Tujuan utama nikah gantung adalah bagi mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah. Walaupun mereka berkahwin secara nikah gantung, tetapi mereka sebenarnya bebas melakukan sebarang aktiviti berdua.
Nikah gantung boleh didefinisikan sebagai pernikahan yang melalui kaedah yang sama dengan prosedur pernikahan biasa. Namun setelah berkahwin, pasangan tersebut tidak tinggal bersama dan tidak terikat kepada tanggungjawab sebagai suami isteri.
Tujuan Nikah Gantung
Islam adalah agama yang penuh dengan rahmat dan berkat. Ia diutuskan oleh Allah S.W.T. yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwat dan sebagainya. Malah, Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) daripada kalangan kamu dan orang-orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah S.W.T. Maha Luas Rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.”
(Surah An-Nur : Ayat 32)
Tujuan utama nikah gantung adalah bagi mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah. Walaupun mereka berkahwin secara nikah gantung, tetapi mereka sebenarnya bebas melakukan sebarang aktiviti berdua. Jika si isteri mengandung dan melahirkan anak, maka anak itu adalah daripada hubungan yang sah. Ia tidak haram kerana mereka adalah pasangan suami isteri di sisi agama Islam dan undang-undang kerajaan Malaysia.
Ads
Pasangan yang berkahwin secara nikah gantung ini tidak tinggal bersama. Justeru ada pendapat lain yang menyatakan bahawa jika persetubuhan berlaku dalam tempoh yang dipersetujui, maka terbatalah tempoh nikah khitbah. Mereka telah menjadi pasangan suami isteri dan memikul tanggungjawab sebagai suami isteri yang normal.
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, ‘dating’, ‘study’ bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun ia tidak salah dan tidak haram.
Andai berlaku kehamilan, maka pasangan tersebut tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga. Keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.
Ads
Ini berbeza dengan situasi jika berlaku kehamilan di luar pernikahan, ia boleh menyebabkan kes penguguran bayi secara paksa atau pembuangan bayi.
Nikah Gantung Menurut Perbahasan Hukum Islam
Salah satu dalil yang biasa digunakan oleh sebahagian alim ulamak ialah perkahwinan antara Rasulullah S.A.W. dengan Saidatina Aishah R.A. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. telah mengahwini Saidatina Aishah R.A. ketika berumur 6 tahun. Kemudian mereka hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun.
Hadis ini menjadi dalil berlakunya akad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah. Malah jika atas persetujuan kedua-dua belah pihak untuk beberapa tempoh tertentu, ianya dibenarkan.
Ads
Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (bersetubuh). Cuma yang mungkin menjadi persoalan ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material). Ada dua pandangan mengenai isu nafkah zahir ini:
a) Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya akad. Maka selepas sahaja akad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
b) Pandangan jumhur ulamak (majoriti ulamak) iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat tersebut adalah seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta’ (mengambil keseronokan), jimak (bersetubuh) , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan di antara lelaki dan wanita. Pertunangan adalah ikatan yang menyatakan hasrat lelaki untuk memperisterikan seorang wanita. Namun begitu bertunang bukan lesen besar untuk anda tidak menjaga pergaulan sesama pasangan. Jom kita baca empat perkara yang perlu diberi perhatian oleh pasangan yang bertunang.
Bertunang bukanlah lesen untuk anda bersukaria, berdua-duaan ke sana ke mari tanpa batasan. Walaupun sudah bertunang pandangan sesama sendiri masih perlu dijaga agar tidak mendatangkan fitnah
Tempoh bertunang juga merupakan tempoh masa pasangan untuk lebih memahami diri masing-masing. Apabila sudah berjanji untuk berkahwin dengan pasangan, maka mula praktikkan untuk tidak melakukan perkara yang boleh mengundang luka ataupun curiga pasangan. Pergaulan antara lelaki dan wanita lain juga perlu dijaga agar tujuan murni membina ‘masjid’ berjalan dengan lancar.
Bertunang tidak bermaksud, lelaki boleh mengongkong wanita atau sebaliknya. Paling penting tahu batasan agar tidak saling menyakiti antara satu sama lain. Tempoh ini juga menjadi penanda aras untuk anda menilai perangai masing-masing dan ia menjadi satu ukuran kepada setiap pasangan dalam mengenali bakal suami atau isteri mereka.
Tidak digalakkan untuk bertunang terlalu lama, sebaiknya apabila sudah melangsungkan majlis pertunangan. Pasangan tersebut harus mula merancang untuk berkahwin pula. Semakin cepat semakin bagus kerana ia akan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Majlis perkahwinan yang dinanti bakal menjelang tidak lama lagi. Sudah pasti kesibukan melanda untuk menyiapkan segala persiapan untuk hari istimewa nanti. Kesibukan ini sering kali membuat bakal pengantin semakin stres menjelang hari perkahwinan tiba. Salah satu petanda stres ialah melalui kesulitan tidur nyenyak menjelang hari perkahwinan.
Namun, sesibuk mana pun dengan keperluan majlis tidur cukup dan berkualiti ialah satu keperluan. Idealnya, anda memerlukan waktu tidur selama tujuh hingga sembilan jam setiap hari. Jika jam ideal tersebut tidak dipenuhi, maka masalah kesihatan seperti melemahkan sistem imun, hipertensi, hingga risiko sakit jantung akan melanda.
Selain itu, kurang tidur juga menyebabkan masalah kecantikan seperti kenaikan berat badan, jerawat, masalah rambut hingga timbul mata panda. Setelah mengetahui bahaya dari kurang tidur ada baiknya anda segera hentikan kebiasaan buruk tersebut.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengatasi gangguan tidur yang anda anda lakukan.
