Positifnya Marsha Milan, tak ada masalah duduk dengan mentua malah tak pernah terfikir mahu duduk asing.
Penyanyi 39 tahun ini juga bersyukur dikurniakan ibu mentua yang memahami buatkan dia tak rasa kekok tinggal sebumbung bersama.
Sedikit sebanyak, Marsha berkongsi isi hatinya menerusi portal Kosmo! sepanjang duduk bersama ibu mentuanya.
Marsha Milan Duduk Dengan Mentua
Memegang status sebagai menantu, pemilik nama sebenar Marsha Milan Londoh itu sentiasa mengamalkan sifat bertimbang rasa selain sentiasa mencipta persekitaran positif demi hubungan yang harmoni.
“Pada awalnya memang kekok, tetapi lama-lama nanti kita sendiri akan ada rasa tanggungjawab sebagai isteri dan menantu, perlu wujud sikap tolak-ansur dan terima perkara ini sebagai benda positif, jangan sesekali fikir negatif.
Ads
“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dapat ibu mentua yang sangat memahami, baik dan sempoi, rezeki saya. Sebenarnya semuanya datang dari diri sendiri, bagaimana kita menangani setiap situasi
“Saya sebagai isteri tidaklah rasa diri bos dekat rumah, kita kena juga turun tolong dekat dapur dan sebagainya, pandai-pandai ambil hati, jangan berkurung dalam bilik sahaja,“ katanya lagi.
Tak Pernah Terfikir Mahu Tinggal Asing
Ads
Ditanya adakah perancangan untuk duduk berasingan dengan mentua supaya lebih bebas, pelantun lagu Darah itu memberitahu dirinya tidak pernah terlintas berbuat demikian sebaliknya bersyukur dapat menjaga makan minum ibu mentuanya dengan lebih dekat.
“Saya tidak pernah pun terlintas mahupun bincang dengan suami untuk duduk asing, biarlah orang tua kita ada depan mata, inilah masanya untuk berbakti, senang kalau sakit ke apa, dia ada dekat.
“Memang tiada perancangan pindah, lagi pula perkara tersebut tiada dalam kepala, tidak mengapalah saya sebumbung dengan mentua, asalkan kita terus menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menantu dan isteri yang baik.
Ads
Selalu Positif, Nanti Semuanya Akan Baik
“Kuncinya adalah kesefahaman, tolak ansur dan timbang rasa, kena sedar ruang dan situasi. Tidak perlu fikir daripada aspek negatif, jika niat kita baik, semuanya akan jadi baik,” katanya menutup bicara.
Untuk rekod, Marsha mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tahun 2015 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata meskipun sudah sedekad usia perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang melakukan diet sendiri tidak kurang juga yang memilih perkhidmatan online coaching. Melalui online coaching jurulatih akan memberi panduan mengenai cara menjaga pemakanan dengan diet seimbang, selain mengamalkan senaman untuk kekal cergas.
Daripada apa yang dilihat sekarang, diet dan amalan gaya hidup sihat ketika ini sudah semakin menjadi trend di negara ini. Impaknya, ramai mula sedar kepentingan untuk memiliki berat badan ideal, demi meningkatkan keyakinan diri, sekali gus menjaga kesihatan.
Bagi bakal-bakal pengantin tentulah mahukan bentuk badan yang langsing ketika menyarungkan busana pada hari bahagia nanti. Maka ramailah yang mula berdiet bagi mengurangkan berat badan.
Jika anda berhajat untuk berdiet, ada perkara yang perlu anda perhatikan. Penting untuk anda memilih diet yang tidak membuatkan anda menjadi stres sehingga akhirnya membuatkan program diet anda menemui kegagalan.
Berikut perkongsian daripada coach kecergasan untuk anda jadikan panduan sebelum memulakan program diet.
Diet jadi tak stres bila:
1. Ada waktu raikan reward untuk diri sendiri.
2. Diet dengan makanan yang telah siap ada di sekeliling.
3. Tidak tunggu baru nak ada oat, buah, atau makanan sihat yang trendy baru nak mula diet.
4. Tak haramkan makanan tertentu daripada masuk ke dalam badan itu, tidak sama sekali.
5. Tidak skip waktu-waktu makan yang utama.
6. Bersenam dalam tempoh waktu yang sederhana. Ada waktu rehat tertentu dan ia tidak dibuat hari-hari. Tunaikan hak rehat untuk badan juga.
7. Ada variasi menu yang bertukar-tukar. Tidaklah sampai dua tiga bulan asyik menu yang sama.
8. Air kosong diminum ikut keperluan badan. Tidaklah wajib tiga hingga empat liter sehari. Ia bergantung kepada aktiviti, keperluan harian kalian.
9. Meletakkan tempoh waktu yang ideal berapa lama progress diet akan berjalan.
10. Tenang, sabar dan tabah dengan orang sekeliling yang tidak membantu.
11. Fikir diet untuk diri sendiri, dan bahagiakan diri itu lebih jadi keutamaan.
12. Syukur dengan progress anda yang kecil. Biar pun perlahan, asalkan ia terus berjalan.
Begitulah. Selamat berdiet tanpa stres kawan. Sesungguhnya kesederhanaan adalah kunci kejayaan.
Unik dan ringkas, elemen utama gubahan hantaran buat si kekasih hati. Dekorasi serba ringkas dengan bunga carnation merah jambu tentunya memberi suntikan kelainan.
Tip:
1. Bungaan segar carnation penyeri persembahan hantaran serba ringkas.
2. Esensi tradisi tepak hantaran masih mengekalkan esensi tradisi.
3. Penggunaan cermin memberi refleksi unik dan bersahaja
Nota:Make sure barang hantaran anda tu tak berat/sarat sangat. Risau cermin tak boleh nak tampung pula. Ataupun bila frame cermin yang berkualiti dan teguh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Koleksi Jubah Abaya dewasa ini amat popular bukan sahaja di kalangan wanita dewasa bergelar ibu malah turut mendapat tempat di hati anak-anak gadis remaja.
Antara sebab ramai yang meminati jubah abaya kerana ia ringkas dan cepat untuk disarungkan. Dan ia sesuai untuk pelbagai majlis. Sama ada rasmi atau tak rasmi.
Tetapi makin lama nilai sebenar abaya atau jubah ni semakin terpesong dari tujuan sebenar pemakaiannya iaitu menutup aurat.
Tidak salah untuk bergaya dengan jubah tapi pastikan jubah itu memenuhi syarat menutup aurat iaitu:
Tidak menunjukkan bentuk fizikal tubuh badan
Labuh dan tidak ketat
Kainnya tidak perlu tebal, asalkan tidak jarang
Memang betul, semakin ramai muslimah yang selesa berjubah abaya. Termasuk dari golongan profesional dan bukan dari muslimah berpendidikan agama sahaja.
Jika dulu pilihan fesyen untuk muslimah yang benar benar menutup aurat agak terhad, namun kini tidak lagi.
Perkembangan industri fesyen muslimah memang menggalakkan dan mendapat sambutan memberangsangkan.
Ramai muslimah mula berjinak jinak menutup aurat dengan sempurna dan berhijrah ke arah yang lebih baik.
4 Tip Beli Jubah Abaya Baru Yang Cantik Di Mata & Sejuk Di Hati Suami
Antara tips yang boleh dijadikan rujukan semasa cik puan membeli jubah abaya baru untuk diri sendiri:
1. Fabrik / kain yang sesuai
Secara umum, pemilihan kain sangat penting sebelum anda membeli abaya baru.
Kainnya mestilah selesa, menyerap peluh dan mempunyai pengudaraan yang baik.
Boleh dikatakan hampir semua jenis kain sesuai untuk dibuat jubah. Asalkan ia tidak melekap pada tubuh.
2 jenis kain yang saya kurang gemar ialah kain kain lycra, chiffon dan satin kerana ia agak melekap pada tubuh. Jadi bila ditiup angin memang nampak aurat pemakainya.
Oleh kerana kain jenis lyra tergolong dalam kategori kain yang berat, ia akan jatuh mengikut tubuh. Bagi anda yang sudah terbeli jubah abaya lycra, perlu memakai pakaian yang mempunyai kain lebih keras sebelum menyarung jubah lycra.
Ini akan membantu mengurangkan sifat lycra yang melekap pada tubuh. Maklumlah, kain jenis ini memang nampak lebih kemas kerana ia sukar berkedut.
2. Warna kain & corak jubah
Tidak disangkal lagi, jubah hitam adalah paling digemari dan sering menjadi pilihan ramai muslimah. Jubah hitam juga boleh secara umumnya di kategorikan kepada jenis abaya kosong dan abaya berhias batu dan sulaman.
Jubah abaya hitam mudah disesuaikan dengan pelbagai warna tudung dan corak berlainan. Walaupun begitu, sekarang ini banyak abaya pelbagai warna dan corak boleh di dapati dipasaran.Jubah abaya hitam kosong sesuai digayakan bersama tudung cerah.
Manakala jubah bercorak pula sesuai di pakai bersama tudung kosong.
Pilihlah yang mana suka, asalkan ianya menutup aurat.
3. Saiz abaya tempatan dan import
Saiz abaya import berbeza dengan jubah yang dijahit di Malaysia. Jadi, untuk memastikan jubah yang dibeli sesuai saiznya dengan badan kita, seeloknya tanya dahulu penjual tersebut.
Dapatkan ukuran semasa dan berikan kepada penjual. Biasanya, masalah ini tidak terjadi sekiranya membeli abaya sendiri di kedai fizikal.
Bagi pembelian jubah abaya secara online, pastikan saiz yang diberi benar benar sesuai dengan ukuran badan. Jika tidak, akan membuang masa dan tenaga.
Lazimnya, jubah dari timur tengah mempunyai ukuran yang lebih besar dari jubah jahitan tempatan atau negara asia.
Jadi semasa cik puan pergi menunaikan umrah, sebelum membeli abaya di tanah haram pastikan untuk memilih saiz yang betul ya.
Maklumlah, kita ke sana untuk menunaikan ibadah. Selepas selesai menunaikan rukun ibadah dan ingin membeli sedikit cenderamata, rambang mata jadinya.
Banyak pilihan dan corak.
4. Harga abaya dan kualitinya
Bergantung kepada bajet, ada banyak kategori abaya. Dari yang murah kepada yang mahal.
Tak semestinya yang mahal lebih bagus dari yang murah kan? Sebab harga abaya mahal dipengaruhi perhiasan. Jubah yang terlampau mahal amat sukar penjagaannya.
Mungkin untuk acara istimewa, tidak salah untuk berpakaian cantik. Tetapi jubah abaya yang digunakan untuk majlis ilmu dan bersilaturahim kebiasaanya lebih sesuai dengan abaya yang sederhana.
Keputusan ditangan kita.
Tip Memakai Jubah Abaya Kosong Supaya Sempurna Menutup Aurat
Jubah abaya yang dipakai dengan betul bukan saja nampak cantik dan anggun, malah selesa dan menjimatkan masa. Disini saya kongsikan beberapa tips memakai abaya untuk manfaat cik puan semua.
1. Pakai baju lapisan dalam menggunakan kain kapas.
Jubah abaya ini sebenarnya digunakan sebagai pakaian luar seperti jaket. Wanita Arab pada asalnya memakai jubah abaya untuk menutup pakaian yang berwarna warni semasa berada diluar rumah.
Selepas muslimah berabaya sampai ke destinasi yang dituju seperti rumah saudara mara, mereka akan menanggalkan abaya (sama seperti orang lelaki yang memakai kot bersama kemeja di dalamnya).
Di Malaysia, wanita muslimah akan memakai baju kurung berwarna-warni sebelum menyarungkan jubah abaya untuk keluar rumah.
Ini sangat bertepatan dengan cara menutup aurat dengan lebih sempurna kerana jubah ni jika kita tidak memakai pakaian lain di dalamnya, bila ditiup angin, tetap akan terlihat bentuk badan kita terutamanya bahagian betis hingga ke peha.
Kain kapas sangat sesuai untuk dipakai sebagai inner jubah abaya kerana ia menyerap peluh dan sejuk.
T shirt lengan panjang daripada fabrik kapas memang terbaik untuk kulit kita terutamanya dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap.
Fabrik cotton juga tidak mempunyai kesan ‘statik’/melekat khususnya bila berada di tempat sejuk. Elakkan menggunakan kain dalam dari jenis satin yang lembut dan licin. Ini akan memburukkan lagi keadaan sebab ia akan melekat pada tubuh.
2. Gunakan skirt dari fabrik yang tebal dan keras
Dengan memakai skirt tebal dan keras sebelum mengenakan abaya dapat mengelakkan bentuk kaki terlihat kerana ditiup angin.
Kebanyakan orang memakai kain dalam yang dibuat dari bahan lembut.
Seeloknya beli skirt yang agak tebal dan keras materialnya untuk dipakai bersama abaya anda supaya lebih terjaga aurat kita.
Boleh juga jika sahabat-sahabat ingin mengenakan seluar panjang sebelum memakai jubah dan material seluar yang saya kira paling baik adalah seluar jeans(straight cut sahaja) kerana jenis kainnya keras dan berat.
Bila menggayakan jubah abaya plain / kosong, perlu diingat kerana kebarangkalian fabrik akan mengikut bentuk badan dan menampakkan garisan panty sangat tinggi. Terutama apabila kita dalam keadaan posisi membongkok.
Ada kebaikan dan kelemahan juga. Sebab itu sangat disarankan untuk memakai kain skirt dalam yang tebal dan keras.
3. Cara memakai jubah dari bahan melekap
Jika anda sudah terbeli jubah jenis kain lycra yang melekap, pakai pakaian di bahagian dalam seperti t-shirt atau baju dengan material kain kapas atau koshibo kerana ia dapat mengurangkan sifat lycra yang melekat ke tubuh.
Dan jika merancang membeli jubah jenis lycra pula, pilihlah rekaan jenis princess cut / umbrella di mana ia mengembang besar dari pinggang hingga ke bawah supaya kainnya tidak melekat ke tubuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!