
Kulit di bahagian ketiak dan celah paha memang berbeza daripada kulit di bahagian tubuh yang lain. Ia merupakan bahagian tubuh yang selalu bergeseran sehingga akhirnya menyebabkan pigmentasi yang berlebihan (hiper-pigmentasi).
Selain pigmentasi, kulat dan bakteria daripada peluh juga boleh terbentuk sehingga menyebabkan warna kulit di kedua-dua bahagian ini menjadi gelap. Semua wanita pastinya tidak mahu ini terjadi kerana ‘keburukan’ ini boleh membuatkan wanita rasa rendah diri apabila bersama suami.
Bagi yang ingin menghilangkan ‘keburukan’ ini, ada cara ringkas dan berkesan yang boleh anda lakukan agar warna kulit di bahagian ini kembali cerah. Ayuh cuba petua ini.
BAHAN-BAHANNYA:
Buah lemon
Baking soda

CARA MEMBUAT:
1. Tuangkan baking soda ke dalam mangkuk kecil dalam kuantiti yang sesuai dengan keperluan anda.
2. Perah buah lemon sedikit demi sedikit.
3. Gaul sebati baking soda dengan jus lemon hingga sebati.
4. Boleh sejukkan seketika di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum digunakan.

CARA MENGGUNAKANNYA:
1. Ambil adunan tadi secukupnya dengan menggunakan jari.
2. Oleskan di bahagian ketiak dan celah paha.
3. Lakukan scrubbing dengan gerakan memutar yang stabil.
4. Lakukan gerakan tersebut selama lebih kurang tiga minit.
5. Setelah agak kering, bersihkan bahagian ketiak dan celah paha dengan menggunakan air dan lap sehingga kering.
6. Amalkan seminggu dua kali dan anda akan lihat hasilnya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makan Sahur Banyak Pun Tetap Lapar, Isteri Elakkan Sedia Menu Ini

Tak perlu makan sahur banyak tetapi kalau isteri tahu masakan yang sihat dan mengenyangkan, pasti akan tahan lapar.
Haa… jangan pandang remeh soal memasak, ini pun salah satu cara ikat suami kita, ya! Buat dia rasa lagi sayang.
Untuk mengekalkan tenaga berpanjangan, mereka yang berpuasa perlu memilih menu yang tepat agar tidak ‘kecundang’ di tengah jalan.
Menurut Hello Doktor, terdapat beberapa jenis makanan yang sebaiknya dielakkan ketika bersahur:
1. Kopi

Salah satu alasan mengapa kopi sebaiknya dielakkan sewaktu sahur adalah kerana sifatnya yang laksatif.
Anda mungkin menyedari kekerapan ke tandas bertambah setelah minum kopi.
Ini disebabkan komponen dalam kopi yang merangsang fungsi usus besar sehingga badan anda kemudian membuang sisa pencernaan lebih cepat.
Selain itu, sifat asid pada kopi juga dapat mengganggu keadaan perut.
Komponen yang disebut ‘chlorogenic acid’ dapat merangsang peningkatan asid perut.
Kopi juga bersifat diuretik; menggalakkan pengeluaran air daripada badan yang meningkatkan risiko dehidrasi sewaktu puasa.
2. Makanan masin
Contoh makanan yang patut anda elakkan sewaktu sahur untuk mengelakkan rasa haus ialah acar, kacang bergaram, kuaci, serta makanan dalam tin.
Jenis makanan tersebut memiliki kadar garam tinggi sehingga dapat merangsang rasa haus.
Anda juga patut mengurangkan jumlah garam dan perasa makanan yang digunakan dalam masakan.

3. Karbohidrat sederhana
Elak makanan yang mengadungi karbohidrat sederhana. Jika anda mengambil karbohidrat kompleks, tenaga yang berasal daripada makanan tersebut akan dilepaskan secara perlahan kepada tubuh.
Dengan itu, anda akan memiliki tenaga yang mencukupi untuk jam-jam seterusnya sewaktu berpuasa.
Contoh makanan yang termasuk dalam karbohidrat kompleks adalah beras perang, barli, gandum dan oat.
Contoh karbohidrat sederhana adalah gula pasir, susu dan produk tenusu, minuman berkarbonat, gula-gula, kuih muih dan sebagainya.
Bukan bererti anda tidak boleh mengambil karbohidrat sederhana, tetapi imbangkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks untuk membantu anda tetap cergas sepanjang berpuasa.
4. Makanan pedas

Sama seperti makanan masin, makanan pedas dapat merangsang rasa haus berterusan.
Selain itu, mereka yang menderita keradangan perut disarankan untuk menghindari makanan pedas kerana dapat merangsang peningkatan asid perut sehingga berpotensi menyebabkan sakit pada bahagian atas perut.
Bagi sesetengah orang, makanan pedas juga menyebabkan sakit perut.
5. Makanan lemak tinggi
Pada waktu sahur sebaiknya anda mengurangkan jenis makanan tinggi lemak agar terhindar daripada sembelit atau cirit-birit sewaktu berpuasa.
Sebagai alternatif, anda boleh mengambil jenis makanan yang sama tetapi dengan cara penyediaan yang berbeza.
Contohnya menggantikan menu ayam goreng menjadi ayam bakar.
Semoga anda yang baru bergelar isteri, mampu sediakan menu sahur yang berkualiti dan jimat masa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Give Up 2 Kali Kena ‘Reject’, Akhirnya FARAH & SYAFIQ Disatukan. Majlis Resepsi Ditaja Penuh!

Siapa sangka, orang yang pernah menolak ajakan untuk keluar bersama akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Walaupun ada rasa putus asa namun bila sudah Allah takdirkan si dia menjadi jodoh kita, semuanya tidak mustahil.

Begitulah kisah percintaan di antara Farah Nadhirah Binti Muhammad Khairun, 28 dan Mohamad Syafiq Khor Bin Mohd Kamal Khor, 27. Pasangan ini berkenalan sejak tujuh tahun lalu melalui seorang rakan. Dua kali Farah mengajak Syafiq keluar tetapi tidak dilayan. Akhirnya, Kota Inggeris menjadi titik pertemuan kembali dua jiwa.
“Dua kali kena ‘reject’, saya berputus asa. Tapi bila saya dan Syafiq bertemu di United Kingdom kerana masing-masing menyambung pengajian, akhirnya kami pun berkawan. Saya balik ke Malaysia lebih awal dari Syafiq dan beberapa bulan selepas itu, dia pula ajak saya keluar!” tulis Farah.

Tangguh resepsi & akhirnya batalkan majlis
Pasangan ini bernikah pada 30 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Usai majlis pernikahan, mereka hanya mengadakan majlis makan-makan santai di Coffee House, Hotel Concorde Shah Alam. Hanya sebuah pelamin kecil yang terdapat di butik hotel menjadi tempat untuk mereka jadikan kenangan pernikahan.
“Kami buat keputusan untuk tidak mengadakan majlis resepsi kerana ketika itu SOP sentiasa berubah-ubah. Walaupun dah bayar downpayment kepada beberapa vendor tetapi kami terlalu takut untuk buat apa-apa.
 
 
Tambahan pula kami paranoid dengan penularan wabak Covid. Dek kerana bimbangkan keselamatan ibu bapa dan keluarga, jadi kami tangguhkan banyak kali sehinggalah kami mengambil keputusan untuk batalkan sahaja kerana sudah setahun lebih bernikah.”
Tajaan penuh perkahwinan
Tapi ‘kesedihan’ mereka tak sampai hanya di situ. Selepas dua tahun, Viu Malaysia merealisasikan impian perkahwinan Farah dan Syafiq melalui satu pertandingan yang diadakan.
“Kami terlalu bahagia dan bersyukur tidak terkata kerana dapat jadi raja sehari, sekali lagi. Memang a once in a lifetime opportunity yang tak boleh digambarkan rasa happy tu macam mana. Viu Malaysia dan Reka Teemor dah bahagiakan both of us and our families. Memang impian perkahwinan kami adalah untuk mengadakan resepsi bertemakan rona putih yang elegan dan minimalis, hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.”

Busana yang disarungkan Farah pada hari resepsi adalah sentuhan magis dari Amaze manakala kek perkahwinan pula adalah dari tajaan Banker2Baker.
We feel like we complete and understand each other. Syafiq akan compensate where I lack and I compensate where he lacks. When I’m anxious, he calms me down. When he forgets, I remind him.
Simple things like that but makes a world of a difference. Most importantly, we’re both each other’s best friend so it’s nice to date your best friend everyday.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cikgu Fadli Tak Setuju Ayat ‘Isteri Cerminan Suami,’- “Setiap Individu Bertanggungjawab Atas Sikap & Kelakuan Sendiri”

Dalam rumah tangga, suami isteri mesti sama-sama memainkan peranan masing-masing kerana masing-masing saling memerlukan. Baik suami mahupun isteri, masing-masing punya kelemahan.
Jika kita hanya mencari kesempurnaan, kita akan mula nampak atau ternampak kekurangan masing-masing. Mulalah nampak perkara-perkara kecil yang menjadi kekurangan seperti sikap malas membantu membuat kerja rumah, suka melawan, suka mengungkit dan sebagainya yang negatif tentang pasangan kita.
Bagaimanapun jika kita fokus pada perkara yang besar dan lebih penting, yakni tentang hala tuju keluarga, maka perkara-perkara kecil itu tidak menjejaskan apa-apa pun dari segi hubungan dan perasaan. Tetapi, kalau kita sibuk dengan perkara yang kecil-kecil dan remeh-temeh, akhir perkara itu menjadi besar dan mendatangkan kesan yang besar.
Istilah ‘Isteri Cerminan Suami’ seakan sudah sinonim dengan masyarakat kita. Bagaimana seorang melayan isteri maka begitulah yang akan dilakukan oleh si isteri. Pendek kata sikap isteri sangat bergantung pada sikap seorang suami.
Namun ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan ungkapan ini termasuklah Cikgu Mohd Fadli Salleh
Cukup terkenal menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem pendidikan negara, pendidik ini juga gemar melontarkan pendapatnya berkaitan isu-isu semasa.
Berikut perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh

Maaf, saya langsung tak setuju dengan ayat ‘isteri cerminan suami.’
Isteri itu ada akal yang waras, segala tindak tanduk mereka bergantung pada cara mereka mengawal emosi, cara mereka berfikir.
Langsung tak boleh nak salah pihak lain terutamanya suami bila seseorang isteri meroyan, merentan, mengamuk dan berkelakuan tidak elok.
Kenapa asal nampak isteri bersikap teruk nak salahkan lelaki atau suami? Tindak tanduk isteri itu terhasil dari sikap dia sendiri, bukan orang lain.

Isteri Nabi Lut a.s dan isteri Nabi Nuh a.s derhaka dan bersikap tidak elok. Adakah ia mencerminkan layanan suami mereka?
Bahkan ramai sahaja pasangan yang suaminya panas baran, sering memukul, tidak solat, suka berjudi, tapi si isterinya begitu sabar dan solehah. Menjaga aib suami, tetap taat dan redha.
Bila isteri solehah dan baik sedangkan suaminya tidak baik, tidak pula keluar kata-kata ‘isteri itu cerminan suami’.
Tapi bila isteri itu meroyan, biadap, melampau batas dan berkelakuan tidak elok, tiba-tiba suami dipersalahkan dan segelintir mereka menuduh isteri menjadi tidak baik kerana cara suami santuni mereka itu tak betul.

Eh, boleh gitu pulak?
Teringat kata-kata Zainuddin dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka,
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.
Setiap individu yang akil baligh dan matang fikiran mereka perlu bertanggungjawab terhadap sikap dan kelakuan mereka.
Bila lelaki salah, dia salah. Dan bila wanita salah, mengaku sajalah. Tak perlu salahkan lelaki pula.
Sumber: Mohd Fadli Salleh Kredit foto (top image): Pexels
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

