Memperagakan emas di media sosial. Antara riak atau masalah hati?

Emas ini sebenarnya sama sahaja dengan benda lain. Ianya salah satu benda yang kita beli dan mewujudkan menggembirakan kepada diri. Sama juga dengan kereta, rumah, pelaburan, pakaian, aksesori dan lain-lain. Semuanya datang dari niat diri yang berkongsi dan mata serta hati yang melihat.
Ada orang bergambar dengan emas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi untuk memberi inspirasi dan berkongsi kegembiraan.

Saya kongsikan satu rahsia untuk hidup yang bahagia, kalau korang amalkan, saya jamin hidup korang akan tenang. Caranya, bergembiralah untuk orang lain. Mudah sahaja. Kita tengok orang ini berjaya, kita seronok. Kita tengok orang itu beli kereta baru, kita tumpang suka. Kita tengok orang beli rumah, beli emas, beli perabot, beli motor dan sebagainya, kita bergembiralah untuk orang tu. Detikkan dalam hati, “bagusnya dia, murah rezeki dia. Mesti lama dia menyimpan. Mesti kerjaya dia Alhamdulillah bagus” dan sebagainya. Baru dapat dijauhkan dari pemikiran yang tidak baik.

Bila kita pandang orang lain dengan perasaan sebegini, apa yang kita nampak dan sampai di hati bakal menjadi jauh berbeza. Kita akan nampak usaha berbanding riak, kita akan mula nampak kejayaan dia menabung, berbanding mendapat segalanya dengan percuma. Apabila saya tengok orang berkongsi pasal emas, saya jadi bermotivasi. Saya jadi bersyukur, saya tumpang seronok. Mungkin orang lain nampak macam menunjuk tapi saya nampak kegigihan dia mencari rezeki dan bukti kejayaan dia yang saya jadikan inspirasi.

Jadi, periksa hati kita. Kalau kita tak mampu nak bahagia untuk orang lain. Pejamkan mata dan berlalulah. Bukan salah orang lain sebenarnya, tapi masalah hati kita.

IKLAN

Kita tak tahu betapa gigihnya orang bekerja keras dan menabung. Contohnya menyimpan dengan #CabaranRM3 saya. Setiap hari simpan RM3. Hari ni dah masuk hari ke 120 dari 180 hari sasaran. Jumlah terkumpul pun dah sampai RM360. Masa orang mengumpul tak peduli, bila orang dah berjaya beli, kita kutuk pulak? Tak boleh la macam tu.

Nak Ukir Senyuman Pada Isteri, Suami Kena Beli Emas. Cubalah!
.

JANGAN PERLEKEHKAN ORANG SIMPAN EMAS

IKLAN

Untuk mengumpul emas, ada orang boleh bergerak solo. Diri sendiri memang minat emas, memang tahu kelebihan dan keuntungan mengumpul emas.
Ada pula yang masih ragu-ragu. Patut atau tidak? Untung atau tidak? Namun, ada yang tidak mendapat sokongan langsung untuk mengumpul emas, malah diperlekehkan usaha untuk membeli dan mengumpul emas. Sistem sokongan membeli dan menyimpan emas boleh datang dari pelbagai penjuru. Sama ada dari suami, ibu-bapa, adik-beradik, kawan-kawan, saudara-mara mahupun orang luar seperti saya yang selalu berkongsi mengenai emas.

Dalam kes isteri saya, dia mendapat sokongan penuh dari saya kerana saya sudah sedia maklum mengenai emas. Sekarang, datang tanggungjawab untuk mengajak orang lain supaya membeli emas juga.

Kenapa? Kerana benda yang baik perlu dikongsi. Apabila kita berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan diikuti orang lain dan mereka juga mendapat manfaatnya, pasti kita akan dapat bahagiannya dan akan hadir juga rasa syukur kerana dapat membuka mata orang. Untuk yang kurang faham, pasti akan melabelkan kami seperti meracun minda isteri mereka. Tetapi sebenarnya apa yang kami kongsikan selalu adalah satu penawar di dalam rumah tangga.

IKLAN

Emas akan membahagiakan. Emas akan menggembirakan. Emas akan menguntungkan. Emas juga bakal membantu di kala memerlukan.
1 orang yang kuat pastinya tidak sekuat 2 orang yang kuat dan seterusnya. Betul? Inilah yang dilakukan oleh isteri saya dan ipar-iparnya. Mereka berpakat membeli barang kemas yang sama rekaanya.

Ini akan mendatangkan semangat untuk menyimpan dan keseronokan buat mereka. Bukan hadir dalam sekelip mata tau? Mereka dah lama rancang dan kumpul bersama. Dari 1 bentuk, sekarang sudah 2 bentuk cincin yang sama jenis.
Mulakan dengan yang sama-sama rasa cantik dan suka. Kemudian mulakan tabungan. Akhirnya dapatlah bersama-sama ambil gambar begini. Seronok kan?

Marilah kita sebarkan semangat menyimpan emas di kalangan orang terdekat kita. Buat satu group kecil. Ya, mereka bertiga ni ada group untuk mereka bertiga sahaja berbual pasal emas.

KREDIT : Facebook Akhtar Syamir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI