Kecantikan

Minum Jus Pegaga Dapat Elakkan Kulit Kendur

Share

Kalau nak kulit sihat dan cantik semulajadi minum lah jus pegaga. Sekali seminggu mesti saya minum. Selain sangat baik untuk kesihatan, pegaga juga beri kesan besar pada kecantikan kerana sifatnya membaiki, merawat dan memelihara tisu. Amalkan Jus Pegaga Sekali Seminggu, Kesannya Kulit lebih Anjal, Sihat & Cantik Secara Semulajadi

Sesiapa yang nak kulit anjal, amalkan lah makan atau minum jus pegaga sebab pegaga ni boleh menyokong pembentukan kolagen dan mengelakkan kulit kendur. Kami share resepi kat sini.

Bahan-Bahan:

  • Daun pegaga 7-11 helai
  • 1 gelas air suam
  • Madu @ raw cane sugar
  • Susu segar @ susu tepung (option)

Cara Membuat:

Kisar daun pegaga bersama air suam. Tapis dalam gelas, masukkan madu dan susu. Tak nak letak susu pun boleh. Kacau sebati dan terus minum.

Amalkan jus ini sekali seminggu.

Pegaga juga boleh membantu menurunkan berat badan tau. Jadi, sesiapa yang tengah diet tu, masukkan juga menu pegaga dalam list korang. Inshaallah berkesan.

Selamat Mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Puan Sumayyah Abdullah

IKLAN