Buah Manggis merupakan sejenis buah yang boleh dimakan mentah. Ianya memiliki kulit lembut yang tebal dan berwarna ungu pekat yang melindungi isinya yang bewarna putih dan boleh dimakan. Memang manis jika dimakan.

Ia adalah salah satu buah tempatan yang patut kita banggakan. Buah ini mengikut musim, kalau tengah musim memang merata anda boleh dapat. Namun, tidak ramai yang mengetahui tentang kebaikan buah comel berwarna ungu ini. Buah ini mengandungi kesan untuk awet muda. Biar betul? Nak tahu jom lihat!

Manfaat Buah Manggis Yang Akan Buat Anda Rasa Nak Keluar Beli Sekarang Juga

1. Kaya antioksida

Semua sumber makanan yang mengandungi antioksida berupaya untuk menangani masalah kerosakan sel daripada kesan radikal bebas. Antara nutrisi yang terdapat ialah Vitamin C dan xanthones. Iaitu komponen yang terdapat dalam tumbuhan yang tinggi antioksida.

2. Mengurangkan berat badan

IKLAN

Ramai tak tahu sebenarnya dengan memakan buah manggis ia dapat memberi kesan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kesan anti-radang pada buah manggis boleh membantu mengimbangi semula metabolism dalam badan dan mengelakkan berat badan naik secara mendadak.

3. Mengekalkan kesihatan kulit

Tanda paling senang nak nampak tua bila kulit rosak dan berkedut. Jadi mulakan penjagaan kulit dari dalam dengan buah manggis. Ia mempunyai kesan efektif yang merawat dan mengurangkan tanda kulit bermasalah akibat terdedah dari pancaran matahari.

IKLAN

Manfaat Buah Manggis Yang Akan Buat Anda Rasa Nak Keluar Beli Sekarang Juga

4. Mencegah keputihan

Kaum wanita mudah dijangkiti kulat Candida yang menjadi punca masalah seperti keputihan. Buah manggis mencegah pertumbuhan kulat sekali gus mencegah berlakunya keputihan. Kandungan alpha-mangostin dan gamma-mangostin pada buah manggis juga bersifat sebagai anti bakteria.

IKLAN

5. Mengurangkan alahan atau alergi

Buah manggis mempunyai kandungan yang mampu mengurangkan masalah alahan atau alergi yang anda alami.

6. Menstabilkan sistem pencernaan

Pengambilan kira-kira 3 ml jus manggis setiap hari dikatakan mampu membantu kesihatan tubuh. Sistem percernaan menjadi lebih stabil dan tubuh mampu mendapat penyerapan zat yang lebih baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI