Terujanya bila kita nak bagi hadiah pada orang, lebih-lebih lagi pada pasangan. Tapi setiap pemberian itu ada maknanya yang tersendiri. Kalau orang yang bakal menerima hadiah itu adalah seseorang yang dekat dengan kita seperti kekasih kita misalnya, makna tersirat perlulah sesuai dengan dirinya.
Jom kita lihat apakah makna pemberian hadiah-hadiah ini:
Bunga
Selalu sangat bunga menjadi hadiah paling mudah untuk difikirkan. Ada macam-macam jenis bunga dan pelbagai warna. Bunga juga menunjukkan penghargaan dalam bentuk romantik.
Namun hakikatnya, pemberian bunga tidak tahan lama. Ia pasti akan kering dan layu. Takut juga sekiranya percintaan anda dan pasangan akan layu dan mati bersama bunga-bunga itu.
Minyak wangi
Siapa yang tak suka minyak wangi. Selain keharumannya yang menarik perhatian, minyak wangi juga nampak lebih eksklusif terutamanya apabila ia dijadikan hadiah buat yang tersayang. Harumah itu akan membuat si pemberi rasa dekat dengan si pemakai.
Malah, si pemberi juga melihat anda sebagai wanita yang mempunyai pesona dan tarikan sensual tersendiri. Dia juga menganggap anda sebagai seseorang yang berpesonaliti menarik. Cuba pilih yang INI.
Bingkai gambar
Jika memberi bingkai gambar, jelas sudah maksudnya adalah agar anda meletakkan gambar anda untuk ditatap. Bila terasa rindu, terasa dekat sahaja pasangan di sisi lebih-lebih lagi apabila terpisah jauh. Jangan pula anda letakkan gambar orang lain!
Ads
Coklat
Si dia sangat mengharapkan perhubungan yang baik, bahagia dan gembira semanis cintamu. Harapan tinggi agar anda sentiasa jauh dari kesedihan kerana si dia ingin melihat anda gembira dalam kehidupan kerana itulah bahagia dalam hidupnya.
Telefon
Bertuah sungguh siapa yang menerima telefon sebagai hadiah pemberian. Dahlah berharga, banyak kegunaanya pula. Tapi, bila dapat hadiah ni, faham-fahamlah kerana si dia mahu kita sentiasa berhubung dengannya. Dan mereka juga mudah bosan apabila anda tiada di sisi. Cuba klik SINI untuk lihat keluaran terkini.
Patung beruang
Comel! Untuk sesetengah orang, patung beruang nampak kebudak-budakan tetapi buat anda yang suka benda-benda comel. Inilah hadiah terbaik. Lebih romantis, apabila tertera perkataan ‘I Love You’ di dada beruang. Alahai….rasa disayangi sangat!
Tudung
Ads
Agar tricky sikit. Sekiranya penerima tudung tidak berhijab, si dia sebenarnya memberi hint untuk anda memakai tudung. Dia juga mahu anda kelihatan manis dengan pemberiannya.
Novel atau buku
Ini satu petanda halus yang anda perlu kenalpasti. Apakah jenis buku yang disampaikan kepada anda. Andai anda menerima hadiah ini, fahamilah yang ia membawa maksud bahawa kekasih anda masih perlukan masa untuk lebih mengenali dan memahami diri anda. Si dia mahukan perhubungan anda dan dirinya berjalan dengan perlahan-lahan dan relak.’
Cincin atau barang kemas
Kekasih yang memberikan hadiah begini sangat menyayangi dan menghargai anda. Si dia juga rasa amat bertuah kerana dapat bersama anda dan serius dalam perhubungan. Mereka akan membawa hubungan ini ke tahap yang lebih serius.
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perbelanjaan kahwin sekarang bukan murah. Harga barang semua dah naik. Nak buat majlis kahwin secara besar-besaran memang menakutkan sebab takut tak mampu nak tanggung hutang kemudian hari. Kalau simpanan padu sekalipun, membazir je. Kerana beban hutang ni bukan sahaja boleh susahkan diri tetapi pasangan pun terkesan dengan kesusahan.
Ada kisah lain pula yang berlaku. Apabila majlis kahwin yang dirancang pengantin hanyalah sederhana tetapi mak ayah pula yang lebih-lebih. Semua saudara-mara nak dijemputnya. Kerana takut ‘dikata’ orang, sanggup mereka kerahkan anak-anak buat pinjaman demi memenuhi impian untuk mengadakan majlis secara besar-besaran.
5 Tip Jimat Bajet Kahwin
Jangan pentingkan standard
Berhutang memberi bebanan kepada anda sehingga menyebabkan anda dan pasangan tidak bahagia dan ramai hidup tersepit dengan hutang terlalu banyak. Ini semua kerana inginkan perkahwinan yang gah.
Jumlah tetamu
Tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya anda dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila anda sudah tetapkan bilangan tetamu, bolehlah kira bajet untuk makanan, cenderahati dan sebagainya.
Menyewa busana perkahwinan
Elakkan menempah pakaian baru kerana khidmat menyewa pakaian lebih murah. Terdapat juga perkhidmatan di mana anda boleh menempah pakaian perkahwinan yang baru tetapi sewa sahaja. Ini bermakna, selepas pakai busana itu akan dipulangkan semula kepada butik.
Membeli-belah ketikan potongan harga
Harga barangan ketika itu mungkin mendapat potongan harga jauh lebih murah daripada sebelumnya. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu ketika membeli-belah!
Elak berhutang kad kredit
Kad kredit ada pro & cons. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat, anda dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanay swipe menyebabkan anda yang pening kepala untuk membayar hutang.
Sumber: Rumah Dusun
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Emas dan wanita memang tak boleh berpisah. Walaupun harga emas turun naik, tetapi masih ramai yang memilih untuk menjadikan emas sebagai simpanan masa hadapan. Tak dapat beli dengan duit sendiri, minta duit suami (kalau mampu).
Bagus bila ada kesedaran macam ni tetapi janganlah sampai membebankan pihak lelaki. Buat para isteri pula, janganlah kerana emas habis berantakkan rumahtangga, seperti ulasan Puan Suffiyah Ramadhani mengenai emas.
Kalau pasal emas, janganlah bergaduh. Tak kira la trend atau bukan, emas tak patut jadi punca penceraian bila suami tak mahu turutkan.
Zaman sekarang ni berpusu-pusu orang ramai membeli emas. Rata-rata menyatakan, sebab emas boleh jadi simpanan masa hadapan. Lalu berbondong-bondong la semua ke kedai emas membeli seutas dua perhiasan sebagai ‘savings‘ di waktu susah.
Cuma recently terbaca seorang influencer menulis tentang rumahtangga yang berantakan kerana suami tak izinkan si isteri beli emas. Diherdik dan dimarah, menurut isterinya yang bercerita.
Di satu sisi, emas itu sangat berharga sebagai simpanan. Tapi cara masyarakat kita memandang lekeh mereka yang tak mahu menyimpan emas ni, mestilah diubah. Seolah-olah semua orang mempunyai kemampuan dan kemahuan yang sama. Dan jikapun mereka ini berduit, ada orang suka memiliki dan menyimpan wang tunai berbanding emas. Ini tetap bergantung pada minat masing-masing.
Dan seorang isteri, usahlah membentak-bentak suami membeli emas untuk simpanan. Sejujurnya, suami kita kadang tak bercerita segala bebanan masalah yang beliau tanggung kepada kita. Lelaki lebih banyak memendam rasa. Jadi perempuan, janganlah sampai meminta-minta atas tiket ’emas itu simpanan’. Tambahan lagi bila suami sahaja yang mencari nafkah, dan semua belanja bergantung kepada dia. Bila suami terbeban dan tertekan,akan timbul permasalahan emosi pula.
Emas tak jadi simpanan bila dah mula ganggu perbelanjaan bulanan. Dan emas bukan simpanan bila kita ikat perut semata-mata nak mendapatkannya. Emas bukan simpanan, bila suami runsing dan risau andai tak dibeli mengamuk pulak isterinya nanti sebab trend menjadi-jadi. Emas bukan simpanan, bila bermasam muka dan jadi bergaduh suami isteri. Itu bebanan namanya.
Simpanan itu, adalah sebahagian dari ‘lebihan wang’ bulanan, atau sebahagian dari gaji yang diletak khas sebagai kegunaan masa depan. Jadi, bila gaji suami atau gaji kita ini cukup-cukup makan, lupakanlah emas sebagai simpanan.
Pasti akan ada golongan yang menjual emas, yang akan membangkang penyataan ini. Bagi mereka, yang penting emas terjual. Ini memang hakikat. Sebenarnya, kita yang menjual hanya boleh beri kesedaran tapi wajarkah kita meracun masyarakat, jika tak ada emas maka tak ada nilai?
Ada yang lebih bongkak dan sombong, bila org kata tak minat emas, ditemplak sebagai tak berduit. Malu la tu sebab tak boleh beli emas, kata tak minat – makcik bawang.
Bukan semua minat emas. Jadi biarlah mereka urus kewangan mereka. Dan para isteri, kalau benar suami tak redha, emas yang mahal pun akan hilang harga, di sisi Tuhan tak ada nilainya. Muhasabah diri.
Jangan risau bila suami tiba-tiba nak makan masakan dari air tangan isteri. Resipi yang dikongsikan ini sangat mudah sahaja. Dahlah senang, sedap pula tu. Cuma kena jaga garam je. Bahan-bahan pun ada yang anda boleh dapatkan secara online DI SINI. Try ok!
Jom Cuba Masak Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak
Bahan-bahan:
Butter 2 sudu besar
2, Daun kari 10 helai
Cili padi 5 ( cincang )
4. Bawang putih 3 ulas ( cincang )
5. Susu cair 1 atau 2 cawan
6. Tepung jagung letak sikit then kacau tengok pada kepekatan kuah
7. Serbuk kunyit secubit
8. Udang/sotong
Cara-cara:
Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga masak.
Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Kredit : ASH (Foodhunter)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!