Ya, cemburu tanda sayang tetapi jika semua perilaku pasangan diperhatikan dan pasangan rasa dikongkong, adakah ianya masih boleh disebut sebagai cinta?
Sikap terlalu cemburu bukan sahaja dikaitkan dengan rasa tidak selamat dan takut, malah boleh membuatkan pasangan berasa kurang senang serta berasa tertekan memikirkan dirinya sentiasa dikawal ketat dan tidak bebas bergerak.
Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Sampai ‘Makan Diri’
Jika seseorang itu mempunyai pasangan yang terlalu cemburu, berkemungkinan peluang keluar bersama rakan selepas waktu pejabat atau sekadar bertemu rakan lama pasti akan menimbulkan masalah besar buat individu tersebut.
Berkemungkinan juga pasangan akan mengekori untuk memastikan apakah anda benar – benar bertemu rakan lama. Tidak mustahil juga dia akan muncul di depan pasangannya dan menyuruh untuk pulang.
Ads
Seperti pasangan artis tanah air, Faezah Elai dan Heykal Hanifah juga mempunyai waktu tertentu di mana timbul perasaan cemburu terhadap satu sama lain. Tetapi bagi pasangan ini, soal cemburu bukanlah menjadi satu masalah kerana mereka beranggapan sifat cemburu tersebut itu normal dan mengganggap itu sebagai rasa cinta dan sayang antara satu sama lain.
“He is so ok with this video cause he prefer the entire world to know. Dia punya terkejut tu sambil riang ria dlm hati. He himself posted this video on his IG.
Ads
“So, stop with this “tak baik bukak aib”. Jealousy between husband and wife is normal!
Yang tak normal kalau husband cemburu dengan janda rumah sebelah. Haaa… tu baru aib.
Happy Father’s Day to all Fathers in the world,” kata Faezah Elai melalui video posting keterangannya di Instagram.
Ads
Faezah Elai Tak Keluar Rumah Bila Suami Tak Ada
Tambah beliau, apabila suaminya tiada di rumah, beliau tidak akan keluar rumah dengan penampilan yang cantik dan keluar lepak bersama rakan-rakan. Faezah Elai hanya akan keluar untuk menghantar anak ke sekolah dan membeli barang runcit sahaja kerana beliau tahu suaminya, Heykal Hanifah mempunyai sifat cemburu.
Sifat cemburu perlulah dikawal, jangan sampai sifat terlalu cemburu itu memusnahkan rumah tangga yang telah dibina bertahun lamanya. Setiap pasangan juga haruslah bijak mencari solusi agar pasangan tidak berasa cemburu antara satu sama lain.
Sumber: Instagram Faezah Elai
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesekali rumah bersepah, suami kena faham dan isteri tak perlu gelabah. Ikut kemampuan diri uruskan rumah tangga dan jangan sesekalki ikut orang. Baru lah akan rasa bahagia buat rutin harian.
Bak kata Puan Intan Dzulkefli, lain orang, akan lain cara caranya. Ikut keselesaan pasangan masing-masing. Okay, jom lah baca perkongsian kali ini untuk faham situasi isteri sibuk menguruskan hal rumah tangga.
Jika suami kita jenis balik rumah, apabila buka pintu lihat meja masih kosong tanpa lauk pauk, rumah seperti tongkang pecah, isteri muka seperti hantu mak limah, anak-anak masih masam tak mandi tetapi dia masih senyum gembira lihat isteri dan anak-anak, alhamdulillah.
Namun, kita kena ingat, bukan semua isteri direzekikan suami yang bertimbang rasa sebegitu. Ada yang boleh naik angin jika buka pintu rumah dan lihat situasi begitu.
Banyak faktor penyebab. Mungkin juga sebab sudah terbiasa dididik dari kecil, ibunya serba serbi sempurna.
Kita boleh kata, ‘suami saya okay je kalau pergi kerja tanpa saya siapkan sarapan. Malahan dia yang selalu siapkan atau beli sarapan.’
Namun, ada suami orang lain, kepantangannya jika dia melangkah keluar tanpa ada sarapan di atas meja atau secawan kopi untuk diminum.
Adakah kita boleh kata, “minta cerailah! Suami kau tu bukan manusia, tetapi lembu.”
Tentunya tidak kan? Kasut kita tak sama. Toleransi kita tak sama. Latar belakang setiap orang tidak sama. Prinsip, penerimaan dan kepantangan tidak sama. Terimalah hakikat itu.
Saya pernah lihat, seorang suami, hanya untuk membasuh tangan pun menunggu isteri. Walhal bekas air itu bukannya jauh dari tangannya. Itu pun masih mahu disuruh si isteri menghulurkan padanya.
Istighfar juga saya melihat kelakuannya.
Ya, si isteri perlu menyiapkan segala-galanya. Namun, si isteri jujur berkata sendiri dengan anak-anak lelakinya.
“Jangan buat macam ini dengan isteri kalian. Buatlah semuanya bersama-sama. Mak ni kes lain. Anggap je mak ni kes special.”
Maksudnya dia memang redha dan gembira melayan suaminya begitu. Namun tidak pula dia mahu budaya sedemikian dinormalisasikan dalam kalangan anak menantunya. Mungkin sebab dia sedar, ketahanan mental, emosi dan fizikal setiap wanita bukannya sama yang mana mungkin dapat menjejaskan sebuah keikhlasan.
Ada pasangan suami isteri yang saya jumpa memang semua hal dalam rumah tangga suami yang buat. Penat balik kerja dari kebun, dialah juga yang masak, angkat baju di ampaian, melipat baju, kemas rumah. Isterinya bekerja sebagai guru. Tetapi (insyaAllah) rumah tangganya bahagia sahaja. Si suami okay dengan isterinya dan meredhai isterinya, dia memang tak suka lihat isterinya bersusah payah, katanya.
Bagi isteri, keredhaan suami. Itu point paling penting. Suami ikhlas dan redha. Mereka okay dengan cara rumahtangga mereka. Walhal orang luar selalu mengutuk isterinya sebagai pemalas dan sebagainya.
Tetapi apa yang pasangan ini buat? Mereka buat tak endah komen orang lain. Rumah tangga kami, cara kami. Asalkan tak salah di sisi agama, kita proceed.
Ada pasangan pula seperti yang saya ceritakan di atas tadi. Serba serbi semua isteri yang buat. Kuku pun isteri yang potongkan. Sudahlah alatan rumah semuanya tradisional, hinggakan mahu menggulai pun perlu kait sendiri buah kelapa sampailah mesin, memerah santan semuanya secara manual. Tetapi tidak pula isteri ini merungut. Memang semuanya dilakukan dengan rela dan ikhlas, walau mungkin ada wanita yang komen, ‘dah macam hamba abdi!’
Ada pula yang sejak sah ikatan nikah, semua hal berkongsi bersama. Baik kerja rumahtangga mahupun hingga menguruskan anak-anak, semuanya dilakukan bersama-sama. Sangat kontra kan?
Jadi, rumahtangga yang mana yang paling bagus antara semua ini? Jawapannya? Rumahtangga yang saling meredhai dan diredhai, saling membahagiakan kedua pihak suami isteri. Sebab rumahtangga ini didasari atas dua jiwa.
Jika cara sedemikian dipersetujui, diredhai bagi keduanya, siapalah kita sebagai orang luar mahu komen itu ini. Kita ada cara masing-masing.
Jika rumah tangga kita begini, itu rumah tangga kita, bukannya rumah tangga mereka. Cukuplah kita faham itu serta belajar hormat cara dan prinsip orang lain.
Dulu, saya juga sejenis yang cepat juga melenting andai terbaca bab-bab merajakan orang lelaki ni. Namun, sekarang sudah slow sikit. Mungkin atas faktor melihat dari sudut pandang berbeza.
Jika semuanya okay, then ‘go on’ dengan cara kita walau orang lain kritik begitu begini. Hal ini kerana, keikhlasan dan rasa bahagia yang lahir di dalam hati bukanlah boleh dibuat-buat.
Jalani hidup kita dengan cara kita sendiri, asalkan masih berpaksikan matlamat mengejar redha Ilahi. Sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui apa di dalam hati – setiap dari kita.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Khas buat bakal pengantin jenis kulit kering, anda patut mengambil tahu tentang bahan set penjagaan wajah yang diguna untuk elakkan berlakunya breakout sebelum naik atas pelamin.
Haa… nak menjaga kulit kering ni bukan sahaja tentang menggunakan produk penjagaan wajah untuk sentiasa lembap, tetapi juga patut tahu memilih produk bahan yang selamat untuk digunakan.
Ini kerana tidak semua bahan dalam produk penjagaan kulit sesuai digunakan pada jenis kulit ini dan ketidakserasian ini berpotensi menyebabkan kerengsaan pada kulit yang pada mulanya kering.
Kemudian terdapat paraben. Paraben adalah bahan yang boleh menyebabkan produk penjagaan kulit tahan lebih lama. Selain itu, ramuan ini juga dikatakan mampu menghalang pertumbuhan mikrob dalam produk penjagaan kulit.
Malangnya, apabila digunakan pada orang yang kulitnya diketahui kering, paraben ini boleh menyebabkan tindak balas seperti kerengsaan dan alahan.
Jika anda terhidu bau yang menyegarkan semasa menggunakan produk penjagaan kulit, itu tanda produk tersebut mengandungi pewangi. Walaupun baunya menyegarkan, bahan ini boleh merengsakan kulit kering dan menyebabkan jerawat.
Asid glikolik adalah bahan aktif yang biasa digunakan untuk membuang sel kulit mati supaya kulit kelihatan lebih berseri. Selain itu, asid glikolik juga dapat memastikan kulit kelihatan lebih licin dan pori-pori menjadi lebih kecil.
Namun orang yang mempunyai kulit kering tidak digalakkan menggunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi asid glikolik kerana tahap ini dikatakan boleh merengsakan kulit. JAdi semak dulu sebelum guna ya!
Asid salisilik ini mempunyai banyak manfaat kulit seperti: B. melawan jerawat dan keradangan serta mengurangkan minyak berlebihan pada kulit. Malangnya, kandungan ini boleh menyebabkan kulit kering.
Jadi jika mempunyai kulit kering, anda harus mengelakkan produk penjagaan kulit yang mengandungi asid salisilik.
Buat pasangan yang baru kahwin, jika memiliki ruang rumah kecil, anda jangan rasa tak best pula. Sebab anda boleh bagi nampak luas jika pandai pusing perabot unuk naikkan seri rumah.
Dengan pemilihan dekorasi dan susunan perabot yang betul, anda juga boleh membuatkan ruang dalaman rumah yang kecil tampak menarik walaupun dengan pengayaan yang serba ringkas.
Mari kita lihat bersama hasil dekorasi yang telah ditonjolkan kediaman berkeluasan 700sqft ini untuk dijadikan sebagai sumber inspirasi kepada anda semua.
Pemilik kediaman telah memilih rona coklat terang dan gelap sebagai warna pilihan dekorasi ruang dalaman rumah. Di samping itu, pemilihan perabot warna hitam telah dijadikan sebagai pilihan bagi melengkapkan lagi dekorasi tersebut.
Dekorasi ruang dalaman kediaman ini kelihatan seperti berkonsepkan ala ‘Industrial Minimalist’ dan hasilnya nyata tampak sangat menarik dan kemas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...