Bagai dikata jika sudah berkenan, eloklah menghantar tanda bahawa anda pihak lelaki benar-benar serius dengan wanita yang jadi pilihan itu. Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam.
Maksud Merisik
Merisik atau ‘menyiasat’ merupakan adat dan amalan tradisi yang cukup sinonim dengan masyarakat Melayu. Merisik bakal calon adalah suatu proses yang sangat disarankan sebelum seseorang itu berumahtangga. Ia bertujuan untuk mengetahui bakal calon sama ada telah berpunya ataupun tidak di samping mengenali calon pilihan itu dengan lebih dekat.
Proses risikan oleh masyarakat dahulu, biasanya akan dilakukan oleh kaum lelaki dengan diwakili ahli keluarganya yang akan berkunjung ke rumah calon perempuan. Namun masyarakat sekarang lebih terbuka dengan isu ini. Ada antara mereka yang merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihannya mahupun menggunakan orang tengah seperti sahabat ataupun wakil yang dilantik untuk menyatakan hajat mereka.
Merisik Menurut Islam
Islam tidak menghalang seseorang untuk merisik calon pilihannya. Bahkan ianya disarankan oleh agama Islam. Merisik juga adalah termasuk menyiasat tentang hal keperibadian bakal calon dan rupa fizikal calon. Dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah R.A, beliau menceritakan bahawa ada seseorang telah menyampaikan kepada Rasulullah S.A.W. bahawa dirinya telah berkahwin dengan seorang wanita Ansar. Rasulullah S.A.W. kemudian bertanya:
“Adakah kamu telah melihatnya?”
Ads
Jawab pemuda itu, “Belum.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. menyarankan, “Lihatlah calon isterimu, kerana di bahagian mata orang Ansar ada sesuatu.”
(Hadis Riwayat Muslim : 3550)
Ads
Daripada hadis di atas, jelaslah kepada kita bahawa Rasulullah S.A.W. sangat menyarankan kepada pasangan yang ingin berkahwin untuk merisik dan melihat wajah bakal isterinya. Tujuan risikan tersebut adalah supaya diberi rasa ketenangan dan kedamaian jiwa untuk meneruskan perkahwinan.
4 Tip Untuk Merisik
1. Pilih Wakil Yang Sesuai
Jika anda tidak merisik secara ‘direct’ kepada calon pilihan, maka anda harus memilih wakil yang sesuai untuk menyatakan hasrat hati anda itu. Wakil yang sesuai ialah seperti ahli keluarga anda sendiri. Ibu bapa mahupun adik-beradik anda boleh menjadi wakil untuk merisik calon pilihan anda. Selain itu, wakil juga boleh dilantik di kalangan sahabat-sahabat yang anda ‘thiqah’ (percaya) dan boleh memegang amanah.
2. Menjaga Batas Dan Kelakuan
Selain itu juga, ketika dalam proses merisik anda perlu menjaga batas dan kelakuan. Mengajak keluar berdua-duaan atas nama merisik dan melakukan perbuatan yang tidak selari dengan Islam adalah dilarang. Islam memberi kebenaran untuk merisik namun tetap ada hadnya. Jika mahu bertanyakan soalan adalah lebih baik bertanyakan kepada ahli keluarganya dahulu atau sahabat-sahabat terdekat calon.
Ads
Jika terpaksa menanyakan secara ‘direct’ kepada calon, maka jagalah adab dan kelakuan. Elakkan bertanya soalan-soalan yang tidak perlu dan tidak penting.
3. Jangan Terlalu Berharap
Merisik merupakan proses yang anda tidak pasti sama ada calon pilihan anda itu akan menerima ataupun menolak risikan anda. Oleh sebab itu, jangan terlalu berharap. Jika terlalu berharap, anda akan kecewa apabila ditolak. Ia mungkin akan menjadi pengalaman pahit buat anda untuk merisik calon pilihan yang lain nanti. Ingat pepatah Melayu, ‘Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’.
4. Menghormati Keputusan
Jika hasil risikan anda tidak berjaya dan ditolak, maka hormatilah keputusan yang dibuat oleh calon tersebut. Jangan memaksa orang untuk suka dan menerima kita. Mungkin ada sebab anda dan si dia tidak bersama. Terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan positif. Insya-Allah ada calon yang lebih baik menanti anda.
Sumber: https://baitulmuslim.com/
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memanglah bila pakai baju, orang nampak kita perfect je, kulit muka pun bersih tapi bila buka je belakang badan penuh dengan jerawat. Aib, malu dengan suami. Hmmm Ini adalah cara penyelesaian terbaik untuk anda yang mengalami masalah jerawat badan yang teruk. Semoga bermanfaat buat bakal pengantin semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain mendambakan seorang suami yang bertanggungjawab terhadap keluarga dan rumah tangga, isteri juga inginkan seorang suami yang romantis agar kasih sayang yang dibina dalam rumah tangga sentiasa mekar dan penuh warna.
Sebenarnya dalam memikat hati isteri bukan hanya hadiah-hadiah mahal pemberian suami yang boleh dijadikan ukuran kasih sayang. Namun percayalah bahawa dengan 10 hadiah terbaik ini jika suami amalkan bukan sahaja menyemarakkan lagi cinta terhadap isteri, malah mampu memikat kasih sayang isteri sampai ke hujung hayat.
1.Hadiah Tanda Kasih
Tidak dinafikan seorang isteri akan rasa teruja jika suaminya tidak lupa untuk memberikan ciuman atau pelukan selain belaian kepadanya setiap hari. Ketahuilah bahawa hanya dengan ciuman, pelukan dan belaian itu akan membuatkan isteri ceria sepanjang hari.
2.Hadiah Mendengar
Berikan perhatian dan dengarlah setiap apa yang isteri ingin katakan. Biar isteri habiskan kata-katanya dahulu sebelum anda ingin mencelah atau membalasnya. Apabila anda memberikan perhatian dengan memandang mata isteri saat dia bercakap, ini menunjukkan yang anda prihatin terhadapnya. Bagi isteri, suamilah orang terbaik yang boleh diharapkan untuk menjadi pendengarnya yang setia.
3.Hadiah Bantuan
Seorang isteri akan rasa dirinya dihargai jika suami menghulurkan bantuan dalam urusan rumah tangga tanpa disuruh seperti membasuh pinggan mangkuk, menjemur kain, menjaga anak, mengemas rumah dan sebagainya. Selain meringankan bebanan isteri dan mewujudkan kerjasama dalam rumah tangga, bantuan ini sedikit sebanyak akan mewujudkan suasana gurau senda saat anda berdua melakukan kerja bersama.
Sempena Hari Wanita, LovebiteMY menghargai wanita-wanita hebat ini dengan mengadakan promo beg tangan berjenama. Gunakan promo kod 38WOMENDAY untuk tawaran istimewa:
4.Hadiah Puji-pujian
Ringankan mulut anda dalam memberikan pujian kepada isteri. Misalnya mengucapkan terima kasih kerana menyiapkan masakan atau minuman untuk anda atau memujinya cantik apabila isteri mengenakan pakaian baharu. Pujian yang suami berikan ini pasti mencairkan hati isteri sekali gus membuatkan rumah tangga anda sentiasa bahagia.
5.Hadiah Doa
Sentiasalah mendoakan agar isteri diberi kesejahteraan dan menjadi isteri yang solehah. Beritahu juga kepada isteri yang dia sentiasa ada dalam doa anda.
6.Hadiah Kejutan
Sesekali buatkan kejutan atau sesuatu yang isteri tidak jangka. Misalnya anda boleh memasak makanan kegemaran isteri sebelum isteri pulang ke rumah atau menghadiahkan jambangan bunga kegemarannya yang diletakkan di atas katil dengan kata-kata romantis atau ajak isteri ke tempat percutian idamannya. Pasti kejutan-kejutan ini akan menyemarakkan lagi kasih sayang anda berdua.
7.Hadiah Keceriaan
Jadilah seorang suami yang ceria dan penuh dengan gelak ketawa dalam rumah tangga. Keceriaan ini akan mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga anda berdua. Kaji selidik yang dilakukan oleh CNN mengatakan lelaki yang memiliki sifat humor dianggap lebih cerdas berbanding lelaki yang selalu serius.
8.Hadiah Bersendirian
Berilah masa untuk isteri bersendirian apabila isteri menghadapi masalah atau isteri berdepan dengan sesuatu yang merunsingkan fikirannya. Jangan melulu menghulurkan bantuan kerana ada ketikanya isteri inginkan masa untuk meredakan dirinya terlebih dahulu sebelum berkongsi dengan suami.
9.Hadiah Riadah
Sertai apa jua hobi dan aktiviti yang isteri lakukan. Jika anda tidak berminat dengan hobi atau aktivitinya itu cukuplah anda memberikan sokongan dengan menemani isteri. Dengan cara ini akan telah memenangi hati isteri anda.
10. Hadiah Sehelai Nota
Jadikan amalan dalam diri anda dengan meninggalkan nota-nota romantis seperti “Abang tak sabar nak jumpa sayang petang ini” atau “Senyuman sayang buat hati abang cair” untuk isteri tercinta. Tinggalkan nota-nota kecil ini di tempat yang mudah isteri lihat misalnya di stereng kereta isteri, di cermin meja solek atau di luar almari pakaian. Pasti berbunga hati isteri apabila menerima nota romantis sebegini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda perhatikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan mahu pun pertunangan pastinya anda akan sering melihat pengantin perempuan dibekalkan dengan bunga tangan atau di panggil hand bouquet.
Selain dari elemen-elemen pada pakaian anda, perhatian harus juga diberikan kepada bunga tangan ini kerana ianya memainkan peranan yang amat besar pada penataan diri anda.
Fungsi utama bunga tangan ini adalah ianya mampu meningkatkan keceriaan kepada pengantin. Selain itu dengan adanya bunga tangan ini, ia dapat meningkatkan mood pada majlis itu.
Warna Bunga
Warna bunga tangan hendaklah bersesuaian dengan warna tema perkahwinan dan juga pakaian mempelai itu sendiri. Carilah warna yang seiringan dengan keseluruhan pakaian pengantin tapi jangan serupa pula! Jika sama warna dengan pakaian maka tidak akan nampaklah elemen bunga ini.
Elakkan juga warna bunga tangan yang terlalu kontras dengan pakaian. Jika ingin lebih menarik anda boleh cuba gabungkan dua atau tiga warna yang hampir sama. Tapi janganlah terlalu banyak warna hingga menjadi cacamarba pula.
Elakkan warna yang terlalu terang. Juga elakkan warna floresen. Ia akan membuatkan pengantin nampak agak garang. Warna lembut tentunya lebih sesuai. Ia akan menampakkan anda lebih lemah-lembut dan pastinya lebih ayu.
Bentuk Dan Saiz
Bentuk bunga tangan pula biasanya agak ringkas. Jambangan ini dibentuk dengan menggabungkan beberapa kuntum bunga dengan tangkai yang sederhana panjang. Tangkainya biasa akan diikat dengan reben yang dilepaskan sederhana panjang.
Warna reben juga memainkan peranan penting dalam membentuk jambangan yang menarik. Jambangan yang dibentuk ini janganlah terlalu besar hingga menenggelamkan pengantin pula. Pastikan juga ikatannya kemas kerana anda pastinya tidak mahu bunga tangan ini terlerai ketika majlis berjalan.
Jenis Bunga
Bagaimana pula halnya dengan jenis bunga? Adakah anda inginkan bunga asli atau bunga tiruan?
Jika dibuat perbandingan sudah tentulah bunga asli jauh lebih menarik. Tapi harus diingat dari segi bajet sudah tentulah ianya lebih mahal dari bunga tiruan. Penjagaannya juga harus diambil kira agar bunga tersebut tidak layu.
Biasanya bunga asli ini akan dibiarkan terendam di dalam air sebelum digunakan. Apabila hendak digunakan sila pastikan ianya dilap dengan kering air pada tangkai ditoskan agar tidak membasahkan pakaian pengantin. Bunga asli yang biasa digunakan adalah seperti ros (mawar), tulip, lily, daisi dan juga orkid.
Bunga tiruan pula lebih murah harganya dan ia diperbuat dari plastik atau pun kain. Tapi harus juga diingat bahawa murah tu tak semestinya tak cantik. Kalau kena gayanya ianya tetap akan tampak menarik. Ada juga penggubah yang mahir mengadunkan bunga asli dengan elemen-elemen lain seperti kristal, manik dan reben.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!