Suatu ketika dahulu, kaki ayam bukanlah menjadi pilihan bagi sesetengah individu sebagai salah satu pilihan makanan yang ingin diambil. Kadangkala, kaki ayam tersebut dibuang selepas diproses memandangkan kemungkinan tiada sesiapa yang ingin memakannya atas beberapa faktor seperti rupa bentuk, tekstur dan berasa geli memandangkan statusnya sebagai kaki ayam walaupun telah dicuci bersih dan dimasak.
Namun, kebelakangan ini, semakin ramai yang mula memahami manfaat yang diperoleh daripada pemakanan kaki ayam ini. Ikuti artikel ini untuk mengetahui manfaat yang mungkin boleh anda perolehi daripada hidangan berasaskan kaki ayam.
Adakah anda gemarkan kaki ayam?
Memakan makanan ini mungkin tidak begitu menarik dan biasa bagi sesetengah individu atau penduduk di sesebuah negara, tetapi ia dianggap sebagai makanan istimewa di banyak negara Asia, termasuk China, Vietnam, Filipina, dan Korea. Selain itu, penduduk di rantau lain turut memakan hidangan berasaskan kaki ayam. Resipi yang menyertakan jenis makanan ini sebagai bahan utamanya turut terkenal di Jamaica, Afrika Selatan, Trinidad, dan beberapa negara di wilayah Amerika Selatan.
Manfaat memakan kaki ayam
Menurut National Library of Medicine, kolagen adalah protein yang paling banyak di dalam tubuh, yang menyumbang hampir satu perempat daripada jumlah jisim protein. Ia memberikan kekuatan kepada tulang, ligamen, tendon, dan sokongan bagi penyembuhan luka kulit.
Manfaat kulit
Kolagen membantu membentuk elastin dan sebatian lain dalam kulit yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keremajaan, tekstur dan penampilan kulit. Pemakanan adalah kunci utama apabila melibatkan kesihatan dan penampilan kulit. Semakin banyak kolagen yang ada di dalam badan anda, semakin kecil kemungkinan anda mempunyai tanda-tanda penuaan yang paling jelas seperti kedutan.
Ia juga meningkatkan keanjalan kulit dan menghalang penuaan pramatang yang membuatkan kulit kelihatan berkedut. Oleh sebab faktor ini, beberapa doktor mencadangkan untuk memakannya untuk tujuan kecantikan kulit. Ini bermakna kolagen ayam boleh dimasukkan dalam pelan penjagaan kulit semula jadi anda.
Sumber : majalah sains
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI