Lepas seorang demi seorang sahabat kita berkhaiwn, mulalah hati tak keruan. Keinginan untuk turut berumahtangga semakin menebal. Tapi jangan hanya harapkan jodoh itu datang bergolek depan mata. Berusahalah mencari dan selebihnya perbanyakkan berdoa.

 

Buat anda yang belum bertemu jodoh, boleh amalkan doa ini…

Allahhumma innii uriidu an atazawwaja,
faqaddirlii minannisaa-i, a’affahunna farjan,
wa ah-fazhahunna lii fii nafsihaa wa fii maalii,
wa ausa’ahunna rizqan,
wa a’azhamahunna barakatan,
wa qaddirlii waladan thayyiban,
taj’aluhu khalafan shaalihan fii hayaatii wa ba’da mamaatii

Bukan Setakat ‘Jodoh Hunting’, Perlu Juga Aktif Berdoa, Baru Berhasil!
.

Maksudnya;

“Ya Allah, Sungguh aku ingin menikah. Takdirkanlah untukku perempuan/lelaki yang paling baik dalam menjaga kesuciannya, paling baik dalam menjaga dirinya terhadapku dan terhadap hartaku, paling luas rezekinya, dan paling besar keberkatannya. Dan takdirkanlah untukku seorang anak (beberapa anak) yang baik hingga Engkau jadikan dia keturunan yang soleh semasa hidupku dan setelah kematianku.”

IKLAN

Cara-cara berdoa untuk mendapat jodoh yang baik

Pertama : Memperbaiki diri

Jika kita ingin mendapatkan jodoh yang soleh, maka kita harus menjadi orang yang solehah. Itulah maksud Allah dalam firman-Nya,

IKLAN

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” (QS. An-Nur: 26).

Bukan Setakat ‘Jodoh Hunting’, Perlu Juga Aktif Berdoa, Baru Berhasil!
.

Kedua : Tidak putus asa dalam berdoa

IKLAN

Jangan pernah berputus asa untuk berdoa. Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqon ayat 74 :

“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

3. Memperbanyakkan ibadah sunnah seperti melakukan solat sunat tahajjud, solat taubat, dan memperluaskan pergaulan dengan orang yang baik-baik akhlaknya dan agamanya.

Dan sebenarnya doa mendapat jodoh yang baik bukan sahaja boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin, sebaliknya bagi yang sudah berkahwin pun boleh membaca doa tersebut dengan harapan pasangan kita diberikan taufik dan hidayah serta berubah menjadi lebih baik dari sehari ke sehari.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI