MK Jadi Wali Nikahkan Kakak Dengan FAREED K-Clique, SITI HAWA Selamat Bergelar isteri

Share

Kalau dah jodoh tu, memang tak jauh perginya. Mungkin kerana seringkali berjumpa, akhirnya jodoh Fareed dari kumpulan K-Clique bertemu jodoh dengan kakak MK, yang juga dari K-Clique. Dah selamat pun Fareed dan MK menjadi ipar!

 

Kredit foto: Instagram Sabhi Sadhi

 

Perkhabaran gembira ini dikongsi penyanyi Sabhi Sadhi yang juga merupakan abang kepada Fareed. Majlis perkahwinan Fareed, 28, dan Siti Hawa Hamdan, 30, yang diadakan  di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada Isnin lalu.

 

Yang manisnya, pernikahan berwakil walikan MK sendiri. Dengan sekali lafaz, Fareed dan Hawa sah bergelar suami isteri. Mas kahwin mereka berdua berupa seutas gelang tangan emas manakala lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak perempuan.

 

Kredit foto: Instagram Wawa.Evs
Kredit foto: Instagram Wawa.Evs
Kredit foto: Instagram Wawa.Evs

 

Menurut sumber MH, majlis persandingan pasangan ini bakal diadakan pada bulan Disember.

 

Kredit foto: Instagram MK
Kredit foto: Instagram MK

 

 

 

IKLAN