Bila kita mahukan sesuatu dalam hidup, kita mulai bina satu karakter untuk imaginasi kita. Kita rangka karakter itu satu per satu dan kita cuba untuk menjadikan rangka itu sebagai matlamat hidup. Itulah yang diajarkan dalam agama Islam.
Kita berdoa sejak dari awal, membayangkan bagaimana kehidupan kita pada masa akan datang. Allah mendengar dan mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Lagi-lagi apabila kita meniatkan sesuatu yang baik.
Sama juga macam jodoh dan perkahwinan. Ada yang bersungguh-sungguh berdoa selepas mereka sudah bersedia dari segi mental dan fizikal. Ada juga yang sentiasa dititipkan dalam doanya untuk bertemu jodoh terbaik. Terpulanglah…Tapi ingat, kata-kata itu adalah doa.
************************************************************************
Dulu waktu zaman anak dara, aku selalu ucapkan ayat2 ni.
“Time Taa kawin nanti, Taa taknak ada majlis besar2 mcmni. Taa nak nikah kat masjid je.”
“Time Taa kawin nanti, Taa taknak keluar bilik. Taknak duduk2 atas pelamin kasi orang ramai pandang.”
“Time Taa kawin nanti, Taa taknak ada DJ atau kompang. Taknak berarak dgn pokok mangar tu semua.”
“Time Taa kawin nanti, Taa taknak ada renjis2 dipilis bagai tu semua. Tak payah nak berbunga2 telur bagai.”
Dan dialog terakhir aku,
“Jangan risau. Time Taa kawin nanti, Taa takkan susahkan sesiapa.”
Ayat terakhir ni muncul bila ramai dok kalut kata bila turn aku kawin nanti, dah takde geng2 dapur yg akan berperang. Sebab masing2 dah ada anak. So memang takdelah yg akan turun ke dapur.
Dan setiap kali aku cakap dialog ni, ada shj tentangan hebat dari Ummi dan Walid.
“Eh mana boleh takde majlis! Kang orang ingat kawin koboi lak!”
“Taa tu anak dara! Kenalah raikan. Kang ape lak org fikir kawin kat masjid kecik2 camtu.”
“Tak bolehlah mcmtu Taa. Mana ada mak ayah nak tengok anak kawin asalbol camtu. Nanti ape la orang kata..”
Hampir setiap dialog yg dikatakan oleh Ummi dan Walid terselitnya ayat “ape nanti orang kata..”
Ye aku tau. Mak ayah mana taknak tengok anak perempuan mereka kelihatan cantik rupawan di majlis bahagia mereka. Diraikan. Dipuji. Dan dijadikan tumpuan.
Tapi…
Tak semua wanita begitu. Tak semua wanita gilakan tumpuan mata2 luar. Tak semua wanita gilakan pujian orang ramai. Dan tak semua wanita boros perabih segalanya utk kelihatan gah utk 1 hari ini shj.
Kerana masih ada lagi wanita yg lebih selesa bersembunyi disebalik permainan dunia yg penuh dgn tipu daya syaitan ini semata.
Siapa sangka, kata2 aku yg bertahun2 lamanya diucapkan akhirnya dikabulkan oleh Allah pada detik hari pernikahan aku dijalankan?
Tak perlu aku bertikam lidah menjadi anak derhaka utk pertahankan prinsip hidup aku. Kerana segalanya berjalan seperti yg dipinta.
5 hari sebelum majlis, segalanya berubah. Kenduri yg boleh diadakan dengan bilangan 100 orang terus berubah menjadi bilangan 10 orang sahaja. Hanya pengantin lelaki, wanita, mak ayah pengantin wanita dan lelaki, photographer dan juga ahli2 jurunikah yg terlibat.
Adik beradik aku? Yillek.
Sampaikan kak ipar aku wasap aku,
“Dik, dulu kau selalu kata taknak susahkan sesiapa waktu kau kawin. Tgk skrg ni betul2 jadi. Btl2 takde sesiapa yg susah kene turun Melaka semata2 nk tgk kau.”
Dan daripada majlis dirumah berubah sepenuhnya di masjid. Masjid yg bukan di area taman aku tetapi Masjid Negeri yg aku idamkan selama ini. Dulu rasa mustahil sebab jauh dan luar qariah. Tapi tiada yg mustahil bg Allah.
Sedih?
Tak. Takde sekelumit rasa sedih yg muncul dlm hati aku. Sebab aku rasa inilah perkahwinan yg paling aku idamkan. Tertutup dan tak menjadi tumpuan ramai.
Tiada mata2 luar yg melihat. Tiada mulut2 yang mengata. Tiada telinga2 yang cuba2 utk mendengar. Kerana segalanya ditutup dengan sempurna.
Rugi?
Pun tidak.. Takde 1 sen kerugian pun yg aku alami utk majlis perkahwinan aku. Semuanya hanya dibayar deposit sahaja. Dan bila PKP diumumkan, aku hanya gunakan ngam2 ikut bajet yg sudah dibayar. Tiada penambahan wang lagi.
Makanan dibungkus dan diedarkan ikut mana yg mampu. Pelamin diteruskan kerana itu hajat Walid utk lihat aku duduk disitu sebagai raja sehari walaupun tiada yg melihat.
Photographer juga ada tetapi rezeki aku dapat photographer wanita saat akhir. Dan aku amik pakej paling murah utk shoot di rumah shj. Tapi photographer bermurah hati utk ikut aku saat akad di masjid besar Melaka dan turut offer aku utk sesi outdoor yg tak seberapa di luar masjid. Sedangkan semua ni tak termasuk dalam pakej murah yg aku bayar itu.
Kawan2,
Bukankah kata2 itu satu doa?
Walaupun kata2 yg diungkapkan itu lambat dikabulkan, tetapi teruskanlah berkata2 yg baik. Baik utk diri sendiri mahupun pada yg manusia lain diluar sana.
Dan bukan kerja kita utk menghitung cepat atau lambat sesuatu doa itu dikabulkan. Cukup sahaja tanamkan keyakinan didalam hati utk terus bersangka baik pd
Yakinlah bahawasanya disetiap kekecewaan dan kesedihan di permulaan itu pasti berakhir dengan sebuah senyuman kebahagiaan.
Percayalah.. Selagi mana kalian masih bersedih dan berdukacita, itu bererti kalian belum bertemu pengakhirannya sebuah cerita tetapi itu bermaksud kalian baru bermula sebuah perjalanan jauh utk mengapai kebahagiaan di setiap cerita.
Teruskan mengejar kebahagiaan akhirat dihadapanmu. Kerana pasti kebahagiaan dunia akan mengikutimu dari belakang.
Kredit: Rahsia Kahwin Muda
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI