
Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon jadi jemu. Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:
- JUS OREN ; Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.
2. TEH CHAMOMILE ; Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).
3. JUS CRANBERRY ; Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.
4. SUSU COKLAT ; Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
5. TEH HIJAU ; Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
6. JUS TOMATO ; Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
7. TEH HITAM ; Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.
Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin. Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain juga
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baca Pesanan Menarik Lelaki Ini, Jodoh Yang Allah Telah Tetapkan Tidak Pernah Salah Orang!

Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak ketahui oleh hamba-Nya. Ia tidak akan datang bergolek jika kita sendiri tidak berusaha untuk mencarinya.
Kupasan menarik ini boleh anda ikuti menerusi perkongsian daripada penulis buku dan penceramah bernama Shukery Azizan di laman sosial beliau. Semoga impian anda untuk bertemu jodoh yang baik akan dipermudahkan Allah SWT.
Sebelum pergi lebih jauh, saya nak beritahu dua perkara. Yang pertama, ini adalah kupasan lanjut dari bab Apa Itu Takdir, dalam buku saya, Aku Bukan Malaikat, pada bab yang pertama. Takut nanti ada yang ‘blur’ pula.
Yang kedua, kita tengok dulu apa itu DEFINISI JODOH. Sebenarnya perkataan jodoh ni datang daripada bahasa Indonesia, yang dipinjamkan kepada bahasa Malaysia. Kalau ikut kamus Indonesia, jodoh ni maksudnya “pasangan yang cocok” atau pasangan yang serasi.
Tetapi kalau dalam bahasa Arab, kalau kau nak tahu, perkataan jodoh ni sebenarnya tiada. Ya, tiada. Ulama’ semasa bahas hukum pernikahan hanya guna istilah ( زَوْجٌ ) atau ( بَعْلٌ ) untuk suami, dan ( زَوْجَةٌ ) atau ( امْرَأَةٌ ) untuk isteri.
Allah kata dalam Al-Quran, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi kaum yang berfikir”. (Surah Ar-Ruum 30:21)
Jadi, perbincangan kita dalam bab ini bukanlah hukum-hakam pernikahan, ini bukan buku fiqh. Tetapi perbincangan kita lebih kepada “orang atau individu tertentu yang akan menjadi pasangan hidup kita.”
Saya dah huraikan dalam bab takdir yang mana jodoh ini dah ditetapkan dan apa PILIHAN yang kita ada adalah WAJIB buat PERSEDIAAN untuk dapatkan JODOH. Kita pilih sama ada nak dapat jodoh yang baik, atau yang buruk. Menjadikan diri sendiri sebagai calon pasangan yang berusaha ke arah sempurna, atau berusaha ke arah celaka. Atau mencari pasangan yang membimbing ke arah Syurga, atau mengheret ke arah Neraka.
Jodoh ini dah ditetapkan, sama ada kita dapat di dunia, ataupun di akhirat sana. Ada orang yang sempat bertemu jodoh di dunia, tetapi jangan lupa, sangat ramai juga yang hanya dapat menjadi mayat sebelum menjadi pengantin.
Contoh macam kisah seorang sahabat bernama Julaibib r.anhu, saya dah cerita masa bab takdir sebelum ni kalau kau perasan. Saya tak nak ulang panjang cerita dia, tetapi apa saya nak sebut adalah, Julaibib tak sempat pun berkahwin, sedangkan dia baru saja nak berkahwin dengan seorang sahabiah. Tetapi akhirnya dia syahid dulu sebelum sempat menjadi pengantin baru.
Pengajarannya, jangan pening-pening kalau kau baru umur 18 tahun tetapi tiada siapa nak kahwin dengan kau. Atau jangan pening kalau dah umur 30 tahun tetapi masih tak kahwin lagi. Kalau masih tak kahwin lagi, teruskan buat PERSEDIAAN untuk bertemu jodoh, dan jangan buat-buat lupa buat PERSEDIAAN juga untuk bertemu maut! Persoalannya, apakah itu PERSEDIAAN?
Sebelum saya cerita apa itu persediaan, mari abang “payung” analogi sikit. Aduh, rosak bahasa Melayu.
Waktu bulan Ramadhan, masa nak berbuka puasa kita selalu akan sebut apa? Biasanya kita akan sebut,
“Dah siap-siap nak berbuka belum?”
“Ish, lagi berapa minit nak buka ni. Dah buat persediaan berbuka belum?”
Ataupun waktu nak sambut hari raya, kita biasa akan sebut,
“Dah buat persediaan nak raya Cik Siti Pepsikola?”
“Dengar cerita persediaan raya tahun ni meriah kau Jah?”
Jadi apakah maksud “PERSEDIAAN” itu? Adakah kita akan duduk di dapur sambil tadah tangan dan menunggu makanan turun dari langit untuk kita berbuka? Atau adakah kita akan duduk di dalam bilik sambil menunggu pakaian raya turun dari langit untuk kita? Mestilah tidak.
Persediaan yang saya maksudkan adalah IKHTIAR dan USAHA. Ikhtiar sebelum dapat jodoh yang saya maksudkan adalah kau fikir dan PILIH jodoh macam mana yang kau nak. Tetapi janganlah fikir tu sampai hari-hari update status tentang,
“Saya menanti tulang rusuk kiri untuk memasakkan sup tulang untuk saya.”
“Kepada bakal imamku, aku sedia menunggumu hingga ke pintu kubur.”
Menyampah tahu. Jodoh ini dah ditakdirkan, jadi apa PILIHAN yang kita ada adalah dengan PILIH bagaimana jodoh yang kita mahu. Kita nak jodoh yang membawa ke Syurga, atau jodoh yang mengheret ke Neraka.
Sebab itu Nabi ajar dalam satu hadis, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai orang anggap bahkan saya pernah terdengar orang kata, “Kalau nak berkahwin, jangan tengok harta, keturunan dan kecantikan. Tengok agama saja, walaupun dia miskin, tak cantik atau tak hensem, dan keturunan yang teruk.”
Bila saya studi dan mengikuti beberapa perbahasan tentang hadis ini, baru saya faham bahawa Rasulullah ajar bukan tak perlu pedulikan kecantikan, keturunan dan harta. Tetapi apa Rasulullah anjurkan pada kita adalah, kalau kita nak pilih pasangan, pilihlah yang hartanya, keturunannya dan kecantikannya bersandarkan pada agama iaitu Islam. Bukan bersandarkan kepada perkara yang langgar syarak.
Pertama kita tengok harta dia dapat dari mana dan digunakan untuk apa? Adakah dia dapat harta daripada sumber yang patuh syarak? Atau dia dapat hasil dari merompak, judi, jual perkara haram dan sebagainya? Kemudian tengok ke mana pula harta dia selalu laburkan. Adakah dia bayar zakat? Adakah dia selalu sedekah? Ataupun kedekut tahi hidung masin? Atau selalu guna harta membazir shopping sampai tak ingat dunia?
Kemudian tengok pada keturunannya. Dia ini keturunan yang baik-baik, ataupun keturunan yang selalu langgar syarak? Studi tentang latar belakang keluarganya, saudara mara yang terdekat, makcik pakcik dan sebagainya.
Adakah daripada keluarga yang ikut syarak, atau langgar syarak? Siapa mak ayah dia? Siapa adik beradik dia? Siapa pakcik makciknya? Siapa saudara mara terdekatnya? Dan adakah mereka semua ini ikut perintah Islam? Dan juga tengok pada “kesuburan” keluarga, maksudnya adik beradik dia ada berapa, mak ayah dia punya adik beradik ada berapa. Dan tengok juga ada saka atau tidak dan sebagainya. Semua ini penting, bukan main-main.
Kemudian tengok pada kecantikannya. Dia ini gunakan kecantikannya untuk apa? Guna kecantikan untuk jadi playboy lalu jadilah “suamiku playboy”? Atau gunakan kecantikannya untuk jadi “pisau cukur” kepada lelaki lalu jadilah “isteriku curang”? Atau kecantikannya dijaga sesuai dengan perintah Islam?
Maksudnya, adakah kecantikannya disimpan dengan cara tutup aurat sempurna, tunduk pandangan, tahu malu, dan sebagainya. Atau adakah kecantikannya ditunjukkan kepada umum dengan cara buka aurat, kaki selfie, tak tahu malu, mata asyik jeling pada lelaki yang kacak, dan sebagainya.
Dengan kata mudah, “pilihlah yang BERAGAMA” itu adalah kita pilih seorang lelaki atau perempuan yang bukan hanya Islam pada nama dan IC, tetapi Islam juga pada harta, keturunan dan kecantikannya atau perbuatannya. Hadis ini juga terpakai untuk melihat belah lelaki, bukan sekadar perempuan.
Ok, selepas kau fikir dan pilih jodoh yang kau nak, kemudian kau USAHA untuk dapatkan apa yang kau fikir dan PILIH. Usaha adalah kau usaha sebaik mungkin MENGIKUT SYARAK untuk dapatkan jodoh yang kau fikir dan pilih. Maksudnya, kau boleh pilih dan usaha untuk dapatkan jodoh yang baik atau buruk.
Kalau nak dapat jodoh yang baik macam mana? Antaranya adalah:
• Ucap kalimah syahadah dan peluk Islam.
• Taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah untuk peroleh taqwa.
• Ikut sunnah Rasulullah sebanyak mana yang boleh.
• Ikut dan buat dakwah tarbiah.
• Selalu bertaubat dan jaga amal.
• Cari ilmu antaranya belajar hukum hakam munakat atau perkahwinan termasuk juga buku psikologi antara lelaki dan perempuan.
• Selalu minta nasihat dengan orang yang dah lama kahwin seperti mak ayah, ustaz ustazah, pakcik makcik dan sebagainya.
• Ada keyakinan tinggi untuk kahwin, bukan sekadar sembang kencang.
• Belajar berdikari sama ada cari duit sendiri, tolong di rumah dan sebagainya.
• Kalau nak kahwin, guna orang tengah seperti mak ayah, ustaz ustazah yang dah kahwin, pakcik makcik, kawan baik yang dah kahwin, atau sebagainya yang dirasakan yakin untuk jadi orang tengah. Jangan sampai dia “pangkah” kau, dia yang kahwin dengan pasangan tu. Tu bukan orang tengah lagi.
• Bertunang. Masa fasa tunang ini, belajar mengenal pasangan SEADANYA. Tunang bukan halalkan apa-apa termasuk ikhtilat, sekadar fasa untuk kita buat pilihan sama ada kita setuju atau tolak. Sebaiknya kurang dari tempoh 1 tahun (ini bukan nas, tetapi bersandarkan pengalaman).
• Bernikah.
Kalau jodoh yang buruk atau jahat pula macam mana? Antaranya adalah:
• Menolak untuk terima Islam dan jadi kafir.
• Langgar perintah Allah, selalu buat larangan Allah.
• Tinggalkan semua sunnah Rasulullah.
• Hina orang buat dakwah, perli orang yang nak berubah dan lain-lain.
• Malas dan tangguh taubat. Amal soleh lintang pukang.
• Malas baca buku ilmiah. Rajin baca novel cinta, tengok movie cinta, berangan pasal cinta dan sebagainya.
• Malas dengar nasihat terutama mak ayah. Rasa panas je telinga bila dengar nasihat. Bahkan sampai tahap derhaka pada mak ayah.
Bila mak kata, “Tangguh la niat nak kahwin tu dulu. Kahwin lagi 2 tahun boleh?”
Kau pun jawab, “Arghh, mak tak faham saya mak. Mak kena faham agama. Mak tak baik halang anak muda nak bernikah. Patutnya mak nikahkan saya je. Tak payah tunggu habis belajar, ada kereta kerja bagai. Saya boleh jaga isteri saya.”
Padahal mak kau belum puas lagi lepas rindu dan bermanja dengan kau. Dah la balik kampung 5 bulan sekali je. Telefon mak ayah pun seminggu sekali, Itu pun sebab mak ayah telefon dulu.
• Jangan ada keyakinan diri. Sembang mesti kencang, baru boleh terbang.
Bila cakap bab kahwin, terus kata,“Emm, aku nanti dulu la kot.. Tahun depan muda lagi…”
• Cari crush dan couple. Kemudian ajak dating, keluar pergi sana sini, tengok wayang, pegang tangan dan sebagainya.
• Bertunang. Bertunang pun macam dah kahwin, siap pandai peluk-peluk lagi. Malah buat majlis pun sampai kos RM106,000.60 sen (termasuk GST). Padahal gaji sebulan RM906.00 je.
• Bernikah. Kemudian selepas nikah pun malas dan tak nak bertaubat, dan masih tak nak jaga amal.
Dan banyak lagi cara nak dapatkan jodoh yang buruk dan jahat. Pendek kata, jodoh ini dah ditetapkan, tetapi wajib adakah persediaan untuk dapatkan jodoh. Jodoh pula ada dua jenis, jodoh yang macam malaikat walaupun bukan malaikat, dan jodoh yang macam syaitonirrojim, walaupun lebih dahsyat dari syaitonirrojim.
Formulanya adalah:
Ikhtiar dan usaha atau persediaan dapatkan jodoh = wajib
Keyakinan yang Allah dah tetapkan jodoh = wajib.
Di ruang yang kita boleh buat pilihan, kita boleh pilih jodoh yang ikut syarak, dan langgar syarak. Boleh pilih yang jalan pahala, atau jalan dosa. Boleh pilih yang jalan nikah, atau jalan zina.
Kalau ‘Tersalah’ Jodoh?
Ramai orang salah faham, yang mana bila dah bercerai, mereka merasakan jodohnya telah ‘tersalah’. Ditambah pula jodohnya itu ‘jahat’, lagilah kuat sangkaannya merasakan tersalah jodoh.
Saya nak beritahu, jodoh yang Allah telah tetapkan TAK PERNAH SALAH. Punca cerai saya dah huraikan ke bawah. Setiap orang yang kita telah bernikah dengannya, itulah jodoh. Tetapi, saat sudah bercerai, maka ‘tamatlah’ jodoh itu. Jodoh boleh ‘tamat’?Ketahuilah, tiada yang kekal di dunia ini, semuanya ada ‘expired date’, termasuklah mati, kecuali Allah Rabbul Jalil. Allah sahaja Maha Hidup dan tidak akan mati mahupun ‘expired date’ selama-lamanya.
Kalau kau berkahwin dengan orang yang ‘buruk’, boleh jadi itu berpunca daripada:
• Amal dan persediaan jodoh kau yang buruk, atau,
• Allah nak meningkatkan martabat iman kau dengan cara suruh kau bersabar, atau,
• Allah nak ampunkan semua dosa-dosa kau, atau, dan seumpamanya.
Kalaulah jodoh yang buruk itu dikatakan jodoh yang salah, maknanya Nabi Nuh dan Nabi Luth mendapat jodoh yang salah la ya? Sebab isteri mereka khianat dan ingkar perintah Allah dan suaminya. Begitu juga Asiah, kerana mendapat suami Firaun yang maha ‘Buruk’.
I don’t think so.
Kalau Cerai Pula Macam Mana?
Cerai pula adalah TAKDIR dan PILIHAN. Kenapa saya kata macam itu? Cerai adalah takdir kerana cerai ini di bawah pengetahuan Allah, Dia tahu penceraian akan berlaku. Sebab itu Allah ceritakan dalam Al-Quran, dan Rasulullah pun cerita dalam banyak hadis apa syarat bercerai, bagaimana boleh bercerai, apa berlaku kalau sebut talaq, bagaimana nak rujuk, berapa tempoh iddah, dan sebagainya. Allah dah tahu penceraian akan berlaku, sebab ia di bawah takdir Allah.
Cerai juga adalah pilihan sebab seperti yang saya beritahu dalam bab persediaan maut, “Pengetahuan Allah TIDAK akan MEMAKSA untuk hamba-Nya lakukan apa yang diketahui-Nya.” Bercerai adalah pilihan manusia, dan manusia juga ada pilihan untuk tak bercerai. Sebab itu Rasulullah beritahu bahawa penceraian ini adalah perkara halal yang DIBENCI Allah.
“Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al Hakim)
Dalam Islam, penceraian adalah JALAN TERAKHIR pilihan suami isteri tersebut. Sebab itu dalam Al-Quran banyak ceritakan apa yang kena buat kalau suami isteri bergaduh, atau kalau isterinya nusyuz (derhaka) macam mana nak denda, dan sebagainya. Saya tak nak terangkan di sini, sebab ini bukan buku fiqh munakahat. Tetapi saya nak beritahu bahawa, penceraian juga adalah PILIHAN.
Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Allah tahu bahawa akan berlaku penceraian di kalangan hamba-Nya. Kalaulah Allah haramkan bercerai secara mutlak, mesti berlaku banyak kerosakan dalam dunia ini sebab tangan-tangan manusia. Dan salah satu sebab itulah Allah membenarkan cerai, tetapi sebagai langkah terakhir, dan juga perkara yang Allah benci.
Kau ada pilihan untuk mempertahankan rumah tangga, dan kau juga ada pilihan untuk bercerai. Kalau kau pertahankan rumah tangga kau, itu di bawah takdir Allah. Kalau kau bercerai pun, itu juga di bawah takdir kau.
Sebab itu antara perbualan Saidina Umar r.anhu yang sangat masyhur, satu hari Umar dengan sahabat nak pergi ke Syam. Sebelum sampai ke Syam, mereka dapat berita bahawa di sana ada merebaknya penyakit taun. Mereka akhirnya bermesyuarat, dan Umar mencadangkan supaya balik ke Madinah.
Itu yang kemudiannya seorang sahabat, Abu Ubaidah Amir al Jarrah r.anhu tanya kepada dia, “Wahai Amirul mukminin, kenapa tuan ingin kembali ke Madinah dan lari dari qadar Allah?”
Kemudian Umar pun cakap, “Kami lari dari qadar Allah kepada qadar Allah.”
Ingat, jodoh tidak pernah salah orang!
Wallahu’alam.
Sumber: Dipetik dari Bab 2 buku Aku Bukan Malaikat 1 karya Shukery Azizan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dr Ini Nasihat, Jangan Pakai Bengkung Kalau Nak Organ Anda Sihat

Selama ini kita secara turun temurun melihat ibu dan orang perempuan yang selepas bersalin menggunakan bengkung untuk mengembalikan bentuk badan asal mereka. Tidak dengan itu pelbagai produk bengkung dijual hari ini dengan menjanjikan kecantikan bentuk tubuh yang mengiurkan. Adakah ia satu kesalahan yang ramai pandang mudah? Ikuti perkingsian dryazeedhairi.com tentang bahaya bengkung ini.
Ini adalah bengkung atau nama mat salehnya waist girdle ,Corset , waist band dan macam macam lagi .Ketahuilah bengkung perosak organ dalaman.

JENIS
1- Bengkung abdomen ( Membaluti keliling abdomen / Perut
2- Bengkung Penuh ( Chest to Hips )
Yang membaluti dari paras Dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya)

Tak kira lah jenis apa sekali pun, bengkung ini selalunya digunakan untuk
1) Selepas BERSALIN ( Post delivery )
Selalunya lepas bersalin, bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut. Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja, bila rahim dah sepenuhnya mengecut, tak ada lagi pendarahan . Bengkung dah tak perlu sebenarnya..
2) Immbobilisation of Back
Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang , untuk mengelakkan “ friction “ geseran tulang belakang . Tapi zaman sekarang ni , penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak . Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN …
Overclaim pulak tu, boleh kurus, boleh ramping
ANATOMI
Secara Amnya, di bawah lapisan kulit kita terutamanya di bahagian abdomen, ;apisan itu dipanggil “ Subcutaenous fat tissue “, lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul. Kalau kau perhatikan Fisiologi struktur lemak, lemak ni mempunyai sifat pejal, ianya tak mudah pecah seperti yang di perkatakan oleh ramai penjual, kalau sapu losyen panas ni lagi cepat pecah lemak ..”
Kau ingat lemak kau tu buah delima atau belon ? Boleh pecah begitu sahaja ? Menjual Harapan adalah lebih mudah, memandangkan rakyat kita sibuk bekerja ..
Tak ada masa nak bersenam…Tak boleh kawal nafsu makan. Jadi, Ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk menjual harapan.
KEBURUKAN MEMAKAI BENGKUNG SETIAP HARI
1- GERD – Gastroesophageal Reflux disease
Bengkung akan membuatkan organ perut dan paru paru, tertolak ke atas, disebabkan tekanan yang tinggi bila perut kau dah tertolak ke atas, injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi, jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus ( salur makanan ) dan menyebabkan GERD (Gastroesophageal Reflux Disease ) Simptom dia sama macam orang yang kena serangan pedih ulu hati.
2- Dyspnoea ( Shortness of Breathing ) Susah bernafas
Bengkung juga akan Push Paru paru inferior kau ke atas, tahukah anda kita bernafas menggunakan otot Diaphragma? Ruang diafragma ini diperlukan oleh paru paru untuk mengembang lebih baik.Tapi kalau kau balut perut kau dengan bengkung dan pakai setiap hari, bayangkan ruang diaphragma menjadi makin sempit , Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “ Intraabdominal pressure dan sekali gus menyebabkan paru paru korang semua tak dapat berkembang dengan lebih baik .
3- Brain Hypoxia
Disebabkan itu, semakin kuranglah kemasukan oksigen dalam badan, bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima..Akhirnya, kau mula jadi cepat letih, cepat mengantuk dan seharian produktiviti hidup kau akan berkurangan.
4 – Cardiac pressure
Bila paru paru kau pun dah tertolak ke atas, maka paru paru kau tadi mula mencengkam jantung . Jatung kau pula yang stres, dah lah nak kena pam darah lagi , Tapi dok kena himpit pulak dengan paru paru . Aku sumbat hang 10 orang dalam kereta 5 Seater .. Nak tak? Lepas tu , Aku ulang berkali kali ?
5 – DARAH BEKU
Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “ Koagulasi “ Darah .Bila ruangan dalam abdomen makin sempit , Secara logik nya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat , Sekatan laluan itu akan menyebabkan Darah anda muka bergumpal , Dan mudah menjadi thrombus …Bayangkan kalau darah beku tadi tersekat di salur darah paru paru ?

Pastinya mengundang PULMONARY EMBOLISM keadaan ini adalah Emergency, Aku berani potong jari , 100% pesakit yang kena pulmonary embolism , 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan .Selain dari itu ia turut mengakibatkan,
5- Emotional Stress
6- Intraabdominal Muscle stress
7- Intraabdominal Swelling ( Bengkak)
Nak nampak kemas katanya, tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan kau sendiri ..Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu pada Ruang dalam abdomen ? Mereka perlukan ruang untuk bekerja ..Perut , Diaphragma , Usus , Paru paru ..Ginjal , Hati dan sebagainya ..Tuhan dah cipta kan ruang untuk organ organ ni bekerja ,Tapi kau sempitkan ruang mereka dek kerana kau nak sorok lemak lemak yang berlebihan .
ORGAN DALAMAN NAK PAKAI LAMA …
Aku bukan saja nak membebel ..Aku bebel ni sebab aku sayang lah hangpa ni semua ….Bukan lah aku nak jatuhkan perniagaan orang …Tapi … Kesan masa jangka panjang tu ..siapa nak tanggung ..Nanti semua salah doktor ..Salah diri sendiri tak perasan pulak …Betul lah kata orang ..“ Beauty is pain “Memang pain pun
Nota Ringkas
* Setiap organ kita perlukan ruang untuk bernafas dan bekerja . Tekanan normal dalam perut harus di kekalkan . Jika bengkung ini dapat menyebabkan “ Increase Intraabdominal pressure “ Maka ianya membawa kemudaratan .
dryazeedhairi.com
Dr Yazeed Hair Johari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semakin Awet Muda Bila Baca Surah Al-Waqiah Ayat 35 – 38 Sebanyak 7 Kali



6. Amalan di atas hendaklah dilakukan selepas solat Isyak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI