pic-pinterest

Buat bakal pengantin, anda tentunya mempunyai citarasa tersendiri bagaimana pelamin yang menjadi idaman untuk majlis kahwin nanti. Namun jangan pula pelamin yang indah tidak nampak menonjol . Untuk lebih jelas ikuti panduan jurufoto ini.

Pandangan seorang jurufoto berkenaan pelamin:

Pelamin ada banyak jenis. Saya tak tahu jenis-jenisnya cuma antara yang saya boleh beri panduan kepada bakal pengantin supaya gambar nampak lebih cantik adalah

1) pilih pelamin yang backdrop tutup penuh kiri kanan. Maksudnya kiri kanan ada kain di tutup. Jika pelamin simple yang tiada kain kiri kanan, gambar berkumpulan pastinya akan nampak dinding atau apa sahaja di tepi. Maksudnya dah tak cantik la sebab banyak gangguan. Tapi jika pengantin tiada bajet, tidak mengapa. Cuma kena redha lah dengan gambar berkumpulan nanti.

IKLAN

2) Jangan pilih pelamin ada lampu disko di belakang, dan lampu berwarna warni yang suluh muka pengantin dari bawah. Kita ambil gambar guna phone pun tak cantik kan?. Muka pengantin akan berwarna merah bila keluar lampu merah, akan warna biru bila keluar lampu biru. Selalunya kalau ada lampu ni, saya akan pergi tutup. Kemudian keluarga pengantin buka pulak. Jadilah kami berlumpa buka tutup.Pandangan Seorang Jurufoto Berkenaan Pelamin Kalau Nak Tampil Menyerlah Dalam Gambar?

3) Kedudukan pelamin seeloknya di bahagian yang ada cahaya cukup. Dan lampu di dalam rumah( kawasan pelamin) di buka kesemuanya.

IKLAN

4) Jangan letakkan pelamin di kawasan luar berbumbung yang mana kawasan itu hanya muat untuk pelamin. ( maksudnya posisi photographer terpaksa shoot dari luar ataupun di bawah panas). Kami susah sangat nak seting kamera supaya gambar cantik.tidak underexpose dan tidak overexpose. Melainkan photographer bawa sportlight letak kiri kanan pelamin dan semestinya pelanggan perlu ambil photographer yang mahal sebab banyak equipment).

5) Pastikan bumbung/ siling di kawasan pelamin adalah putih!!. Pelamin di bawah canopy warna selain putih adalah sangat di larang!!!.
Kalau merah jadi muka merah. Kalau pink jadi muka pink. Boleh edit. Tapi nanti warna baju pulak lari

IKLAN

6) Last but not least, JANGAN LETAKKAN PELAMIN DI DEPAN TIANG RUMAH!.rosak2.. yang mana jarak tiang dengan pelamin tu hanya sedepa, selangkah, setakat orang boleh lalu di celah. Nanti gamba akan ada penampakan tiang di situ. Ini kerana bagaimana photographer nak shoot semua bagi kelihatan dalam gambar tanpa ada tiang?. Ce habaq mai?. Shoot dari tepi boleh. Tapi sangat tak cantik. Shoot dari atas? Semua melangut dalam gambar.

Ok. Setakat ini dahulu perkongsian saya sebagai photographer perkahwinan sejak 2009. Pelamin tak perlu mewah, cukup sahaja kedudukan dan cahaya. Pasti cantik.Pandangan Seorang Jurufoto Berkenaan Pelamin Kalau Nak Tampil Menyerlah Dalam Gambar?

Sumber: https://www.facebook.com/hazirah.h.hamzah/posts/1832461993437717

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI