Lumrah wanita untuk kelihatan cantik dan berseri, namun kos untuk mendapatkan rawatan kecantikan di spa terlalu tinggi.

Siapa kata petua dengan menggunakan bahan semulajadi tidak menjanjikan keberkesanan buat anda?

Minyak zaitun rawat masalah kulit
Sapukan minyak zaitun pada wajah sebelum tidur bagi menentang anti-penuaan serta memberi keserian yang menyeluruh. Ia juga dapat membantu mengatasi masalah jerawat serta parut pada wajah, sekali gus membuatkan anda tampil lebih sempurna bak puteri kala meniti hati bahagia.

IKLAN

Bakar lemak dengan kunyit
Tahukah anda bahawa jus kunyit mampu membakar lemak dengan lebih pantas? Rendamkan sahaja kunyit hidup yang telah dibersihkan kulitnya selama satu jam dengan sedikit garam. Kisar dan tapis kunyit tersebut. Kemudian simpan dalam botol kaca dan sejukkan di dalam peti ais. Amalkan secara konsisten dengan meminumnya suku cawan pada setiap pagi untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Beras pulut untuk tegangkan kulit
Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Kemudian, lumurkan keseluruhan wajah hingga ke leher dengan rata sebelum masuk tidur. Keesokan harinya, cuci wajah dengan air suam dan bilaskan dengan air sejuk. Amalkan pemakaiannya dua kali seminggu dan lihatlah hasilnya.

IKLAN

Kekal muda  dengan bunga melur
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Selepas itu, bancuhkan ia bersama bedak sejuk dan oleskan dengan rata pada keseluruhan wajah. Biarkan semalaman dan cuci dengan air suam selepas bangun daripada tidur. Pasti anda akan kelihatan lebih muda.

IKLAN

Garam dan gula bersihkan tubuh
Skrub campuran garam dan gula bersama madu yang disapu padan tubuh badan secara menyeluruh mampu membuatkan kulit anda mulus, selain menghilangkan kotoran pada tubuh badan.

Perut kempis dengan lidah buaya
Ambil sedikit daun lidah buaya dan masukkan ke dalam periuk bersama bancuhan air asam jawa. Didihkan sehingga ia menjadi pekat. Biarkan ia sejuk dengan sendiri dan sapukan ramuan tersebut pada bahagian perut anda. Perut anda pastinya berasa lebih kempis dan susuk tubuh tampak lebih sempurna.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI