Kepada pasangan muda ingin berkahwin, dinasihatkan semak cara perbelanjaan setiap bulan. Adakan senarai keperluan. Seeloknya bincang bersama-sama pasangan dan tetapkan tempoh sesuai. Bagi yang belum ada pasangan, jangan ambil mudah. Tak semestinya tiada pasangan ketika ini, anda akan berkahwin kelak, jadi isu ini juga berkaitan dengan anda. Mulakan lebih awal. Berbincang mengenai majlis, wang simpanan atau apa saja berkaitan perlu dilakukan awal untuk elakkan masalah kemudian hari. Jika dilakukan saat akhir, situasi akan jadi kelam-kabut dan aturan kewangan juga terganggu. Kaedah menyimpan wang sebenarnya ada 1001 macam cara, yang utama adalah disiplin dan kita tahu apa kemahuan diri. Sebaik-baiknya, mulakan amalan menabung daripada dapat gaji pertama. Perlu diingatkan, menyimpan wang bukannya untuk dihabiskan buat kenduri kahwin, tetapi bermacam-macam lagi kegnaannya.
Perempuan jangan lepas tangan
Selalunya kalau berbincang isu kahwin dan kumpul duit, orang akan fikir ia tanggungjawab lelaki, tapi hakikatnya beban ini perlu ditanggung bersama-sama. Memanglah ada duit hantaran, tapi perlu diketahui bukan semua keluarga gunakan duit terbabit untuk tanggung kos kenduri. Duit hantaran untuk menampung sedikit sebanyak kos itu ini dalam majlis resepsi. Ada juga kisahnya duit hantaran diberi terus pada anak perempuan selepas kenduri atau dibahagi sama rata dengan mak ayah. Jadi kesimpulannya, si gadis juga perlu bebankan otak jangan hanya biarkan si jejaka ‘kacau kepala’. Zaman sekarang memang perlu berkongsi apa saja untuk hidup terutama babitkan isu kahwin. Katanya, dia dan suami sama-sama menabung untuk berkahwin.
“Kalau cuma biarkan lelaki yang keluarkan duit untuk belanja kahwin memang susahlah. Bayangkan nak adakan majlis kahwin di kedua-dua belah pihak, sekurang-kurangnya perlu ada RM25,000 untuk taraf sederhana. “Sebagai perempuan, kita impikan perkahwinan yang cukup untuk tinggalkan kenangan indah. Tak perlu berbelanja mewah, cukuplah dengan bajet yang ada. Untuk majlis kahwin sebelah wanita, gunakan wang sendiri selain dibantu dengan duit hantaran. Secara tak langsung dapat ringankan beban lelaki.
Ads
Kerja ‘part-time’
Untuk yang bekerja makan gaji, boleh jana pendapatan dengan buat kerja sambilan (part-time). Sudah diketahui 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan, oleh itu apa salahnya berniaga kecil-kecilan untuk tambah wang tabung kahwin. Mungkin persoalan di mana nak dapatkan modal, tiada pengalaman, tak cukup masa dan sebagainya akan buatkan fikiran terganggu sama ada mahu teruskan misi mencari duit lebih, namun jawapannya perlu tekad untuk memperoleh sesuatu.
Contohnya, mulakan dengan menjual barang peribadi yang belum atau sudah dipakai. Lelong barang dengan harga jualan terpakai mungkin boleh menarik minat pembeli. Hasilkan kek cawan menarik bagi mereka yang suka memasak, sandwic dijual di pejabat atau kerepek dapat tingkatkan duit tabungan. Selain itu, kerja di kedai serbaneka 24 jam, pam minyak atau menjadi jurujual sementara juga dapat membantu. Cuma perlu aturkan masa dengan bijak supaya rasa letih berkurangan.
Ads
Menabung bersama
Tip untuk elakkan pasangan muda buat pinjaman perkahwinan, anda boleh menabung bersama-sama. Jika masih belum mencukupi ataupun gaji di paras sederhana, cuba rancang perkahwinan ikut kemampuan. Jika kebanyakan pasangan muda memilih untuk membuat pinjaman wang perkahwinan, dia lebih senang berusaha lebih dengan menabung.
Ads
“Sebolehnya tidak perlu buat pinjaman, hadkan masa dua tahun untuk menabung. Saya mula menabung pertengahan tahun lepas (2012) dan bercadang untuk adakan majlis pada Mei tahun depan. Saya dan pasangan peruntukkan kurang lebih RM1,000 untuk simpan setiap seorang. “Mungkin kedengaran jumlahnya banyak, tapi perlu disiplin kalau betul-betul nak kahwin. Bajet perkahwinan kami sekitar RM50,000 untuk kedua-dua pihak, sebab itu kena berusaha lebih, kerja keras sikit nak capai sasaran. Bayangkan lebih kurang RM2,000 sebulan mungkin dalam tempoh 24 bulan kami dapat kumpul RM48,000, tambah sikit duit tabungan yang lain. Insya-Allah, boleh. “ katanya. Katanya, bagi mereka kurang mampu menabung dalam jumlah tinggi mungkin boleh mulakan dengan RM500 sebulan. Tapi ia perlukan dilakukan kedua-dua belah pihak. Jika mengharapkan sebelah pihak, mungkin hasrat untuk berkahwin perlu dilanjutkan lagi.
Tahan nafsu
Semua orang sukakan barangan berjenama, kalau boleh setiap kali gaji masuk pastinya tas tangan baru ditambah dalam koleksi sedia ada. Tapi perlu diingatkan, mahukan sesuatu berjenama, berkualiti, harganya juga setanding dengan gaya. Waktu ini perlu tahan nafsu dan sentiasa ingatkan di kepala, anda perlu menyimpan wang untuk berkahwin. Kurangkan janji temu pada setiap hujung minggu. Memanglah sebolehnya kita mahu menghadap muka kekasih 24 jam tetapi anda perlu tahu, setiap kali melangkah keluar dari rumah, akan ada wang mengalir keluar daripada dompet. Pertimbangkan hal ini!
Pada zaman moden serta kecanggihan teknologi serba baru ini, seperti ada tarikan magnet untuk membeli gajet terbaru di pasaran. Duit bonus belum dapat tapi sudah terbayang gajet terkini dalam genggaman. Mudah saja, kurangkan ambil tahu perihal gajet dan jadikan diri anda seorang yang ketinggalan zaman. Hanya untuk sementara waktu saja, ini semua untuk kepentingan masa depan. Jika tinggal di rumah sewa, kurangkan makan di luar. Dan lebih berkesan kurangkan menjamu selera di restoran mewah, lebihan duit makan tengah hari boleh dimasukkan dalam tabung dan pada sebelah malamnya, masaklah sesuatu untuk kenyangkan perut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika anda mempunyai masa tidur selepas jam 11 malam, besar kemungkinan anda harus menukar tabiat tersebut secepat mungkin.
“wanita cantik tidur sebelum jam 11 malam..” – pakar kulit
gambar sekadar hiasan
Menurut seorang pakar kulit, Geoff Wright beliau berkata, badan manusia mempunyai ‘jam biologi’ dimana kulit akan melembap dengan semula jadi bermula jam 8 malam hingga 11 malam setiap hari. Manakala jam 11 malam hingga 3 pagi pula adalah disetkan kepada waktu penjanaan semula sel-sel kulit dan penutrisian.
Ketika jam 11 malam hingga 3 pagi ini, proses penukar gantian sel-sel kulit terjadi dan ia terjadi hanya ketika tubuh badan sedang berehat atau tidur. Jika tidak, proses penukar gantian ini terjadi dengan sedikit dan tidak optimum, malah ia mungkin tidak boleh terjadi, menyebabkan kulit nampak tua dan kusam.
“wanita cantik tidur sebelum jam 11 malam..” – pakar kulit
Jadi tidurlah awal dan bangun awal untuk kulit nampak lawo!
“wanita cantik tidur sebelum jam 11 malam..” – pakar kulit
Barang hantaran merupakan tradisi orang melayu yang sering ada ketika majlis perkahwinan. Ianya tidaklah wajib hanya sebagai adat turun-menurun.
Pemilihan barang hantaran, warna hantaran dan juga hiasan menjadi perkara yang penting agar ianya kelihatan menarik.
Di sini kami ingin kongsikan tips memilih barang untuk hantaran. Semoga tips ini dapat memberi manfaat kepada anda.
1. Melihat Bajet Kewangan
Perkara utama sekali dalam pemilihan barang hantaran ialah dengan melihat kepada bajet kewangan anda. Pilihlah barang yang akan memberi manfaat kepada pasangan untuk digunakan selepas kahwin.
Seelok-eloknya beli ketika ada jualan murah. Janganlah berhabis wang semata-mata untuk beli barang yang berjenama. Anda perlu bijak memilih barang bergantung kepada budget yang telah anda tetapkan.
2. Melakukan Perbincangan dengan Pasangan
Perbincangan bersama pasangan amatlah penting untuk mengetahui barang apa yang perlu disediakan dan untuk memastikan barang tersebut sesuai untuk diletakkan di atas dulang.Dengan adanya perbincangan ini, ianya dapat mengenal pasti jumlah dulang kedua-dua belah pihak yang akan dibawa pada majlis nanti.
Ini dapat mengelakkan membawa jumlah dulang hantaran yang sama. Bilangan barang hantaran adalah ganjil. Pihak perempuan perlu lebihkan dua dulang dari pihak lelaki. Sebagai contoh jika lelaki membawa 5 dulang hantaran, pihak perempuan haruslah membalas 7 dulang hantaran.
3. Senarai Barang Hantaran
Perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan ataupun buah tangan. Sebagai contoh hantaran dari pihak perempuan ialah sirih junjung,kemeja/seluar,beg duit/tali pinggang,al-quran biasa/digital,sejadah,jam tangan,set minyak wangi/barangan mandi,kasut,buah-buahan,kek/kek cawan,coklat,gajet.
Untuk barang hantaran dari pihak lelaki ialah mas kahwin/duit hantaran,cincin/barangan kemas,tepak sirih,al-quran biasa/digital,sejadah,bunga rampai,jam tangan,kasut,telekung,beg tangan,set wangian/barang makeup,buah-buahan,kek/kek cawan.
Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh mengantikannya dengan tepak sireh. Bagi hantaran perkahwinan, sireh junjung bukan lagi perkara penting yang perlu ada, ianya bergantung kepada anda.
Sumber : Stella doorgift
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang bujang pastinya rimas bila sering ditanyakan soalan, ‘bila nak kahwin’. Hakikatnya semua orang ingin hidup berumah tangga dan memiliki pasangan. Namun bukan semua yang bernasib baik bertemu jodoh awal.
Ada yang lama berkawan tapi putus di tengah jalan. Tak kurang juga yang teringin nak berkahwin tapi belum bertemu jodoh. Apa pun itu bukan urusan manusia kerana ia takdir Ilahi. Yang penting, jangan sesekali tak berusaha. Selebihnya bertawakallah kepada Allah.
Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsikan 10 perkara yang perlu anda hadam. Nasihatnya, tak perlu nak ambil hati dan jangan gelabah jika ditanya soalan ‘bila nak kahwin’. Jawab je dengan tenang, “In Sha Allah, doakan saya dapat jodoh yang baik”.
Bila Nak Kahwin?
Jika kau masih bujang, mesti saudara mara ataupun makcik korang akan ada yang tanya soalan macam ni bila korang pergi beraya rumah dorang nanti;
“BILA NAK KAWIN?”
Kau jangan gelabah. Kau jawab je dengan tenang,
“In Sha Allah, doakan saya dapat jodoh yang baik”. Sambil mengukir senyuman.
Jodohkan rahsia Allah, biarlah kau serahkan pada Allah. Tak perlu nak ambil hati pun kalau ada orang tanya kau soalan macam tu.
1. Kau serahkan hal ehwal jodoh kepada Allah. Tapi kau kenalah berusaha juga. Usaha itu dari perilakuan, perbuatan dan perkataan.
2. Apapun, berdoalah dan beristikharahlah. Mohon petunjuk Allah. Sesungguhnya hanya Allah tahu siapa jodoh yang terbaik untuk kita.
3. Jika ada yang berkenan, semoga proses ta’aruf itu dipermudahkan Allah, In Sha Allah dia lah jodoh yang terbaik. Jika sebaliknya, bersabarlah. Mungkin belum masanya untuk Allah temukan kau orang dengan jodoh yang terbaik untuk kau orang.
4. Jika sudah mendapat petunjuk, teruskan langkah. Jika dia jodoh yang Allah tetapkan untuk kita, pasti Allah akan mempermudahkan segalanya.
5. Apabila Allah menginginkan dua hati bertemu, Dia akan menggerakkan keduanya. Tidak hanya salah satu hati.
6. Tapi jangan cuba nak try jodoh orang lain pulak ye. Dah kau orang tahu dia dah berpunya, tak payah la nak cuba juga. Tak elok kau bahagia orang lain pula derita. Binalah rumah tangga tanpa buat orang lain sengsara.
7. Jodoh ni kalau benar-benar kau sudah sedia ia akan berlaku sekejap sahaja. Contohnya berkenalan bulan satu, bertunang bulan lima dan kahwin bulan tujuh. Ataupun lebih pantas daripada itu. Kenal kejap terus akad nikah.
8. Pada kaum lelaki persiapan diri dengan ilmu pengetahuan, agama, pengurusan kewangan dan motivasi diri. Kawal marah dan tingkatkan kesabaran. Jadilah sang setia, penyayang, jujur serta ikhlas. Jika kau sudah sedia, tentunya Allah akan tunjukkan jodoh kita.
9. Pada kaum wanita, tak perlulah bersedih jika jodoh belum sampai walaupun sudah berusia. Ada hikmah disebaliknya. Perancangan Allah Maha Hebat. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Senyumlah dan sabar menunggu jodoh. Berusaha dan berilah ruang dan peluang pada mereka mahu mengenali diri kau. Mana tahu jodoh kau orang sebenarnya ada depan mata. Rupa bukanlah segala-galanya. Ingat tu.
10. Kau harus bersyukur kenapa Allah belum jumpakan aku dengan jodoh kau tu. Mungkin Allah mahu kau jaga mak ayah kau dulu. Beri sepenuhnya perhatian kepada mereka.
Jodoh takkan lari bila dikejar, takkan datang jika tak iktiar. Kalau orang yang kau suka nak pergi tu lepaskan dia dengan rela. Mungkin si dia hadir sekadar persinggahan. Sama ada kau belajar sesuatu daripada dia ataupun dia belajar sesuatu daripada kau.
Dan jodoh takkan datang jika kau tak usaha. Kalau kau tak berani nak ucap isi hati kau, memang kau tak tahu dia pun ada rasa yang sama ke kau ataupun tak. Usaha dulu dan tawakal kepada Allah.
Semoga tahun depan kau beraya sebagai suami ataupun isteri orang dah. Moga kau cepat-cepat kahwin. Kah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!