Untitled design (1)

Selalu kalau kita merasakan untuk menjadi bahagia kita kena mengejar kebahagiaan itu. Tanpa kita sedari kebahagiaan itu sebenarnya tidak perlu dikejarkan pun. Kebahagiaan adalah sifat semulajadi yang diraih dan bukan dikejar. Kita selalu menganggap orang kaya dan popular hidup mereka lebih bahagia.

Kita menganggap mereka yang banyak duit tu tak ada masalah langsung. Walhal itu adalah kesalahpahaman yang terbesar tentang kebahagiaan. Hatta mereka yang lebih kaya dan popular itu lebih banyak masalah daripada orang biasa. Dan masalah mereka kadang-kadang lebih besar daripada kita. Jadi, jangan melihat kebahagiaan orang dengan nilai harta dan bilangan peminat yang mereka ada.

 

Menganggap Orang Lain Sentiasa Bahagia Adalah Kesalahan Terbesar Tentang Kebahagiaan

Setiap Kehidupan Akan Ada Yang Kehilangan, Kekurangan Atau Sesuatu Yang Tak Best

Dalam hidup ni tak ada yang sempurna. Sedangkan selebriti yang popular dan billionare pun ada masalah yang tersendiri. Bila kita rasa negatif, kita akan lebih fokus kepada hal-hal kecil. Sehingga kita terlupa akan hal-hal besar yang sebenarnya lebih membawa kegembiraan kepada kita. Jadi, mulai sekarang jangan terlalu fikir benda-benda negatif kecil.

Berhenti Untuk Menjadi Gembira. Jadi Diri Sendiri

Untuk meraih kegembiraan yang sejati, berhenti mengejar kegembiraan hakiki. Maksudnya, tak perlu korang nak menipu diri sendiri hanya untuk meraih pujian orang ramai. Terima kenyataan yang hidup ini ada turun dan naiknya. Dan selepas itu korang akan rasa gembira.

 

 

 

 

 

 

Sumber: lifehack.org

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI