Sepanjang musim PKP ini, kami pasti anda di rumah kerap makan, makan dan makan. Perut asyik lapar je, mulut pun asyik nak mengunyah. Mungkin kebosanan membuatkan kita kerap lapar dan asyik nak makan je.

Namun, berhati-hatilah dengan pengambilan kalori kita. Terlebih kalori, badan pun boleh naik. Jadi, apa kata amalkan pengambilan air rebusan epal hijau dan serap yang amat berkesan untuk mengempiskan perut.

Petua ini telah dikongsi oleh Miera Nordin di laman Facebooknya. Katanya petua ini memang berkesan. Jom kita amalkan sepanjang PKP berlangsung. Tidaklah risau perut semakin buncit dan badan semakin mengembang nanti.

Ads

Minum Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut. Boleh Amalkan Sepanjang PKP Ini!

Ads

Bahan-bahan

  • 3 biji epal hijau
  • 5 batang serai diketuk
  • 1.5 liter air

Cara-cara

  1. Epal tu dipotong 6 (macam biasa kita makan tu).

  2. Serai 5 batang diketuk.

  3. Masukkan 1.5 liter air dalam periuk.

  4. Masak sehingga epal lembik. Siap.

  5. Minum ketika suam-suam.

Minum Air Rebusan Epal Hijau & Serai Untuk Kempiskan Perut. Boleh Amalkan Sepanjang PKP Ini!

Ads

Khasiat Air Rebusan Epal Hijau & Serai

  • Keluarkan angin dalam badan
  • Kempiskan perut
  • Menurunkan berat badan
  • Cepat kenyang
  • Awet muda
  • Kulit cerah
  • Mengurangkan kolestrol
  • Menghilangkan sakit badan/sakit urat
  • Sesuai untuk orang sakit lutut
  • Menghilangkan sakit tumit
  • Meringankan tubuh badan

Sumber: Miera Nordin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI