Bab bila cari baju kahwin inilah momen yang paling best sekali. Lagi best kalau yang teman itu sekepala dan sama citarasa.kalau kawan anda memiliki 5 sifat ini, tenyata dialah orang yang perlu anda bawa keika pilih baju kahwin.
1: Yang ‘fashionista’. Dia tahu style ini season apa. Dia tengok sahaja design baju, dia sudah tahu siapa designer dan harganya. Chances are, dia yang tahu design dan warna yang sesuai untuk anda. Yes, dia boleh jadi bising sikit dan a bit controlling, lagi-lagi bila dia tahu anda percayakan taste dia, tapi dia memang akan menjadi sangat membantu. Sebelum pergi survey baju, tunjuk dia style yang anda berkenan untuk lebih fokus nanti di butik.
2: Yang keibuan sikit. Dalam banyak-banyak kawan anda, dia ini yang macam ibu-ibu sikit. Mungkin tidak dari segi pembawakan dan pemakaian, tapi mungkin dari segi pemikiran. Dia boleh point out jika baju anda terlalu ketat, sedikit seksi, tak sesuai untuk dipakai di hadapan hadirin yang rata-ratanya rakan ibu bapa anda etc. Yes. Keep her.
Ads
3: Yang teliti. Kawan anda yang ini boleh nampak jika ada cela pada baju anda atau apa-apa perkara lain yang perlu diberi perhatian. Kadang kala, walaupun mungkin sekarang tidak terasa sangat, bila anda sudah jumpa ‘the perfect wedding dress’,ada kemungkinan anda akan dilitupi kegembiraan dan keterujaan sehinggakan semuanya nampak sempurna di mata anda. Kawan anda yang ini boleh bantu anda di saat anda teruja itu.
Ads
4: Yang jujur dan ‘straightforward’. Dalam mencari baju kahwin, anda perlu kawan yang benar-benar jujur. Kalau cantik, dia cakap cantik. Kalau tidak, biar dia cakap tidak. At least, anda tahu yang komen rakan anda ini jujur daripadanya.
5: Your bestfriend. Well, sebenarnya bestfriend anda selalunya dah merangkumi keempat-empat kategori di atas. Dia lah yang paling tahu pasal design baju kahwin zaman sekarang, sebab anda bestfriendnya yang akan berkahwin – dia sudah google awal-awal. Dia jugalah yang tahu bagaimana parents anda fikir. Jadi dia tahu apa yang ketat, apa yang okay di mata parents anda. Again, sebab anda yang kahwin, dia akan betul-betul tengok baju yang dipilih anda. Setiap jahitan pun dia akan tengok. And yes, dalam walau apa keadaan pun, dia akan bagitahu yang betul. Contohnya, jika anda nampak seperti walrus dalam baju yang anda pilih. You know, things like that. Tapi anda tahu yang dia hanya mahu yang terbaik untuk anda.
Ads
Kredit : ikahwin
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita yang miliki saiz badan yang agak besar atau plus size pastinya ingin terlihat anggun dan mempesonakan saat bergelar raja sehari. Masalah yang sering dialami bagi mereka adalah gaya atau busana paling tepat agar tampak langsing dan bergaya.
Lima tip atau cara ini membantu wanita plus size agar tampak langsing dan menyerlah di majlis kahwin.
1. Potongan Baju
Pemilihan busana dengan cetusan sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihlah sama ada bukaannya hanya melewati paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Busana akan tampak lebih indah dengan disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda Perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bercorak
Sekiranya anda memilih fabrik atau busana yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya pilihlah busana bermotif garis-garis vertikal, ini secara tidak langsung menampakkan tubuh gempal lebih tinggi dan ramping. Biasan garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
3. Aksesori Yang Sesuai
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori, tas dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan agar anda tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yan terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau gunakan kasut dari jenis wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang yang bertubuh gempal.
4. Pilih Fabrik Yang Betul
Dari segi pemilihan fabrik pula, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat. Elakkan daripada memilih fabrik jenis jersi atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Sesuai Dengan Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih busana bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Sebagaimana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh beragam. Oleh itu, pemilihan busana yang sesuai dan tepat turut menentukan kecantikan dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kitaran haid setiap wanita adalah berbeza, ada yang datang haid sebulan 2 kali dan ada juga yang 2 bulan sekali. Jika anda rasa kitaran haid anda tidak normal, sebaiknya anda jangan abaikan dan cepat berjumpa dengan pakar puan.
Bagi wanita yang sudah berumahtangga, sudah pasti mereka perlu belajar bagaimana untuk mengetahu kitaran haid bagi mengetahui waktu-waktu subur mereka.
Ramai yang confuse macamana nak kira kitaran haid dan waktu subur dengan cara yang tepat. Ramai juga yang tak endah tentang hal ini. Ini sangat penting bagi mereka yang merancang untuk mendapatkan zuriat.
Ada 2 sebab utama mengapa kaum wanita perlu tahu kitaran haid yang betul. Antaranya ialah;
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat.
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting.
Fahami kitaran haid wanita
Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Hari 1-4 –darah haid keluar
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13 – darah haid kering/habis
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14 – waktu subur
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.
BILAKAH WAKTU SUBUR BAGI WANITA?
Dalam kata lain bila waktu sesuai untuk bersama suami , iaitu pada hari ke-14 hari ovulasi berlaku, telur baru keluar dari sarangnya ATAU ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)
Tak faham? Macam ni.
Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari.
Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur.
Katalah dia period 30 hari, maka hari subur ialah 30 hari – 14 hari = 16 hari.
Sekiranya periodnya 35 hari, maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.
Ini adalah kerana fasa luteal pada kebiasaannya adalah tepat 14 hari setelah ovulasi, tetapi fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.
Menganggar waktu terbaik untuk mendapatkan zuriat
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari.
Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.
Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.
Mengelak dari mengandung dengan cara kiraan
Ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Sebenarnya, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.
Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.
Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.
Saya harap info tentang kitaran haid dan waktu subur ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.
Seorang isteri mestilah taat dan patuh pada perintah suami, tetapi itu tidak semestinya si isteri perlu mengikut semua kehendak suami walaupun benda itu salah bukan? Jadi, tak salah kalau si isteri nak menegur kesalahan suami tapi biarlah kena dengan cara.
Seeloknya berbincang dengan pasangan anda terlebih dahulu sebelum menentukan sesuatu perkara. Bukan apa, takut nanti ada perbalahan antara anda berdua. Jadi, gunakan komunikasi yang ada untuk berhubung.
Namun, itu tidak bermaksud si isteri boleh melakukan sesuka hati pada suami, adab perlu lah dijaga ya. Ingat 8 perkara penting ini!
1. Bercakap lemah lembut dengan suami
Dah nama pun suami, janganlah pula cakap terjerit-jerit padanya. Kalau anda berada di dapur sekali pun keluar berjumpa dengannya dan cakap secara sopan, itu kan lebih elok.
2. Jangan sindir suami dengan isu sensitif
Dah masuk alam perkahwinan anda dan pasangan kenalah ‘move on’ dari perkara lepas. Jangan pula sindir suami tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalunya. Kecil hati suami nanti. Berdosa.
3. Dengar pendapat dan hormati pandangannya
Kadang kala si suami ni dia nak memberi pendapat tentang sesuatu perkara yang akan dilakukan. Si isteri jangan mencelah dan terus tidak bersetuju pula. Dengar dulu pandangannya dan kemudian baru beri reaksi.
4. Jangan berlawan untuk tunjuk siapa lebih berkuasa
Kalau ya pun tengah gaduh tak perlu lah sampai nak tunjuk siapa yang paling berkuasa. Contoh seperti rumah itu dibeli oleh isteri, jadi maksudnya isteri yang berkuasa didalam rumah. Salah tu, walau macam mana pun dia tetap suami anda dan ketua dalam rumah tangga anda.
5. Tunjuk kasih sayang dan hormat pada keluarganya
Hormatilah keluarga mentua anda bila berjumpa. Jangan pula diam dan anti-social sahaja. Nanti mereka anggap anda ini tiada adab pula. Layan lah keluarga dia seperti keluarga anda sendiri. Ingat anda bukan kahwin dengan suami sahaja malah seluruh ahli keluarganya.
6. Kadang-kadang dia perlukan masa bersama rakan
Anda juga kena fahami dia kalau ada waktu dia nak lepak atau berjumpa dengan kawan-kawannya. Sama seperti anda, jadi bertolak ansur ok.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!