Manusia ada kekurangan masing-masing, begitu juga buat pasangan suami isteri. Pasti akan ada kekurangan di mana-mana. Mana ada suami yang sempurna serba-serbi?

Ketahuilah bahawa suami juga ada kekurangan yang tersendiri. Sebagai seorang isteri, kekurangan suami sepatutnya tidak boleh dijadikan isu untuk ‘membawang’ dengan rakan-rakan anda.

Ini antara perkara yang tidak patut seorang isteri ceritakan kepada orang luar tentang aib suami sendiri.

1. Ayat Suami Ketika Sedang Marah

Tidak perlulah cerita pergaduhan anda dengan suami kepada orang lain. Jika pergaduhan tersebut benar-benar mengganggu anda, pergi berjumpa mereka yang arif dalam hal rumah tangga.

IKLAN

Nak Jadi Isteri Yang Baik, Simpanlah Aib Suami. Itu Kisah Rumahtangga Anda, Bukan Orang Lain

2. Cerita Buruk Keluarganya

Perkahwinan bukan di antara anda dan pasangan sahaja tetapi ia bersifat menyeluruh termasuklah keluarga masing-masing. Wanita memang suka berkongsi perihal keluarga mentua kepada rakan-rakan namun biarlah berpada-pada. Jangan sampai anda buka aib keluarga suami sudahlah.

IKLAN

3. Cerita Atas Katil

Inilah rahsia yang paling wajib disimpan! Jangan sesuka hati bercerita kepada orang luar tentang keadaan suami di atas katil. Jika suami ada masalah, bincanglah baik-baik agar rumah tangga tidak bergolak.

IKLAN

Nak Jadi Isteri Yang Baik, Simpanlah Aib Suami. Itu Kisah Rumahtangga Anda, Bukan Orang Lain

4. Gaji Suami

Gaji suami melambangkan status suami dan keluarga anda. Lelaki boleh mengamuk dan tertekan jika egonya diperlekehkan. Jagalah aib suami anda yang satu ini.

5. Tabiat Buruk

Setiap manusia ada tabiat buruk masing-masing. Tapi tak perlulah bercerita kepada semua orang. Contohnya jika suami suka letak baju merata-rata, tak perlulah dicerita kepada orang lain. Sebaiknya, berbincang dan berilah nasihat kepada pasangan anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI