Kalau tak ada angin, pokok tak bergoyang. Bila masuk bab menggatal di tempat kerja ni di mana-mana sahaja akan berlaku. Ada suami orang yang berskandal dengan isteri orang, begitu juga dengan anak dara.

Bagi yang masih solo, silalah jangan terlalu rapat dengan suami orang di tempat kerja anda, bukanlah tidak boleh berkawan tapi ingat batas juga isterinya di rumah. Jika anda wanita yang baik, anda tidak akan tergamak untuk merampas hak kaum sejantina anda. Buatlah bertaubat jika pernah melakukan perkara seperti ini.

Nak Jaga Rumahtangga, Suami Isteri Kena Main Peranan. Orang Luar Cuma ‘Penambah Perasa’ Je.
.

1.Watak suami

Lelaki dan perempuan umpama magnet. Boleh jadi saling tarik menarik antara satu sama lain. Lelaki tidak kira masih bujang atau sudah menjadi suami orang adalah sama. Persamaan terletak kepada nafsu.Soal nafsu tidak pernah kenal status seseorang. Seorang suami boleh lupa diri mereka. Bukan semua tetapi memang ada terutama jenis lelaki yang kasanova. Status suami orang bukan penghilang kepada tabiat buruk ini.

Tidak hairan kalau ada anak dara boleh terpikat dan tergoda dengan mereka. Penampilan suami yang kemas, badan yang segak dan tutur kata manis bersahaja.
Kalau tidak, mana mungkin isteri mereka boleh tertawan dan rela untuk hidup bersama. Kelebihan ini masih terserlah biarpun status bujang menjadi suami orang.

IKLAN

2.Peranan isteri

Tentu tidak adil untuk seratus peratus menyalahkan suami jika ada skandal di luar. Isteri juga ada main peranan.Isteri yang sibuk dengan kerjaya menyebabkan perhatian kepada suami berkurangan. Sibuk juga dengan anak-anak sehingga suami rasa tersisih dalam hidup mereka. Pengabaikan emosi suami seperti bom jangka.Lama-lama boleh meletup juga. Isteri boleh kata hidup mesti berkompromi. Namun dalam bab kasih sayang dan perhatian, tidak wajar untuk diperlekehkan sama sekali.

Inilah ujian dan gelombang dalam rumahtangga. Isteri tidak kisah kepada suami dan suami pula leka berada di luar. Tak mustahil masuk orang ketiga dalam menguji kesetiaan pasangan suami isteri.

IKLAN

Nak Jaga Rumahtangga, Suami Isteri Kena Main Peranan. Orang Luar Cuma ‘Penambah Perasa’ Je.
.

3.Anak dara

IKLAN

Berada di pejabat dengan pergaulan lelaki dan perempuan adalah ujian. Perempuan yang bergelar anak dara ada sifat penarik untuk lelaki. Mereka juga manusia yang ada naluri untuk diberi perhatian dan belaian. Bertemu pula dengan suami orang yang sudah memahami perempuan, tentulah ada kelebihan berbanding orang bujang.

Tidak dinafikan ada anak dara tidak ingat siapa lelaki yang bergaul dengan mereka.Perbualan mesra, panggilan manja dan perhatian istimewa boleh mengkhayalkan sesiapa sahaja. Setiap hari berjumpa dan berbalas senyuman pula, lambat laun akan cair dan tergoda. Sukar untuk menyalahkan sesiapa baik suami orang atau anak dara.Lumrah lelaki dan wanita jika bersama memang akan terbit perasaan istimewa.

Kebetulan pula ciri ciri lelaki idaman yang anak dara mahukan ada pada suami orang. Nak cakap macam mana kerana semulajadinya mereka mahukan orang sedemikian.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI