Masa awal bercinta, segalanya nampak indah sehinggalah bertunang. Tapi, bila ikat tali pertunangan lama-lama, ujiannya boleh buatkan pasangan mulai bosan. Hari-hari jumpa, dan berhubungan dalam whatssap setiap masa, mula lah rasa muak dengan tunang sendiri. Ujian bertunang macam-macam saja mengundang. Jadi janganlah tunang terlalu lama sangat, kerana syaitan sering menghasut supaya pasangan tak jadi untuk bina masjid!
Tiada Simpanan Untuk Kahwin
Untuk mendirikan rumah tangga, perkara paling utama adalah kewangan. Wang ringgit sangat diperlukan untuk persiapan majlis. Ia melibatkan wang yang banyak dan mencecah berpuluh ribu ringgit! Akan tetapi, dalam tempoh pertunangan ini, dugaan masalah kewangan banyak melanda kepada semua pihak. Lebih-lebih bagi mereka yang tiada simpan duit untuk persediaan kahwin akan menimbulkan konflik yang besar. Tambahan pula zaman sekarang kos perkahwinan seperti pelamin, katering, jurugambar dan busana pengantin harganya adalah sangat mahal.
Pasangan Tiada Kerja Tetap & Sering Tukar Kerja
Zaman sekarang memang susah nak dapat kerja. Umur dah lanjut tapi jodoh telah sampai. Si teruna sudah melamar dan hubungan pertunangan sudah terjalin. Tapi bila pasangan tiada kerja tetap atau sering bertukar kerja, sudah tentu menyulitkan lagi situasi kewangan. Terutamanya dari pihak lelaki, yang memerlukan perbelanjaan kahwin yang banyak. Nak tunggu kumpul duit dulu? Alamatnya bertahun lagi la baru dapat berkahwin. Punca kewangan ini sering menjadi pertengkaran antara pasangan yang sedang bertunang. Faktor ini juga menjadi salah satu punca putus tunang.
Keluarga Perempuan Letak Hantaran Tinggi
Bila sebut pasal hantaran, kebanyakan lelaki risau dan kecut perut mendengarnya. Lagi-lagi zaman sekarang perempuan lebih berkerjaya dari lelaki. Sudah tentu pihak perempuan akan meletakkan hantaran yang tinggi untuk berkahwin. Ini mengakibatkan pihak lelaki tertekan memikirkan hal untuk mencari wang yang lebih bagi memenuhi kehendak pihak perempuan. Hantaran yang tinggi diletakkan oleh pihak perempuan akibat faktor ekonomi sekarang kerana harga barang yang tinggi. Keluarga perempuan pula mahu yang terbaik buat anak daranya itu nanti.
Campur Tangan Adik-Beradik
Dalam hubungan pertunangan, mana ada sentiasa manis selamanya. Bertikam lidah, bergaduh atau merajuk merupakan perkara biasa. Kadang-kadang gaduh perkara kecil itu sudah menjadi lumrah. Tapi bila ujian bergaduh ini datang, sangat menyakitkan. Lebih menyakitkan hati kalau hubungan pergaduhan ini ada campur tangan adik beradik dan keluarga. Apabila berlaku perselisihan faham, setiap pasangan tidak perlu mengadu atau menceritakan masalah kepada adik beradik. Ianya bukan menyelesaikan masalah, malah menambahkan lagi konflik keluarga.
Keadaan akan jadi lebih teruk bila ada hasutan dari salah satu pihak keluarga yang membuatkan hubungan ini hambar dan boleh mengakibatkan punca putus tunang bila masing-masing telah dihasut. Seeloknya setiap pasangan perlu menyelesaikan masalah tanpa melibatkan keluarga.
Pertunangan Jarak Jauh
Perhubungan jarak jauh juga merupakan faktor dugaan bertunang. Apabila berjauhan, pelbagai perasaan menghantui diri masing-masing. Lebih-lebih lagi, apabila jarang berjumpa. Ditambah pula sibuk dengan urusan kerja. Dugaan ini harus dilalui dengan banyakkan bersabar dan memahami setiap pasangan. Bila sifat bersabar itu tersemai dalam diri setiap pasangan, hubungan ini sudah tentu dalam keadaan baik. Sabar itu merupakan tonggak kebahagiaan seseorang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI