Malas menggosok gigi terutama selepas makan dan sebelum tidur boleh menyebabkan pelbagai penyakit bahaya yang mengancam kesihatan serta nyawa. Ini termasuklah penyakit jantung, pembuluh darah tersumbat yang mengakibatkan strok, pneumonia, gangguan pernafasan, radang pada rahang serta menyebabkan selulit pada wajah.
Dalam kehidupan berumah tangga, rata-rata lelaki (Suami) paling malas dalam perkara ini, mengambil mudah terutama jika anda seorang perokok. Bau rokok dan makanan kadang kala membuatkan isteri jadi tidak selesa. Ada kalanya mereka segan untuk memberitahu kebenaran, namun sebagai menjaga kebersihan dan kesihatan, buatlah demi diri sendiri.
Bakteria yang terkumpul di dalam mulut yang tidak dibersihkan akan masuk ke dalam salur darah dan melekat pada organ seperti jantung.
“Sekiranya seseorang itu ada masalah gusi atau gigi tidak dibersihkan, terdapat bakteria yang dikenali sebagai bakteria bergred rendah atau bakterimia yang berkumpul di situ.
“Apabila ia masuk ke dalam salur darah, seterusnya ke jantung di mana keadaan jantung yang memang sudah lemah akan memburukkan lagi keadaan.”
Bakteria yang melekat kepada jantung akan membentuk koloni di kawasan berkenaan, membiak dan seterusnya menyebabkan kegagalan jantung dan mengancam nyawa seseorang.
Merebak dalam organ badan
Bakteria ini juga akan mengikut aliran darah dan berhenti pada organ lain seperti buah pinggang dan paru-paru.
Memberus gigi saja tidak mencukupi dan menjamin keseluruhan kawasan di dalam mulut bersih.
“Bagi mendapatkan mulut yang sihat dan bersih dalam jangka panjang, amat penting untuk mempunyai rejim lengkap penjagaan mulut secara rutin iaitu memberus, menyikat dan berkumuh dengan pembersih mulut.
Ads
“Memberus gigi saja tidak mencukupi kerana tidak semua kawasan di dalam mulut dapat dicapai oleh berus gigi terutama di bahagian belakang hujung gigi.”
Katanya menyikat gigi dengan menggunakan ‘floss’ dapat mengeluarkan makanan yang terselit di celah gigi dan mencegah pengumpulan plak yang boleh menyebabkan pembuluh darah tersumbat apabila memasuki aliran darah.
Selepas gigi disikat, tindakan seterusnya adalah dengan membersihkan keseluruhan mulut dengan menggunakan cecair berkumuh yang mengandungi antibakteria.
Rutin memberus, menyikat dan berkumuh dengan cecair antibakteria perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu setiap pagi dan sebelum tidur pada sebelah malam.
Berus berkumuh, bersih sempurna
Bagaimanapun, memberus gigi sebaiknya turut dilakukan selepas makan tengahari dan berkumuh.
Ads
“Berkumuh dengan cecair pencuci mulut dapat membunuh bakteria pada keseluruhan gigi terutama pada celah gigi dan gusi berbanding sekadar memberus dan menggunakan floss saja.
“Selepas berkumuh, pastikan anda tidak makan sebarang makanan lagi terutama sebelum tidur kecuali anda cukup rajin untuk mengulangi memberus, menyikat dan berkumuh.”
Anggapan menggunakan berus gigi berbulu kasar lebih baik adalah salah kerana ia boleh merosakkan gigi dan gusi.Sebaliknya gunakan berus gigi lembut dan elakkan memberus dengan kasar kerana ia boleh menghakis gigi seterusnya menyebabkan akar gigi terdedah.
Kesan tidak membersihkan gigi
1. Pembuluh darah tersumbat
Ads
Malas menjaga kebersihan gigi dan gusi juga membuat plak berkumpul di dinding pembuluh darah mengakibatkan aliran darah menjadi lebih lambat atau berhenti sepenuhnya.
2. Strok
Apabila darah tersumbat, aliran darah ke otak pun terganggu menyebabkan oksigen ke otak berkurangan dan menjadi punca strok.
3. Gusi berdarah
Jangkitan pada tulang yang menyokong gigi boleh berlaku sekiranya mulut jarang dibersihkan menyebabkan gusi mengalami pendarahan.
4. Pneumonia
Pneumonia atau radang paru-paru akibat jangkitan pada pembuluh darah yang terjadi.
5. Sepsis
Sepsis adalah tindakbalas sistem imun berlebihan terhadap jangkitan yang terjadi pada tubuh menyebabkan radang pada tubuh dan pembekuan darah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah sudah bermula. Mesti ramai yang sedang merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan. Alhamdulillah tahniah diucapkan buat yang bakal berkahwin.
Tapi, sebelum buat majlis kahwin, kena buat perancangan yang rapi supaya majlis yang dibuat berjalan dengan baik dan lancar. Jom baca panduan buat bajet kahwin yang sederhana. Antaranya:
1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.
Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.
Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.
Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Lebih baik!
Sumber : Facebook AmirSyahir
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap isteri pasti ingin menjadi pasangan dan teman terbaik buat suami. Bukan hanya dapat membantu meringankan beban suami, malah berupaya untuk menenangkan suami dalam apa jua keadaan susah mahupun senang.
Menjadi seorang isteri yang hebat bukan mudah. Ini kerana kehadiran isteri di sisi suami mampu memberikan impak yang besar terhadap kehidupan rumah tangga.
Oleh itu jika isteri melakukan 12 perkara ini, maka bertuahlah suami miliki anda kerana suami tahu kesungguhan anda untuk menjadi isteri terbaik buatnya. Jom kita semak.
1. Anda mendahulukan suami
Suami menjadi perkara nombor satu dalam hidup anda. Anda akam memastikan karier dan hobi anda tidak lebih penting daripada suami, malah tidak ada orang lain yang lebih anda utamakan.
2. Anda gembira dengan kejayaan suami
Ketika suami gembira kerana prestasinya, anda juga turut bahagia. Anda tahu andalah isteri yang istimewa apabila anda sama-sama meraikan kejayaan dan kegembiraan suami.
3. Anda sentiasa membuatkan suami gembira
Anda isteri terbaik di dunia jika tahu kalimat apa yang mampu membuatkan suami ketawa atau gembira, malah tersenyum hanya dengan satu kilas pandangan.
4. Anda sering memasak makanan kegemaran suami
Walaupun mungkin anda tidak suka dengan makanan kegemaran suami namun anda berusaha memasak makanan kegemarannya untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang menjadi kegemaran suami dan anda ingin melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hatinya.
5. Anda menyimpan rahsia suami
Jika suami kurang selesa apabila anda mahu berkongsi rahsia dengan orang lain, maka anda tidak akan melakukannya. Suami anda berkongsi rahsia dengan anda kerana suami amat mempercayai anda.
6. Anda sanggup menonton filem kegemaran suami berulang kali
Anda sudah menonton filem kegemarannya banyak kali namun anda tetap tidak pernah jemu. Paling membuatkan suami gembira apabila anda dan suami boleh ketawa pada saat yang tepat.
7. Anda faham dengan kehendak suami yang ingin menyendiri
Walaupun anda hanya mengutamakan suami, tak bermakna anda hanya berkepit dengannya 24 jam. Walaupun anda lebih suka berada dekat dengannya, anda tidak keberatan untuk menyendiri dan membiarkan suami juga bersendirian kerana masing-masing memerlukan waktu untuk berseorangan.
8. Anda membuatkan suami rasa yang dia sangat diperlukan
Walaupun anda mampu melakukannya sendiri namun anda tetap mahu meminta bantuan suami untuk melakukannya untuk anda. Dengan cara ini suami akan rasa yang dia amat diperlukan oleh isterinya.
9. Anda sentiasa rasa selesa dengan rakan-rakannya
Anda sedar bahawa suami sudah mengenal teman-temannya sebelum mengenal anda. Jadi anda tidak keberatan jika suami ingin keluar menghabiskan masa bersama temannya.
10. Anda selalu meninggalkan catatan buat suami
Isteri yang baik akan memastikan suaminya tahu bahawa dia dicintai. Nota kecil di dalam kocek atau begnya sudah cukup untuk membayangkan betapa hangat dan romantisnya cinta anda terhadap suami.
11. Anda sentiasa mendoakan kesejahteraan suami
Ketika berdoa selepas solat, anda tidak pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik buat suami. Ia sebenarnya lebih menghangatkan lagi hubungan anda dengan pasangan secara spiritual.
12. Anda berusaha keras untuk menjadikan perkahwinan anda bahagia
Tidak peduli apapun yang terjadi, anda berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang telah anda berdua bina. Jika saatnya hubungan anda berdua hambar, anda segera untuk mengambil tindakan bagi mengembalikan kebahagiaan dan kemesraan antara anda berdua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mahar atau mas kahwin merupakan satu pemberian yang wajib suami berikan kepada isteri kerana pernikahan. Isteri berhak mendapat mas kahwin sejurus akad nikahnya sah. Mas kahwin akan menjadi hak isteri seepenuhnya dan tidak boleh diambil oleh suami atau ahli keluarga yang lain kecuali jika isteri benarkan.
Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah. Maknanya, ia mudah untuk dipenuhi oleh bakal suami. Namun, jika bakal suami tidak mampu, adakah boleh membayar mahar kepada isteri secara ansuran atau hutang?
Boleh Dengan Persetujuan Kedua-Dua Pihak
Menurut perbahasan ulama melalui al-Fiqh al Manhaji, mereka berpendapat bahawa boleh membayar mahar kepada isteri dengan cara hutang atau apa sahaja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Sumber: Google
“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan sebelum persetubuhan. Walau bagaimanapun, penangguhannya hendaklah berdasarkan tempoh masa yang telah dipersetujui masanya. Isteri juga berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehingga mas kahwin tersebut langsai. Namun, jika ia bersetuju untuk ditangguhkan, maka isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana ia adalah berdasarkan persetujuan masing-masing.”
Melalui perbincangan ini, ia menunjukkan bahawa mas kahwin adalah hak isteri yang wajib ditunaikan. Jika suami tidak mampu dan meminta dipanjangkan tempoh bayaran, ia dibolehkan dengan persetujuan masing-masing.
Bagaimana Kalau Suami Meninggal Atau Bercerai Sebelum Membayar Mas Kahwin?
Jika suami meninggal sebelum sempat melunaskan bayaran mas kahwinnya kepada isteri, maka isteri boleh menuntut daripada harta suami atau juga ahli keluarganya. Namun, jika penceraian atau kematian berlaku sebelum sempat mereka bersentuhan, si isteri berhak mendapatkan separuh daripada kadar mas kahwin tersebut.
Mafhum: “Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar mas kahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari mas kahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya, (tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan mas kahwin itu dengan sepenuhnya.” (Surah Al-Baqarah, 2:237)