Jika anda dan pasangan sedang mencari-cari lokasi untuk berbulan madu, apa kata anda kunjungi Kuak Hill Resort yang terletak di Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Lenggong adalah salah satu destinasi yang menghidangkan keindahan dan lokasi istirehat anda wajib pergi.
Lokasi percutian yang berkonsepkan kembali pada alam semula jadi ini sesuai sangat untuk anda dan pasangan merehatkan minda.
Lenggong terletak di Hulu Perak telah diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai lokasi bersejarah yang banyak menyimpan sejarah awal penempatan dan tamadun manusia.
Di sini, anda dan pasangan boleh bercuti dalam suasana aman damai dengan di kelilingi alam semula jadi. Anda dapat melihat keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak.
Kuak Hill Resort, Lenggong terletak kurang 100 kilometer dari utara, Ipoh. Ia juga terletak berdekatan dengan Grik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding.
Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ameera, Kuak Hill Resort menjanjikan percutian yang tenang dan tiada gangguan. Hanya bunyi kicauan burung dan bunyi alunan air bukit yang mengalir kedengaran.
“Nah inilah tempatnya, sangat tenang, sejuk dan mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota, terletak di atas bukit perkampungan Melayu di Lenggong. Alhamdullillah dapat juga menikmati keindahan di atas sini, sebab sebelum ini hanya tengok sahaja,” kata Ameera.
Ads
Pada waktu pagi pula, cuaca sejuk dan kabus tebal. Pasti rasa malas meninggalkan tempat tidur.
Catatan pengalaman Ameera sepanjang bercuti di Kuak Hill Resort, Lenggong:
1. Dari perkarangan tempat letak kereta, anda perlu naik ke atas. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Kereta perlu diletakkan di bawah memandangkan lokasi agak tinggi.
2.Apabila sudah sampai ke atas, anda akan disajikan dengan panorama keindahan alam yang ‘mewah’ dengan hamparan ‘karpet hijau.’
3. Ada zoo kecil juga di sini. Jangan lepaskan peluang untuk bergambar kerana banyak tempat menarik untuk merakamkan kenangan percutian. Rakamkan seberapa banyak momen indah bersama pasangan.
Ads
4.Tersedia juga kafe di sini. Hati-hati ketika berjalan kerana laluan utama untuk naik dan turun agak curam. Tidak terasa penat berjalan bila melihat suasana hijau dan menyegarkan.
5.Tersedia juga kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan bergerak ke sana sini.
6. Buat penggemar kopi, boleh minum kopi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Ads
7. Di luar bilik boleh lepak santai sambil minum kopi cicah biskut.
8. Boleh mandi-manda di kolam mandi yang turut tersedia di sini. Air dari kolam mandi datangnya dari air bukit. Sejuknya sampai ketulang.
9. Pada waktu malam pula boleh buat barbeku.
10. Wajib bila ke mana-mana bawa pulang cenderamata. Di sini juga ada disediakan pelbagai pilihan cenderamata yang terletak berhampiran meja pendaftaran.
Makin nak dekat hari perkahwinan, macam-macam perkara yang terjadi. Belum pun sempat buat apa-apa, calon suami yang bakal bertakhta di hati akhirnya memilih untuk undur diri. Mana nak cari calon suami lain dalam masa tujuh bulan?
Ijab Kabut, sebuah drama terbitan Viu Malaysia bakal ditayangkan 13 Oktober 2022. Drama ini mengisahkan tentang Deanna, seorang penerbit muzik yang kompetitif berazam untuk mengadakan majlis perkahwinan yang gah demi mengatasi sepupunya.
Teliti dan licik, dia hampir berjaya mendapatkan majlis sempurna namun langit tidak selalunya cerah. Tunang yang sepatutnya menjadi suami memutuskan hubungan. Deanna bertekad mencari pengganti dalam tempoh tujuh bulan.
Begitulah sinopsis drama Ijab Kabut lakonan Azira Shafinaz (Deanna), Iedil Dzuhrie Alaudin (Mat) dan Fadlan Hazim (Khai). Episod romantik komedi yang mula ditayangkan 13 Oktober 2022 dilancarkan di Royale Chulan Kuala Lumpur.
Tidak seperti pelancaran biasa, Ijab Kabut, Viu Original Malaysia ini mendapat sentuhan perancang perkahwinan terkenal, Reka Teemor. Malah Viu Original Malaysia juga telah merealisasikan impian sebuah pasangan pengantin dengan mengadakan majlis resepsi untuk mereka berdua.
Pasangan Farah dan Syafiq dipilih melalui sebuah peraduan yang diadakan. Akhirnya, pengantin ‘dicari’ untuk majlis Ijab Kabut telahpun ditemui.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau nak kurus dan perut kempis cepat, tak perlu stress sampai habiskan duit ribu-ribu. Anda boleh cuba cara Ibu Azzah ini.
Haaa.. rahsia kecilkan tubuh badan yang dia amalkan adalah dengan minum air lemonade sahaja.
Kurus Dan Perut Kempis Sebelum Naik Pelamin
Perjuangan wanita untuk turunkan berat badan semakin nampak ketara hasilnya. Sedikit lagi nak capai ideal weight. Bukanlah mudah tapi tak susah jika bersungguh nak ubah.
Bayangkan daripada 80 kg, sekarang sudah capai 60 kg. Paling sedih bila orang teka umur jauh lebih tua dari usia.
Sebab itu tekad ubah lifestyle. Cara makan dan mula exercise. Amik masa 3 tahun jugaklah nak capai berat sekarang.
Jadi, jangan expect hari ni niat nak kurus macam Ibu Azzah, sebulan nak dapat hasil terus memang taklah. Kena sabar, konsisten dan disiplin.
Cuma yang ibu perasan, dalam seminggu dua ni sejak ibu amal minum hari-hari lemonade dari 2 biji lemon, berat cepat sangat turun. Perut pun kempis lain macam. Suka sangat!
Tapi, yang paling ketara, selera makan jadi berkurang.
Bahan:
2 biji lemon
2 sudu gula kelapa – jenama ococ
2 sudu madu – jenama ococ
750 ml air
Caranya:
1. Perah lemon, tapis dan ambil jus. Ibu guna thermomix. Kisar 2 saat saja dengan air. Dapat banyak jus.
2. Selepas itu, campurkan terus dengan gula kelapa dan madu
3. Masukkan ais.
4. Ulang-ulang minum.
Seronoknya boleh buat perut kempis. Kena cuba.
Jadi bakal pengantin tak payah nak risau pasal berat badan naik dan perut buncit sangat sebab tip ini sangat berkesan dan membantu selesaikan masalah anda.
Mainan lato-lato kini menjadi trend dan digemari oleh semua peringkat umur. Bagaimanapun, permainan berbentuk bola yang diperbuat daripada plastik polimer ini menghasilkan bunyi yang agak bising.
Tidak hairanlah bunyi lato-lato menimbulkan kontroversi kerana membuatkan orang ramai berasa terganggu.
Buktinya, seorang jurunikah di Indonesia terpaksa meminta tetamu yang bermain lato-lato dalam satu majlis akad nikah agar berhenti bermain kerana bunyinya mengganggu perjalanan upacara itu.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, jurunikah tersebut ingin memulakan majlis akad nikah sepasang pengantin.
Melalui video yang dimuat naik oleh akaun @bokerrkerbokerr_19, kelihatan seorang jurunikah sedang bersiap sedia untuk menikahkan pasangan pengantin. Video itu kemudiannya dimuat naik semula oleh akaun Instagram video_medsos
Dalam video tersebut, pasangan pengantin sudah bersedia untuk acara akad nikah. Penghulu dan saksi sudah berada di hadapan pasangan pengantin. Apabila membaca persetujuan yang diberikan, tiba-tiba jurunikah menghentikan kata-katanya kerana terganggu dengan bunyi lato-lato yang kuat.
Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato, diam… Lato-lato, diam. Saya ulangi, wahai Sutriono bin Taman, saya nikahkan dan kahwinkan…
Sebaik saja teguran dengan nada tegas dibuat menerusi mikrofon, bunyi lato-lato yang mengganggu majlis tersebut akhirnya senyap dan jurunikah segera meneruskan upacara tersebut dengan lancar.
Tindakan jurunikah yang berani menegur individu berkenaan secara terbuka demi kelancaran majlis akad nikah dipuji.
Bukan setakat orang dewasa sahaja yang perlu tahu tentang adab dan sopan jika berada dalam majlis orang lain, kanak-kanak juga perlu diajar tentang soal adab terutama apabila berada dalam majlis.
Tidak kurang juga yang mengatakan ketaksuban seseorang terhadap permainan lato-lato perlu dikawal agar perkara begini tidak berulang lagi.
Muat naik video tersebut telah mendapat 63.3 ribu tontonan. Berikut antara komen-komen warga maya:
“Anak-anak pun kena tahu adab bila berada di majlis orang lain. Yang penting ibu bapa ajar anak-anak beradab.”
“Saya baru pergi mall, ada budak bawak lato-lato, ya ampun.”
“Saya paling benci dengan bunyi lato-lato.”
“Bunyi lato-lato memang sangat menggangu.”
“Bunyi lato-lato ini buat terngiang-ngiang di telinga.”