1. Elak bermain telefon sebelum tidur
Telefon pintar tentu menjadi benda yang tidak lepas daripada aktiviti sehari-hari, termasuk ketika di tempat tidur. Namun ternyata,bermain dengannya sebelum tidur sangatlah berbahaya. Sinar lampu yang berasal dari telefon pintar akan memancarkan cahaya biru yang dapat meningkatkan produksi melatonin ke otak.Melatonin inilah yang membuat seseorang merasa lebih sukar tidur. Oleh itu, ada baiknya untuk mematikan telefon pada sebelah malam. Dengan begitu fikiran dan tubuh pun akan lebih relaks ketika tidur. Waktu tidur anda juga tidak akan terganggu dengan notifikasi di telefon.
2. Senaman beberapa jam sebelum tidur
Tubuh yang segar berpengaruh besar terhadap kualiti waktu tidur. Menurut Helana Emsellem, Direktor The Center for Sleep & Wake Disorder, senaman rutin sangat baik untuk membuang stres dan meningkatkan kualiti tidur. Melakukan senaman di pagi hari atau beberapa jam sebelum tidur membuat anda merasa penat sehingga rasa mengantuk pun datang lebih awal. Selain bersenam, cara lain ialah 20 minit sebelum tidur melakukan regangan, mandi air hangat atau bermeditasi .
3. Ambil makanan dan minuman yang membantu tidur
Beberapa makanan dan minuman ternyata memiliki kandungan yang boleh membantu seseorang lebih cepat tidur. Anda boleh makan keju atau yogurt yang mengandungi kalsium untuk membekalkan tryptophan ke otak dan meningkatkan melatonin. Ambil segelas susu lembu panas sebelum tidur. Kandungan kalsium pada susu juga baik untuk membuat anda lebih mudah mengantuk. Selain itu, pelbagai jenis makanan lain seperti kentang, ikan tuna, pisang, dan buncis juga dipercayai mempunyai banyak manfaat untuk membantu masalah sukar tidur.
4. Kurang minum kafein
Selain ada makanan yang boleh membantu anda lebih cepat tidur, ada pula bahan makanan yang membuat anda sukar tidur. Ya, kafein. Penelitian oleh Journal of Clinical Sleep Medicine menunjukkan bahawa minum kopi enam jam sebelum tidur dapat mengurangkan jumlah durasi tidur sebanyak satu jam. Jadi bagi anda para pecandu kopi, sebaiknya pilih waktu yang tepat demi menjaga kualiti tidur menjelang hari perkahwinan.
5. Atur pernafasan agar lebih relaks
Bila sudah penat dengan segala persiapan perkahwinan, cubalah untuk melakukan meditasi sebelum tidur. Caranya, ambil posisi yang sempurna dengan posisi tulang belakang lurus dan bahu relaks. Kemudian bayangkan hari perkahwinan di mana anda akan tampil cantik mengenakan gaun pengantin dan dandanan rambut yang mempesonakan.
Bayangkan hal tersebut sementara menarik nafas untuk empat saat, tahan selama tujuh saat, kemudian secara perlahan hembuskan nafas selama lapan saat. Ulangilah teknik pernafasan ini sebanyak tiga kali, lalu tidurlah dengan nyenyak!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zaman sekarang apa-apa pun boleh jadi dalam rumah tangga, tak kisahlah walaupun benda tu hanya kecil sahaja ia mampu merosakkan hubungan anda dan si dia.
Sebab itu penting komunikasi diantara anda dan pasangan, untuk menyelesaikan masalah sebaik mungkin.
Namun, anda pernah tak berasa pelik dengan perangai isteri/suami anda? macam si dia tiba-tiba sahaja berubah? Ini mungkin ‘taktik’ pasangan kita untuk curang. Nak tahu lebih lanjut semak perkara-perkara ini.
1. Panggilan tak selalu dijawab
Selalu tiap hari call, tiba-tiba senyap sahaja tanpa khabar, sampai tak mesej seminggu. Apa dah jadi?
2. Tukar kata laluan telefon
Masa dia setia, sampai thumbprint kita pun ada dekat telefon dia. Lepas tu, dah takde atau dia tukar password secara tiba-tiba.
3. Elak untuk berjumpa
Dulu masa bercinta, sejam tak jumpa dah rindu. Tiba-tiba, kali ni bila ajak jumpa banyak alasan dia bagi. Busy kerja lah. Assignment banyak lah. Rupanya keluar dating dengan orang lain.
4. Tersasul sebut nama orang lain
Tengah-tengah call tiba-tiba tersebut nama perempuan lain. Tak rasa pelik ke? Selalu dia bahasakan diri dia “bie”, tiba-tiba jadi “b”. Walaupun perubahan yang nampak kecik tapi besar sebenarnya.
5. Selalu cari masalah dengan kita
Bila dia dah mula cari masalah dengan kita walaupun benda kecil, mesti ada sesuatu yang dia sorok. Sebab selalu dia bukan macam itu orangnya.
6. Dah tak bagi tengok gambar dalam telefon
Selalu mesti dia bagi, tiba-tiba satu hari tu dia tak bagi. Dari sini korang dah boleh rasa memang ada benda yang dia sorok dari korang.
7. Merajuk yang tak dipujuk
Ini paling sedih, selalu dia akan pujuk kita bila kita merajuk tiba-tiba sekarang bila merajuk dia dah tak layan. Pandai-pandai lah pujuk hati sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...