Ads

Bella Astillah Anggun Dalam Kurung Pesak Gantung, Syed Saddiq Segak Berbaju Melayu Teluk Belanga Di Muar

Keindahan busana tradisional Johor menjadi pilihan pasangan pengantin baharu, Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ketika meraikan hari bahagia mereka di Muar, Johor. Kedua-duanya tampil penuh anggun dan segak dalam persalinan rekaan Rizman Ruzaini yang mengangkat kehalusan seni warisan Melayu.

Bagi meraikan momen istimewa itu, Bella memilih persalinan Rizman Ruzaini dalam rona biru langit yang lembut dan mempesona. Busana berpotongan Kurung Pesak Gantung Johor itu menyerlahkan keayuan pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu berkenaan, sekali gus menampilkan sentuhan klasik yang diberi nafas kontemporari.

Lebih mencuri perhatian, persalinan tersebut dihiasi perincian sulam tebuk dalam rona perak dan keemasan, memperlihatkan ketelitian serta kemahiran seni pertukangan tangan yang menjadi antara identiti rumah fesyen berkenaan.

Gabungan potongan tradisional, pemilihan fabrik dan perincian couture menjadikan keseluruhan penampilan Bella tampak cukup eksklusif tanpa mengetepikan nilai kesopanan serta keindahan busana Melayu.

Sementara itu, Syed Saddiq tidak kurang segaknya apabila menyarungkan Baju Melayu Johor Teluk Belanga yang melengkapkan penampilan mereka sebagai pasangan raja sehari.

Ads

Pemilihan busana tradisional Johor ini juga cukup signifikan memandangkan Muar merupakan tempat yang begitu dekat dengan kehidupan dan perjalanan politik Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Sentuhan Rizman Ruzaini dalam persalinan pasangan ini membuktikan bahawa busana tradisional Melayu masih mempunyai daya tarikan tersendiri, khususnya apabila diterjemahkan melalui pendekatan rekaan yang lebih moden dan sofistikated.

Ads

Kehalusan sulaman serta potongan yang mengekalkan identiti asal busana menjadi simbol penghargaan terhadap warisan fesyen tempatan yang terus relevan merentas zaman.

BACA JUGA: Kenal Sejak Sekolah, Anak Sulung Linda Rafar Selamat Bertunang Dengan Pilihan Hati

Ads

Lebih manis, pilihan warna biru langit pada persalinan Bella memberikan kesan romantis dan menenangkan, sekali gus menyerlahkan keserasian pasangan pengantin ini.

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat bergelar suami isteri pada 10 Oktober 2026 selepas melangsungkan majlis akad nikah yang menyaksikan kedua-duanya disatukan dengan sekali lafaz.

Syed Saddiq menyerahkan mas kahwin sebanyak RM500 kepada Bella, manakala hantaran perkahwinan menyaksikan tujuh dulang daripada pihak pengantin lelaki berbalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Sebentuk Cincin, Sejuta Makna: Seni Memilih Cincin Perkahwinan

Sebentuk cincin menyimpan sejuta makna. Ketahui panduan memilih cincin perkahwinan yang elegan, berkualiti dan selesa dipakai agar kekal indah sebagai simbol cinta dan kesetiaan sepanjang hayat.