Bila nak cari isteri, carilah yang boleh dididik even dia tidak berpurdah sekalipun. Kalau sebelum kahwin dia tidak berpurdah atau belum tutup aurat dengan sempurna, tidak bermakna lepas kahwin dia akan stay macam tu.
Jika kena dengan cara didikannya, inshaallah dia mampu jadi bidadari terindah buat suaminya.
Wanita ni ibarat kaca. Kalau keras sangat bimbang retak dan pecah. Berlemah-lembutlah. Tetapi jangan terlalu dimanjakan. Tegur bila salah, tetapi jangan sampai melukakan. Nak didik makhluk bernama wanita ni kena sabar. Dalam ketegasan, sentuh hatinya dengan kelembutan, kesabaran serta kasih sayang. Kerak nasi kalau rendam dalam air, lama-lama lembut jugak akhirnya.
Sebab tu Allah letakkan lelaki sebagai pemimpin. Lelaki banyak pakai akal, perempuan banyak pakai hati. Cepat sensitif dan emosi. Jadi bila Allah temukan kalian, ada ‘sesuatu’ yang Allah nak ganjarkan pada kalian kaum Adam.
Be a gentleman.
Only The Best Man Win. Bila kamu ikhlas terima dia, bermakna kamu sedia terima baik buruk dia. Sedia baiki mana yang kurang, improve mana yang tidak elok. Bukan tinggalkan dia demi mencari yang lebih baik. Nak yang berpurdah, didik dia pakai purdah. Bukan tinggalkan dia dan mencari jodoh lain.
Moga bertemu dengan permata yang digilap. InshaAllah
Kredit: Rahsia Kahwin Muda
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI