“Ish apa hal kulit muka aku ni pagi-pagi lagi dah berminyak? Tengok ni berminyak-minyak katdahi dan hidung aku. Padahal baru aja aku pakai ‘foundation’ dan mekap tadi. Kalau kesat muka untuk hilangkan kulit berminyak, habislah tanggal mekap aku!”

Sebenarnya kulit muka menghasilkan minyak semula jadi untuk melindungi kulit daripada terlalu kering.

Namun jika berlebihan, ia menyebabkan muka berminyak, mudah berjerawat dan masalah kulit muka hingga rasa kurang keyakinan pada diri.

TIP UNTUK MEKAP TAHAN LAMA DARI MEK DINDA

Sebelum make up

  • Cuci muka menggunakan air sejuk atau air batu.

Kebiasaanya selepas cuci menggunakan facial wash, bilas dengan air sejuk beku atau air bersama ais batu. Cuci sehingga muka kebas. Ais batu atau air sejuk mempunyai banyak manfaat dari segi mengawal minyak dan kecilkan pori buat sementara waktu.

IKLAN

 

  • Pakai pelembab

Jangan skip pelembab. Kulit berminyak juga memerlukan pelembab tapi pastikan guna pelembab jenis gel yang mempunyai tekstur waterbase.

 

  • Pakai primer

Primer digunakan untuk tahan makeup dari cepat cair. Terutama buat mempelai yang mempunyai kulit yang berminyak. Minimalkan di kawasan T zone. Terutama di bahagian dagu, dahi dan batang hidung.

IKLAN

 

  • Pemilihan foundation

Kulit minyak perlukan tekstur foundation yang matte, waterbase atau mousse. Yang kering tiada kilat dan kilauan. ‘No glowing foundation’. Lagi bagus yang mempunyai label silica di foundation kerana silica ini bagus untuk mengawal minyak supaya tidak keluar terlal banyak.

 

  • Pakai bedak untuk set foundation

Ramai mempelai yang mempunyai kulit berminyak keliru untuk memakai loose powder atau pressed powder. Kedua-duanya bagus  tetapi loose powder mempunyai kesan mengawal minyak  yang lebih bagus. Jadi loose powder lebih sesuai kerana menyerap miyak pada kulit.

IKLAN

 

  • Compact powder
  • Bagi yang mempunyai kulit berminyak, saya saran sediakan satu bedak compact di dalam beg tangan. Untuk touch up sekiranya mula mula berpeluh. Namun harus diingatkan, jangan sapu terlalu tebal.

 

  • Kertas minyak

Selain itu, solusi untuk makeup anda tahan lebih lama, apabila mula merasakan mekap mulai cair, ambil bloating paper yang boleh dibeli di drug store. Lekapkan saja dikawasan kilauan minyak untuk menghentikan lebihana minyak yang keluar.

 

  • Minumlah air putih secukupnya

Tak kisah jenis kulit yang berminyak, kering, atau normal, minum air yang cukup adalah perkara wajib untuk menjaga kesihatan kulit. Kulit berminyak yang dehidrasi dapat membuat kulit menjadi kusam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI