Salah satu hantaran yang sering menghias dulang hantaran pengantin masa kini ialah hantaran berupa telefon pintar. Adakah anda berbelah bagi antara pilihan yang hebat untuk bakal suami kerana terdapat pelbagai pilihan telefon mampu milik di pasaran sekarang? Ini bukanlah perkara yang mudah! Baru-baru ini, rangkaian telegon pintar Samsung memperkenalkan Siri Galaxy A – barisan telefon pintar kelas permulaan daripada Samsung yang memberikan kuasa, prestasi dan gaya pada harga yang berpatutan untuk semua orang. Memiliki dan melakukan sesuatu yang hebat ternyata sangat mudah!
Dalam keluarga Galaxy A, terdapat pelbagai pilihan. Lihat panduan di bawah di mana ia membandingkan pilihan utama iaitu – Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G – untuk bakal pengantin membuat pilihan telefon pintar yang tepat untuk si dia.
Ads
Menurut Samsung, Galaxy A73 5G adalah peranti terbaik untuk individu yang meminati dunia fotografi memandangkan ia didatangkan dengan kamera utama 108MP OIS F1.8.Ia juga sesuai untuk penstrim yang dilengkapi RAM & Storan Dalaman 8GB + 256GB!
Manakala Galaxy A53 5G pula amat praktikal untuk golongan pelajar dan si pemain game di mana ia dilengkapi paparan kadar segar semula 6.5″ FHD+ Super AMOLED Infinity-O Display.
Ads
Seterusnya, untuk Galaxy A33 5G pula amat bersesuaian untuk golongan pelajar atau pemilik telefon pintar pertama di mana ia menawarkan paparan 6.4″ FHD+ Super AMOLED Infinity-U Display di samping kamera hadapan 13MP F2.2 .
Bukan itu sahaja! Ketiga-tiga peranti ni dilengkapi dengan bateri berkuasa 5,000mAh yang boleh bertahan sehingga dua hari. Peranti ini sangat berbaloi untuk dimiliki, terutamanya jika anda menjalani gaya hidup yang pantas dan aktif. Di tambah pula semuanya telefon pintar ini menampilkan kelebihan seperti kalis habuk dan air dengan penarafan IP67, sekaligus memberikan anda lebih ketenangan apabila anda menjalani kehidupan seharian!
Ads
Lebih baik lagi, peranti ini boleh meningkatkan dan menjadikan urusan harian lebih baik dan cekap dengan Pengalaman Galaxy: Samsung Pay – membolehkan anda membuat pembelian tanpa perlu membawa dompet.. Bixby Routine pula merupakan pembantu maya yang mempelajari tabiat anda dan menjangka keperluan anda. Link to Windows – memberi anda akses segera kepada notifikasi telefon pintar anda, teks, panggilan dan memantulkan skrin terus pada komputer Windows anda. Buds Auto Switch – pertukaran yang lancar antara peranti Galaxy. App Continuity – menyegerakkan aplikasi mana-mana peranti Galaxy yang berkuasakan One UI 3.1 dan Single Take – membantu anda menangkap gambar dan video terbaik dengan hanya satu ketikan butang.
Kini anda boleh menikmati ciri daripada model mercu Galaxy pada peranti mampu milik seperti Siri A!Jadi, Galaxy A yang manakah menjadi kegemaran anda? Untuk maklumat lanjut, boleh berkunjung ke laman sesawang Samsung Malaysia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas dapat gaji, duit itu hanya mampu bertahan hanya untuk 2 hingga 3 minggu sahaja. Jika perkara ini yang terjadi, sudah tiba masanya untuk melantik isteri kesayangan sebagai Gabenor Bank Keluarga.
Sebagai suami, cukuplah main peranan sebagai ketua keluarga. Tujuan ini bukanlah untuk melonggokkan amanah dan tanggungjawab pada isteri, namun ini demi kebaikan bersama.
PERKARA BIASA BUAT PENGANTIN BARU
Adalah normal jika ada masalahkewangan masa awal-awal kahwin. Hampir semua pasangan lalui benda yang sama. Hanya dalam drama televisyen sahaja bila kahwin terus ada rumah fully furnished dengan kereta BMW.
Tidak salah jika lantik isteri bertindak sebagai gabenor bank keluarga. Terimalah hakikat bahawa seorang wanita sebenarnya lebih teliti daripada lelaki. Maka si isteri boleh berfikir lebih jauh daripada si suami. Jika isteri yang pegang duit, bukan bermaksud isteri queen control!
MASA DEPAN RUMAHTANGGA
Jika suami tidak menghiraukan bajet kewangan keluarga, seharusnya isteri melantik diri sendiri sebagai gabenor bank keluarga. Apa salahnya melantik diri sendiri bukan?
Menyediakan bajet kewangan tidak begitu susah. Perkara asas yang boleh dilakukan ialah dengan memantau ke mana duit gaji pergi.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan :
1. SENARAIKAN PENDAPATAN
Senaraikan gaji kasar suami / isteri yang diterima setiap bulan.
Senaraikan gaji bersih setelah dipotong KWSP, SOCSO dan Potongan Cukai Berjadual (jika ada).
2. TENTUKAN KATEGORI PERBELANJAAN
Perbelanjaan tetap seperti pembiayaan perumahan, ansuran kereta dan hutang lain yang harus dibayar setiap bulan seperti PTPTN.
Perbelanjaan berubah seperti kos makan minum, barang dapur, pakaian, petrol dan sebagainya.
3. BUAT ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan seharusnya tidak melebihi pendapatan.
Bezakan antara keperluan dan kehendak.
Utamakan keperluan terlebih dahulu.
Jika pembelian melibatkan kos yang besar, bawa berbincang sama ada ia diperlukan ataupun tidak.
Contohnya kalau nak beli sesuatu barang yang bernilai lebih RM1,000, berbincang terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Selagi tak berbincang, selagi tu tak boleh beli.
4. REKOD PERBELANJAAN
Buat senarai barang yang hendak dibeli dan beli apa yang disenaraikan sahaja.
Rancang pembelian supaya tak perlu selalu ke pasar raya.
Beli barangan mengikut keperluan terlebih dahulu.
Simpan resit pembelian supaya dapat monitor jumlah perbelanjaan bulanan. Boleh update dalam WhatsApp setiap kali duit keluar juga boleh. Tak kiralah duit beli rokok ke apa ke…semua mesti update. Boleh juga guna tracker apps percuma dalam App Store.
5. NILAI SEMULA BAIKI CARA BERBELANJA
Semak rekod perbelanjaan pada akhir bulan.
Pastikan perbelanjaan mengikut apa yang dirancang.
Jika terlebih berbelanja, bulan depan mesti ganti balik jumlah yang terlebih tadi.
Cari langkah penjimatan yang sesuai untuk meningkatkan lagi simpanan.
Cari langkah yang boleh menambahkan pendapatan keluarga.
Merancang kewangan bersama barulah sweet. Janganlah ada rahsia antara suami isteri tentang kewangan ini. Hal ehwal kewangan suami isteri mesti sama-sama tahu dan bersama-sama fikir jalan yang terbaik jika ada apa-apa masalah.
Jangan risau bila suami tiba-tiba nak makan masakan dari air tangan isteri. Resipi yang dikongsikan ini sangat mudah sahaja. Dahlah senang, sedap pula tu. Cuma kena jaga garam je. Bahan-bahan pun ada yang anda boleh dapatkan secara online DI SINI. Try ok!
Jom Cuba Masak Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Sedap & Tak Muak
Bahan-bahan:
Butter 2 sudu besar
2, Daun kari 10 helai
Cili padi 5 ( cincang )
4. Bawang putih 3 ulas ( cincang )
5. Susu cair 1 atau 2 cawan
6. Tepung jagung letak sikit then kacau tengok pada kepekatan kuah
7. Serbuk kunyit secubit
8. Udang/sotong
Cara-cara:
Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga masak.
Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Kredit : ASH (Foodhunter)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergurau suami isteri depan anak-anak sangatlah digalakkan. Bila anak nampak mak ayahnya mesra, manja, dah tentu dia pun akan tersenyum dan terikut-ikut. Anak-anak kan ikut acuan mak ayah. Cuma kalau nak menegur isteri atau pasangan, perlu ada adab dan sudah tentu, elakkan menegur pasangan depan anak-anak.
Kredit foto: Instagram Hanis Zalikha
Bila bercakap dengan pasangan, bukan selalunya yang best-best saja. Banyak benda yang boleh buat kita berselisih faham. Biasalah, manusia… Kena selalu berhati-hati dalam pemilihan perkataan, bahasa dan perlakuan kita pada pasangan depan mereka.
Cuba tengok bagaimana anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah-belah. Mak ayah bergaduh dan menjerit depan anak-anak membuatkan mereka juga cenderung untuk jadi seperti itu di luar rumah. Dengan adik-beradik lagilah kasar! Renungkan dan baca kisah ini dengan hati terbuka. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan suami yang begini.
Kredit foto: Instagram Hanis ZalikhaKredit foto: Instagram Hanis Zalikha
Suami, Jangan Tegur Isteri Depan Anak-anak
Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kenapa kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.
Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!
Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen. Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.
Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.
Promotelah Isteri Depan Anak-anak
Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat , berjasa, bagus dan sebagainya.
Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.
Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!
Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!..
Kredit: Viral Media Johor
Kredit foto: Hanis Zalikha
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!