesuatu tempat majlis itu. Susunan bunga akan dibuat saat akhir bagi memaksimumkan kesegaran bunga sepanjang majlis berlangsung
Adakah Muas Mo bertumpu hanya untuk Lembah Klang?
Tidak, kami juga mengambil tempahan luar Lembah Klang jika ada kekosongan jadual
Momen paling diingati sepanjang buat kerja kahwin, kongsikan.
Momen paling indah bila bertemu rakan-rakan baik yang sama dalam perniagaan namun kami saling bantu-membantu antara satu sama lain dan sangat rapat.
Cabaran membuat majlis kahwin indoor dan outdoor
Tentunya keduanya memberi cabaran yang berbeza. Untuk majlis kahwin indoor biasanya kurang berhadapan dengan masalah yang besar namun untuk majlis outdoor, persiapan yang teliti perlu dilakukan untuk sentiasa bersedia dengan perubahan cuaca yang tidak menentu dan angin yang kuat. Jika hujan pula kadangkala barang-barang pelamin berpotensi untuk rosak dan sangat penting untuk memastikan jika membuat majlis outdoor penggunaan barang-barang yang tahan lasak berbanding setup indoor
Cabaran dalam industri perkahwinan
Cabaran bagi saya ialah untuk kekal relevan di dalam industri serta sentiasa diterima oleh pelanggan lama dan baru. Oleh itu perlunya saya untuk sentiasa menghasilkan design-design baharu untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan.
Idea kreatif kerap menjadi ikutan bagi wedding planner. Apa komen anda tentang perkara ini?
Ya tidak dinafikan di dalam industri, setiap wedding planner perlu untuk lebih kreatif mencari idea-idea baru di samping sentiasa tahu akan trend-trend terkini. Wedding planner juga perlu kreatif dari segi menggabungkan penggunaan bahan-bahan sedia ada dengan yang baharu untuk mencipta sesuatu design yang tampak fresh, unik dan terkini
Sebagai wedding planner , apa yang anda utamakan untuk kepuasan hati pelanggan?
Sudah tentu memberikan servis yang terbaik dan menghasilkan sesuatu design yang disukai untuk pelanggan sehingga mereka berpuas hati dan rasa berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan. Itulah kepuasan bagi seorang wedding planner.
Perancangan masa hadapan untuk kekal terus dalam industri?
Kami bercadang untuk membesarkan lagi perniagaan dengan mengambil pelanggan-pelanggan seluruh Malaysia dan memandangkan kami juga mendapat permintaan yang banyak untuk menghasilkan pakej pelamin dan dekorasi pada harga yang lebih ekonomi, seiring dengan itu kami bercadang untuk mempelbagaikan lagi servis dan pilihan harga dari bajet sehingga eksklusif.
Projek terkini Muas Mo
Kami baru sahaja membuka dua lagi anak syarikat untuk memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan servis dari Muas Mo namun pada harga bajet iaitu Bijou by Muas Mo dan juga Heirs by Muas Mo untuk pelanggan-pelanggan mendapatkan pelamin mini hasil sentuhan dan kualiti terbaik setanding Muas Mo tetapi dengan harga sangat berpatutan , mampu dimiliki oleh semua lapisan pelanggan.
Tip & nasihat buat mereka yang baru ceburi dalam industri perkahwinan
Sentiasa ikhlas dalam membuat sesuatu perkara, sentiasa bersemangat untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap masa, melayan pelanggan dengan penuh rasa hormat dan profesional selain daripada itu, hasilkan sesuatu yang fresh dan unik bagi menyerikan lagi industri perkahwinan di Malaysia.
FOTO : NURUL NIZA & KOLEKSI PERIBADI MUAS MO
Muas Mo berkongsi DIY pelamin mudah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila berumahtangga, pasangan yang baru berkahwin perlu bijak deko rumah supaya suasana nampak lebih tenang dan mood ‘baru kahwin’ itu berkekalan.
Haa… jangan kata tak pandai nak mula, anda boleh cuba guna tip hiasan dalam yang dikongsikan Syarikat hiasan dalaman, ZBS Furnishing & Interior untuk kediaman yang dihuni oleh pasangan baru berkahwin.
10 Tip Deko Rumah Untuk Pasangan Muda Baru Kahwin
1. Tentukan konsep pilihan yang diminati oleh suami dan isteri. Inggeris, moden, loaf, scandinavian dan lain-lain. Jika kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza maka bincanglah dan buat konsep mix dan match.
2. Rajin-rajin rujuk majalah dekorasi, mencari idea secara online atau offline.
3. Beli keperluan utama dahulu seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Kemudian barulah mula mencari keperluan hiasan untuk mencantikkan rumah.
4. Setiap hujung minggu anda suami-isteri mesti rajin ke kedai perabot, shopping mall dan juga ekspo dekorasi untuk mencari idea dan juga survey harga. Adakalanya jika bernasib baik anda akan terjumpa tawaran yang tidak masuk akal.
5. Mesti rajin DIY olah semula perabot terpakai atau benda terbuang dan ditukarkan menjadi salah satu elemen dekorasi yang menarik.
6. Mesti rajin mengemas rumah bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selesa barulah rumah jadi tenang umpama ‘RUMAHKU SYURGAKU”.
7. Barang-barang hobi juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau sebagai hiasan dinding. Contohnya gantungkan papan karom, lukisan yang dicat sendiri dan sebagainya.
8. Ada perabot yang boleh dibeli secara online tetapi dengan harga yang murah. Anda kena rajin membuat perbandingan harga. Kedai online yang berpangkalan di China juga banyak menawarkan perabot harga murah. Cuma anda sanggup tunggu lama atau tidak untuk proses shipment.
9. Jika ingin kurangkan belanja maka lebih baik cat sendiri kediaman. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi anda dapat jimat beratus-ratus ringgit.
10. Untuk bahagian dapur beli bekas makanan dari warna dan jenis yang sama untuk kelihatan seragam.
Dapat sesuatu dalam tip deko kali ini? Kalau anda rasa tak mampu nak hias, buat ikut bajet sendiri. Yang penting, ada perubahan setiap bulan. Barulah hasilnya mantap!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita sekarang berada di zaman sosial media dimana semuanya kita boleh akses hanya dihujung jari. Trend terkini yang semakin menjadi perhatian ramai orang apabila berkunjung ke majlis perkahwinan adalah photobooth. Dimana photobooth ini adalah sebuah dekorasi yang dikhaskan hanya untuk mengambil gambar sahaja.
Di bahagian photobooth ini terdapat pelbagai jenis barang yang boleh kita gambar bersama dan semuanya unik-unik betul. Malah photobooth ini telah menjadi tempat wajib tetamu selepas selesai makan mereka akan terus singgah ke photobooth untuk mendapatkan gambar buat kenangan.
Apa yang menarik kedai photobooth diMalaysia sahaja telah ramai anak muda yang ceburi bisnes ini. Masyuk dan sangat berbaloi apa kan lagi tengah trend sekarang. Gambar juga cantik dan bermacam-macam gaya boleh kita ‘pose’. Benda yang wajib anda di majlis anda. Disini kami kongsikan antara photobooth yang menarik
boleh korang dapat.
Sekali pandang macam sampul surat dari luar tetapi apabila buka di dalam kelihatan gambar yang di ambil. Memang style habis rekaannya.
Bentuk empat segi juga mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Senang nak simpan dalam wallet atau beg sebab kecil dan mudah.
Kalau korang tak nak amik 3 gambar mereka-mereka ini juga boleh buat design menjadi dua gambar. Jadi nampaklah gambar korang lebih besar dan jelas.
‘pose’ kan gaya anda semuannya boleh di photobooth memang best.
Semua gambar lawa-lawa susah nak buat pilihankan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!