Setelah seharian penat bekerja serta menguruskan rumah tangga, seorang isteri tentunya mahu berehat dan mempunyai masa untuk diri sendiri. Perlu anda tahu bahawa isteri bukanlah robot. Mereka juga memerlukan rehat untuk recharge otak dan tubuh mereka.
Ramai suami menganggap ‘me time’ untuk isteri adalah dengan beri duit kepada mereka dan biar mereka keluar jalan-jalan, shopping atau pun habiskan masa di spa. Ternyata anda silap! ‘Me time’ terbaik untuk seorang isteri adalah ‘quality time’ dia bersama Tuhannya.
Pengalaman ini dikongsi sendiri oleh Muhammad Yusof menerusi laman Facebooknya. Ternyata perkongsian seorang pakcik yang dijumpai di sebuah masjid telah membuka matanya tentang ‘me time’ seorang isteri. Mari kita baca perkongsiannya.
*********************************************
Hari tu aku solat Subuh dekat sebuah masjid. Aku ada kursus luar sebenarnya, hari tu.
Habis-habis solat aku duduk kejap kat kerusi depan pintu keluar masjid sambil main henset. Habis semua jemaah keluar, ada sorang pak cik keluar lepas tu dia duduk sebelah aku. Dia tegur aku, bagi salam dan mungkin pak cik ni jenis mesra alam then cepat je kami bersembang walaupun baru jumpa pagi tu. Tak jadi aku nak masuk kereta sebab layan dia sembang.
Ada jemaah yang keluar tegur pak cik ni ‘Assalamualaikum cikgu..’. Aku tanya-tanya, rupanya dia cikgu tapi dia dah beberapa tahun pencen.
Tengah-tengah sembang, dia tengok jam. Tiba-tiba dia bangun dan pergi kat pintu keluar masjid. Aku tengok dia pusingkan sepasang selipar. Pelik juga aku. Lepas tu dia datang balik kat aku.
Aku yang naif ni terus la tanya dia ‘Kenapa dengan selipar tu pak cik?’.
Ads
Dia jawab ‘Oh tu selipar isteri pak cik. Pak cik pusingkan supaya dia mudah nak pakai selipar tu tak payah dia nak pusing-pusing, terus je sarung..’
Aku rasa dah agak lama juga aku dengan pak cik ni duduk berbual tapi isteri dia tak keluar-keluar lagi.
So aku pun saje la tanya dia ‘Lama jugak ye isteri pak cik solat?’
Jawapan pak cik ni buat aku terkesan.
‘Biasa la dik. Pak cik memang suruh dia lama sikit duduk masjid ni. Habiskan wirid dulu, habiskan baca surah al-Waqiah dulu, lepas tu nak sambung baca Al-Quran ke, zikir ke, takpe, bacalah pak cik bagitau kat dia. Setiap hari lepas pak cik siap-siap semua, pak cik biasa tunggu dia kat sini..’
Ads
Allahu. Aku rasa pak cik dan mak cik ni adalah pasangan ahli Syurga yang Tuhan nak aku belajar daripada dorang pagi-pagi ni.
Aku selalu terfikir bahawa ‘me time’ isteri ni ialah kita just bagi duit then biar isteri keluar jalan-jalan, shopping ataupun bawak dia pergi urut. Jadi dengan buat benda-benda ni kita rasa isteri kita dah cukup dah release segala tension dorang, tapi sebenarnya aku tersilap.
‘Me time’ yang terbaik ialah biar isteri ada ‘quality time’ dengan Tuhan dia. Bila yang paling utama ni dah settle, InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk membuka segala pintu kebahagiaan, pintu rezeki, pintu kesihatan nak jaga keluarga, yang selama ini kita nak kecapi sebagai pasangan suami dan isteri.
Kadang-kadang suamikan, bila isteri keluar lambat solat kat rnr atau stesyen minyak mulalah suami nak buat muka, siap marah ‘kenapa lama sangat!’ padahal time solatlah si isteri nak rilek-rilek kejap, tunggu giliran dapat telekung dan masa itulah si isteri nak dapat ‘quality time’ dengan Tuhan dia.
Ingat suami, bagilah ruang dan peluang untuk dorang dapat ‘masa berharga’ ni. Bukan sekadar ‘masa berharga’ tak jaga suami atau anak je.
Ads
Lepas tu, aku tengok isteri pak cik tu berjalan ke arah kami berdua. Nampak nur melimpah muka bersih jernih mak cik tu, sejernih muka suaminya.
Pak cik tadi bila nampak isterinya terus bagitau aku nak mintak diri dulu pergi sarapan kat kedai dekat-dekat situ.
Allah, Allah.
Pagi itu Allah ajar aku dan aku rasa aku kena kongsi cerita ini dengan korang semua.
Semoga kita jadi pasangan yang membahagiakan pasangan masing-masing, dunia dan akhirat.
‘Ya Allah ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa..’
Semakin banyak kes rumah tangga retak, yang lalu lalang di media sosial pun memang cukup merisaukan. Hubungan suami isteri semakin ‘terbiar’ dengan masalah remeh sehingga hilang rasa cinta.
Rumah Tangga Retak, ‘Murahnya’ Nilai Sebuah Perkahwinan
Sebelum terjebak dengan masalah rumah tangga, ini merupakan 3 asas proses hubungan suami isteri menjadi lebih kuat dan tidak tergugat dengan gangguan yang datang.
Anda mungkin anggap remeh tetapi kalau 3 perkara ini dijaga, insya-Allah hubungan jadi lebih kuat.
1. Hadap telefon/gajet memanjang
Gadget sebenarnya boleh menyebabkan ketagihan. Tambah lagi yang suka tengok video di telefon bimbit. Tiktok, Instagram, Facebook. Lepas habis satu, terus naik lagi satu. Memang melekat jelah mata di telefon. Setkan peraturan bila boleh tengok telefon. Dulu kami kerap bergaduh tentang telefon. Yelah dah buat bisnes di phone kan. Sehinggalah kami bersetuju dengan peraturan:
-Tidak menggunakan telefon ketika memandu
-Penumpang sebelah dalam kereta tidak menggunakan telefon
-Tidak menggunakan telefon sewaktu makan dengan keluarga
-Tidak menggunakan telefon ketika meluangkan masa dengan pasangan dan anak-anak
-Tidak menggunakan telefon apabila berkomunikasi secara fizikal
Contohnya pasangan tengah nak bercerita, atau luah perasaan ke, janganlah dengar sambil hadap telefon. That is so rude. Atau tengah sama-sama membeli-belah, tapi sorang hadap phone memanjang. Lebih baik tak payah membeli-belah sama-sama kan. Mungkin kita rasa ada sesetengah aktiviti tu tak berkait dengan kita.
Tengah shopping ikan, ayam, sayur suami mungkin rasa lauk basah tu tak berkait dengan dia dan dia tak reti menyumbang pun dalam membuat pemilihan lauk, jadi lebih baik dia main phone saja. Speasis orang macam ni, lebih baik tak payah dijamu makan nanti. Selfish. Dia fikir isteri tu bibik dia ke?
2. Melengahkan solat
Solat awal waktu memang sangat bagus sebab melatih diri berdisiplin. Solat awal waktu juga menzahirkan kebergantungan kita kepada Allah. Kita nak cepat-cepat buat perkara yang Allah suka, supaya Allah juga sentiasa memelihara hidup kita. Cuba perhatikan kalau hidup keluarga kita porak peranda, mungkin disebabkan lalai dalam solat, lama tak baca Al-Quran, kurang tazkirah dan ta’lim dalam keluarga etc.
Suami selaku ketua keluarga perlu memastikan seluruh ahli keluarga dekat kepada Tuhan. Hati yang sering mengingati Tuhan adalah hati yang lembut dan lunak. Hati yang jauh dari Tuhan akan selalu keras, degil dan memberontak.
3. Tidak jaga waktu tidur
Orang zaman dahulu, hidupnya tak banyak distraction/ gangguan. Jadi banyak masa dihabiskan bersama keluarga termasuklah tidur bersama. Zaman sekarang banyak distraction seperti phone, game, mamak dan sebagainya. Jadi ramai yang sebenarnya konon bersama keluarga tapi sebenarnya hanya jasad sahaja disitu.
Contoh begini:
Isteri tidur jam 10 malam, suami main game sampai jam 2 pagi atau sama-sama baring atas katil, tapi masing-masing hadap telefon berjam-jam sehingga tertidur atau suami dah tidur jam 12 pm, isteri tengok Shopee sampai 4 pagi. Atau isteri tidur dengan bayi di satu bilik, suami tidur di sofa ruang tamu sebab tak nak diganggu tangisan anak. Kononnya alasan kerja esok, maka kena cukup tidur.
Pasti akan ada hati yang terasa dan wujudnya masalah komunikasi. Padahal waktu sebelum tidur lah untuk suami isteri berkongsi cerita, meluah rasa-rasa kalau ada tak puas hati, meminta maaf dan sebagainya. Pillow talk kata orang. Hilang elemen ini akan menjadi punca keluarga mula berantakan.
Sekarang kes perceraian meningkat mendadak, cuba fikir apa bezanya dulu dan kini. Mungkin 3 perkara di atas ini yang tidak dijaga. Bolehlah audit keluarga semula, semoga keluarga kita menjadi gembira dan selamat untuk semua ahli keluarga.
Sumber: Maryam Aziz
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Apabila orang yang pernah mendapatkan tempat di dalam hati anda, tiba-tiba menyatakan untuk tidak mahu lagi bersama, tentunya sukar untuk melupakan kerana terlalu banyak kenangan yang dilalui bersama.
Takdir jua memisahkan anda berdua. Meninggalkan semua harapan dan impian yang dulu pernah dirancang. Ia amat menyakitkan dan seharusnya anda perlu berperang dengan hati untuk melupakannya.
Tip berikut dapat anda manfaatkan bagi melupakan si dia.
Beri Waktu
Anda perlu lebih banyak bersabar. Beri waktu pada hatimu. Biarkan kenangan itu berlalu perlahan. Tak usah terburu-buru ingin membunuh semua kenangan dan memori tentangnya. Apabila anda sudah boleh memberi waktu dan bersabar, keikhlasan akan memenuhi hatimu.
Cari Punca Masalahnya
Kenapa anda sukar melupakannya? Apa yang membuat anda masih terus dibayangi oleh dirinya? Cari jawapan dan punca masalahnya. Jika alasan tak boleh melupakannya kerana kenangan yang pernah ada, anda boleh mulai dengan membuang barang-barang pemberiannya dan memutus hubungan dengannya di media sosial.
Cari Alasan
Cuba cari alasan kenapa anda dan dia tak ditakdirkan bersama. Buat saja, misalnya 101 alasan anda dan dia tak sesuai satu sama lain. Cara ini akan membuat hati terasa lebih lapang dan tenang. Sekali gus jadi cara untuk menghalang anda untuk kembali mengingati lagi wajahnya.
Fokus Pada Diri Sendiri
Sekarang waktunya untuk mengalihkan fokus. Daripada membuang masa memikirkan dia yang sudah pergi, lebih baik anda lebih memerhatikan diri sendiri. Lakukan sesuatu yang boleh membuat diri sibuk. Manfaatkan waktu dengan melakukan berbagai-bagai hal yang boleh memberi faedah pada diri.
“If you want to forget something or someone, never hate it, or never hate him/her. Everything and everyone that you hate is engraved upon your heart; if you want to let go of something, if you want to forget, you cannot hate.”
― C. JoyBell C.
Berhenti Membencinya
Pernah menduga kalau salah satu alasan anda sukar melupakannya kerana ada rasa benci dalam dada? Berdamailah dengan rasa benci itu. Berhentilah membenci atau kecewa dengan masa lalu itu. Bagaimana pun semua itu sudah terjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda. Sekarang, apakah anda benar-benar berdamai dan melupakan dia yang dulu pernah jadi sebahagian hidupmu? Percayalah, akan ada seseorang yang jauh lebih baik untuk anda di masa yang akan datang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita ni bukanlah rajin 24 jam, nak masak lauk pauk yang banyak. Bila tiba masa malas tu, mee segera adalah menu paling mudah dan tersedap wujud di rumah. Buat bakal pengantin, jika boleh kurangkanlah pengambilan mee segera ini, seeloknya tidak ambil langsung agar kesihatan anda kekal terjamin. Ini perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad
Saya mencadangkan agar kita tidak terlalu memakan mee segera kerana ianya adalah penyebab penyakit kronik terutamanya oleh serbuk perasanya. Jadikan mee segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan yang diambil jika tiada makanan lain yang boleh didapati.
Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh dari pengunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah mee segera itu.
CARA YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE SEGERA
Biasanya, cara kita memasak mee segera ialah dengan meletakkan mee ke dalam periuk dengan air, kemudian mengisi serbuk perasa dan biarkan bahan bahan tersebut dididih bersama selama 3 minit. Kemudian ia sudah sedia untuk dimakan.
Ini adalah kaedah memasak mee segera yang SALAH.
Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG tersebut berubah menjadi toksik.
Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mee itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.
KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMASAK MEE :
1. Rebus mee di dalam periuk air.
2. Setelah mee dimasak, toskan mee, dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mee tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut, untuk membuat sup mee.
5. Sekiranya, jika anda inginkan mee kering, keluarkan mee dan masukkan serbuk perisa dan toskannya untuk mendapatkan mee kering.
Mee segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan mee segera lebih daripada 3 kali seminggu, maka ia sangat berbahaya.
APA ITU MSG?
MSG ialah ‘Mono Sodium Glutamate’ sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG.
Walaubagaimana pun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...