Masakkan Suamimu Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai, Mesti Berselera Habis ‘Cik Abang’ Menjamu Selera

Share

Kadang-kadang bingung memikirkan apakah menu yang ingin disajikan pada suami tersayang. Buat anda yang baru berkahwin dan masih belum mahir memasak, boleh cuba resipi-resipi yang mudah.

Antara menu yamg mudah, cepat dimasak dan pastinya membuka selera ialah Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai.

Jom kita cuba resipi Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai seperti yang dikongsikan oleh Muhammad Muktamin Abdul Karim ini.

RESIPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI

BAHAN-BAHAN:

1 mangkuk tempoyak *sukatan ikut suka
Kunyit hidup/serbuk kunyit secukupnya
Segenggam cili api/padi *ikut level kepedasan
Garam secukup rasa
Gula secukupnya *tempoyak baru tak perlu
2 biji bawang besar
2 batang serai *diketuk
Segenggam atau lebih ikan bilis
5 papan petai
1 mangkuk minyak masak *atau secukupnya agar sambal tempoyak jadi kental dan agak garing,kalau tidak sambal akan kelihatan kering dan terlalu lembik

CARA MEMBUAT:

1. Tumbuk cili api bersama garam dan kunyit.

2. Goreng ikan bilis sehingga garing, asingkan.

3. Dengan minyak sama, tumis bahan tumbuk bersama bawang, serai dan tambah sedikit serbuk kunyit.

4. Masukkan tempoyak gaul rata dan biarkan masak sehingga agak garing, kemudian baru masukkan petai dan gaul rata.

 

5. Tutup api dan masukkan ikan bilis garing dan gaulkan rata. Sedap dimakan ketika panas bersama nasi putih.

Sumber kredit: Muhammad Muktamin Abdul Karim

IKLAN