
Sewaktu PKP Mac lalu, ramai yang menjaga solat malah ada yang buat amalan ekstra dengan membaca al-Quran dan sebagainya. Tetapi bila sudah mula bekerja, nak solat pun tergesa-gesa sehingga ada yang tidak sempat untuk duduk dan berdoa. Sedangkan kita mahu dikurniakan jodoh terbaik dari Allah SWT.
Terlalu banyak perkara yang ingin dipohon daripada Allah tetapi adakah cara kita berdoa sudah cukup sempurna untuk kita meminta-minta kepadaNya? Jom baca tips ini mudah-mudahan ada yang ingin memperbetulkan cara berdoa.
Tip 1
Sebelum mula berdoa, pujilah Allah SWT. Perbanyakkan zikir puji-pujian.
Tip 2
Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 3
Pohonlah hajat yang diingini. Jika boleh, biarlah hajt itu berbentuk umum.
Tip 4
Berdoalah dengan doa-doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad. Belek Al-Quran dan pilih doa yang terbaik. Kalau boleh, janganlah baca doa yang sama sahaja.
Tip 5
Bila berdoa, tutup dengan penutup yang baik. Berselawatlah kepada Nabi Muhammad SAW.
Tip 6
Jangan letak tangan di bawah. Angkat tangan setentang muka atau angkat lebih tinggi dari muka (untuk lelaki). Tangan terangkat dan muka mendongak.
Tip 7
Jangan berdoa sambil lewa. Tunjukkan kesungguhan saat menyampaikan doa.
Tip 8
Berdoa selepas solat adalah yang terbaik. Jangan tinggalkan peluang berdoa saat selesai solat.
Janganlah Hanya Harap Duit Hantaran Kalau Nak Kahwin. Susah Biar Sama-Sama

Nak kahwin, janganlah hanya harapkan duit perbelanjaan dari pihak lelaki. Dari sinilah bermulanya perkongsian anda untuk hidup sebagai sebuah pasangan. Tanggungjawab itu perlulah dipikul kedua-dua belah pihak.
Macam mana nak menabung untuk sebuah perkahwinan?
Mula lebih awal
Kepada pasangan muda ingin berkahwin, dinasihatkan semak cara perbelanjaan setiap bulan. Adakan senarai keperluan. Seeloknya bincang bersama-sama pasangan dan tetapkan tempoh sesuai. Bagi yang belum ada pasangan, jangan ambil mudah. Tak semestinya tiada pasangan ketika ini, anda akan berkahwin kelak, jadi isu ini juga berkaitan dengan anda.
Mulakan lebih awal. Berbincang mengenai majlis, wang simpanan atau apa saja berkaitan perlu dilakukan awal untuk elakkan masalah kemudian hari. Jika dilakukan saat akhir, situasi akan jadi kelam-kabut dan aturan kewangan juga terganggu. Kaedah menyimpan wang sebenarnya ada 1001 macam cara, yang utama adalah disiplin dan kita tahu apa kemahuan diri.
Sebaik-baiknya, mulakan amalan menabung daripada dapat gaji pertama. Perlu diingatkan, menyimpan wang bukannya untuk dihabiskan buat kenduri kahwin, tetapi bermacam-macam lagi kegnaannya.
Perempuan jangan lepas tangan
Selalunya kalau berbincang isu kahwin dan kumpul duit, orang akan fikir ia tanggungjawab lelaki, tapi hakikatnya beban ini perlu ditanggung bersama-sama. Memanglah ada duit hantaran, tapi perlu diketahui bukan semua keluarga gunakan duit terbabit untuk tanggung kos kenduri.
Duit hantaran untuk menampung sedikit sebanyak kos itu ini dalam majlis resepsi. Ada juga kisahnya duit hantaran diberi terus pada anak perempuan selepas kenduri atau dibahagi sama rata dengan mak ayah. Jadi kesimpulannya, si gadis juga perlu bebankan otak jangan hanya biarkan si jejaka ‘kacau kepala’. Zaman sekarang memang perlu berkongsi apa saja untuk hidup terutama babitkan isu kahwin. Katanya, dia dan suami sama-sama menabung untuk berkahwin.
“Kalau cuma biarkan lelaki yang keluarkan duit untuk belanja kahwin memang susahlah. Bayangkan nak adakan majlis kahwin di kedua-dua belah pihak, sekurang-kurangnya perlu ada RM25,000 untuk taraf sederhana. “Sebagai perempuan, kita impikan perkahwinan yang cukup untuk tinggalkan kenangan indah.
Tak perlu berbelanja mewah, cukuplah dengan bajet yang ada. Untuk majlis kahwin sebelah wanita, gunakan wang sendiri selain dibantu dengan duit hantaran. Secara tak langsung dapat ringankan beban lelaki.
Kerja ‘part-time’
Untuk yang bekerja makan gaji, boleh jana pendapatan dengan buat kerja sambilan (part-time). Sudah diketahui 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, oleh itu apa salahnya berniaga kecil-kecilan untuk tambah wang tabung kahwin.
Mungkin persoalan di mana nak dapatkan modal, tiada pengalaman, tak cukup masa dan sebagainya akan buatkan fikiran terganggu sama ada mahu teruskan misi mencari duit lebih, namun jawapannya perlu tekad untuk memperoleh sesuatu.
Contohnya, mulakan dengan menjual barang peribadi yang belum atau sudah dipakai. Lelong barang dengan harga jualan terpakai mungkin boleh menarik minat pembeli. Hasilkan kek cawan menarik bagi mereka yang suka memasak, sandwic dijual di pejabat atau kerepek dapat tingkatkan duit tabungan.
Selain itu, kerja di kedai serbaneka 24 jam, pam minyak atau menjadi jurujual sementara juga dapat membantu. Cuma perlu aturkan masa dengan bijak supaya rasa letih berkurangan.
Menabung bersama
Tip untuk elakkan pasangan muda buat pinjaman perkahwinan, anda boleh menabung bersama-sama. Jika masih belum mencukupi ataupun gaji di paras sederhana, cuba rancang perkahwinan ikut kemampuan. Jika kebanyakan pasangan muda memilih untuk membuat pinjaman wang perkahwinan, dia lebih senang berusaha lebih dengan menabung.
“Sebolehnya tidak perlu buat pinjaman, hadkan masa dua tahun untuk menabung. Saya mula menabung pertengahan tahun lepas (2012) dan bercadang untuk adakan majlis pada Mei tahun depan. Saya dan pasangan peruntukkan kurang lebih RM1,000 untuk simpan setiap seorang.
“Mungkin kedengaran jumlahnya banyak, tapi perlu disiplin kalau betul-betul nak kahwin. Bajet perkahwinan kami sekitar RM50,000 untuk kedua-dua pihak, sebab itu kena berusaha lebih, kerja keras sikit nak capai sasaran.
Bayangkan lebih kurang RM2,000 sebulan mungkin dalam tempoh 24 bulan kami dapat kumpul RM48,000, tambah sikit duit tabungan yang lain. Insya-Allah, boleh. “ katanya. Katanya, bagi mereka kurang mampu menabung dalam jumlah tinggi mungkin boleh mulakan dengan RM500 sebulan. Tapi ia perlukan dilakukan kedua-dua belah pihak. Jika mengharapkan sebelah pihak, mungkin hasrat untuk berkahwin perlu dilanjutkan lagi.
Tahan nafsu
Semua orang sukakan barangan berjenama, kalau boleh setiap kali gaji masuk pastinya tas tangan baru ditambah dalam koleksi sedia ada. Tapi perlu diingatkan, mahukan sesuatu berjenama, berkualiti, harganya juga setanding dengan gaya. Waktu ini perlu tahan nafsu dan sentiasa ingatkan di kepala, anda perlu menyimpan wang untuk berkahwin.
Kurangkan janji temu pada setiap hujung minggu. Memanglah sebolehnya kita mahu menghadap muka kekasih 24 jam tetapi anda perlu tahu, setiap kali melangkah keluar dari rumah, akan ada wang mengalir keluar daripada dompet. Pertimbangkan hal ini!
Pada zaman moden serta kecanggihan teknologi serba baru ini, seperti ada tarikan magnet untuk membeli gajet terbaru di pasaran. Duit bonus belum dapat tapi sudah terbayang gajet terkini dalam genggaman. Mudah saja, kurangkan ambil tahu perihal gajet dan jadikan diri anda seorang yang ketinggalan zaman.
Hanya untuk sementara waktu saja, ini semua untuk kepentingan masa depan. Jika tinggal di rumah sewa, kurangkan makan di luar. Dan lebih berkesan kurangkan menjamu selera di restoran mewah, lebihan duit makan tengah hari boleh dimasukkan dalam tabung dan pada sebelah malamnya, masaklah sesuatu untuk kenyangkan perut.
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Bercinta Sembunyi-Sembunyi, VANIDAH IMRAN Kini Sah Bergelar Isteri PESILAT NEGARA

Wow! Tidak ada angin bertiup, tahu-tahu sahaja pelakon yang mendapat jolokan Wanita Melayu Terakhir, Vanidah Imran sudahpun selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Arifabillah Idris pagi tadi. Pandai sungguh rahsia percintaannya disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa.
Baca juga artikel Dilema Antara Isteri Atau Ibu, Kupasan Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar Buka Mata Lelaki Bergelar SUAMI! – Pesona Pengantin
Hanya dengan sekali lafaz, Vanidah dan Arifabillah menamatkan zaman single dihadapan Pendaftar Nikah Cerai rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi. Vanidah diwalikan adik kandungannya, Johan Imran di sebuah premis di Titiwangsa sekitar jam 12.12 tengah hari.
Majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat, Vanidah dan Arifabillah sepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.
Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir dan Red Kebaya itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran. Walaupun hanya majlis sederhana namun ia memberi penuh makna buat pasangan mempelai ini.
Memilih @ezsconcept sebagai perancang perkahwinan, ruangan pelamin dihiasi dengan bebungan nada putih yang tampak sangat manis. Vanidah yang disolek jurusolek terkenal Malaysia, Syed Faizal Syed Noh menyarungkan busana rekaan Rizman Ruzaini berkonsepkan kebaya songket.
“Sejujurnya yang tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika. Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat,”ujarnya.
Gembira dan bersyukur dengan jodoh yang ditentukan Allah, Vanidah akui berkongsi banyak persamaan dengan suami.
“Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata. Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan,” kata Vanidah yang kini bertugas sebagai pensyarah Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Ubah Perangai Kalau Nak Bersama Suami Muda.

Tak ada salahnya berkahwin dengan orang lebih muda ke, lebih berusia ke asalkan ada keserasian dan boleh saling bertolak ansur. cuma, dalam perkahwinan dengan lelaki yang lebih muda, salah seorang perlu mengambil pendekatan untuk bersikap lebih matang.
Melalui fasa kehidupa dalam rumahtangga bukan hanya tanggungjawab sebelah pihak. Baik suami dan isteri, masing-masing ada peranan tersendiri untuk memastikan perkahwinan itu bahagia dan aman.
Cerita cinta pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember 2020 ini pernah menjadi bualan di alam maya. Seorang cikgu yang bertemu kekasih hati yang juga merupakan bekas anak muridnya sendiri begitu bahagia menceritakan pertemuan yang tidak disangka menjadi jodoh buat mereka berdua.
Seperti yang dkongsikan Nor Izza Erma, ini tip untuk wanita yangberkahwin dengan lelaki lebih muda.
Tip hormat pasangan lebih muda:
- Beza usia kami 11 tahun. Tapi saya jenis banyak bercakap dan happy go lucky. Manakala Ammar pula serius, pendiam dan lebih matang daripada saya. Mungkin saya lebih dari segi pengalaman dan saya juga memberi lebih nasihat dan pendapat. Namun, saya tak boleh ketepikan pendapat Ammar. Saya belajar terima pendapatnya. Saya banyak mengalah kerana saya nak biasakan diri menghormati suami. Saya mengajar Ammar untuk belajar buat keputusan sendiri dan berani bercakap.
2. Saya lebih berterus terang dan suami tak banyak cakap. Tapi saya ajarnya tentang banyak perkara supaya tidak kekok lepas kahwin. Dari situlah kami mula belajar.
3. Saya belajar biasakan diri terima pendapat Ammar dan buat keputusan sendiri. Sebelum kahwin lagi saya praktikkan untuk berbincang tentang sesuatu perkara.
4. Saya mempunyai perniagaan sendiri. Semua keputusan tentang bisnes saya yang uruskan. Sebelum kahwin saya ajak Ammar buat bisnes bersama untuk membiasakan diri ada rakan kongsi.
5. Sebagai wanita/isteri yang lebih berusia dari suami, jangan ada sikap ego, sombong dan pentingkan diri sendiri. Walaupun kita yang lebih tua, kita tetap perlu hormat pada suami. Suami perlu memainkan peranan penting walaupun dia masih muda. Banyak belajar dan rajin belajar benda-benda baru.
“Isteri juga kena banyak tolong suami. Macam saya, saya sengaja serahkan perkara yang susah kepada suami walaupun saya mampu uruskan sendiri. Tapi saya mahu dia lebih advance daripada saya. Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang saya tak boleh lakukan dan dia lebih berpengetahuan.
Sejak awal lagi suami dah pesan pada saya jangan buat semua benda kerana dia tahu saya independent. Malah nak balik ke rumah mak sendiri pun suami tak mahu saya pandu kereta sendiri. Dari situ saya belajar hormatkan suami sebagai pasangan dan membuatkan kami rasa tak ada jarak di antara kami.”kata Izza.