Menabung untuk simpanan kahwin memang bagus. Bila kita bermula sedari awal, sekurang-kurangnya pada hari kahwin nanti tidaklah sakit kepala memikirkan duit tak cukup. Paling penting, dapat elakkan dari berhutang sana sini, lebih-lebih lagi berhutang dengan bank.
Tidak semua orang berfikiran seperti kita. Jauh sekali yang sama ‘keraknya’ macam kita. Bergaji besar pun, maka tanggungannya lebih besar. Ada orang mula menabung untuk kahwin sejak mula bekerja walaupun jodoh tidak ada lagi. Bagusnya dapat pasangan macam ni. Well prepared! Tapi yang malangnya adalah sifat untuk berjimat cermat dan mula menabung langsung tidak wijud dalam diri.
Sakitnya bila terpaksa menanggung hutang dengan bank. Tiap-tiap bulan potongannya besar sampai nak makan pun tak cukup. Seperti coretan Dr Azizul Azli Ahmad di laman Facebook, pertimbangkanlah semula duit hantaran kahwin anda. Baca ni…
DUIT HANTARAN KAHWIN
Lepas raya akan banyak undangan kahwin pula.
“Setahun saya simpan duit, ikat perut sebab nak kahwin dengan awak sebab awaklah ‘Baby Sayang’ saya satunya”.
1. Lelaki bila dah sayang akan berusaha dengan sesungguhnya, hargai mereka dengan baik. Kita tak nampak mereka tunggu bawah jambatan bila hujan lebat melanda.
2. Bab duit kahwin bincang baik baik dan jangan sampai masam muka. Elakkan hantaran yang susut nilainya.
3. Buat ibubapa, duit hantaran sebaiknya jangan habiskan buat kenduri kendara. Banyak makanan membazir hingga buang begitu sahaja selesai majlis.
4. Sebagai ayah, kita harus rasa bersyukur, anak kita dipinang orang. Raikan secara sederhana dengan simpanan kita bukan belasah duit menantu kita sepenuhnya.
Jemput kawan pejabat, geng surau dan jiran tetangga sahaja. Reunion sekolah itu tidak perlu, geng konvoi pegi Krabi, Pataya jemput buat apa.
5. Jadikan duit hantaran juga sebagai hadiah buat anak menantu memulakan kehidupan baru mereka. Deposit rumah sewa sahaja dah dekat RM3000 sahaja.
6. Hantaran ini tiada dalam agama kita, yang ada mas kahwin yang sederhana sahaja.
7. Jangan buat kenduri sampai berhutang dan habis semua simpanan yang kita ada, itu tiada dalam ajaran agama kita.
8. Kehidupan selepas kahwin lebih penting dari majlis perkahwinan itu sebenarnya. Raikan sekadarnya sahaja.
9. Janganlah majlis kahwin buat di bunglow, lepas kahwin kita menumpang rumah mertua dan masih hidup menyewa sampai anak dua.
Bagi gegadis, peluklah ibubapa dan cakaplah “Mudahkanlah urusan perkahwinan saya dengan acara sederhana bonda”.
Azizul Azli Ahmad
Kredit foto: SWEETPICTURES KL
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI