Sumber: Karma X Production

Sebelum naik pelamin, pelbagai perkara yang bakal mempelai perlu ambil tahu. Salah satunya adalah pemilihan baju pengantin. Maklumlah, perkahwinan kan sekali seumur hidup. Tentunya anda mahukan yang terbaik dan merealisasikan segala impian perkahwinan anda.

Tetapi, jangan terlalu ikut keinginan hati sehingga melupakan apa yang patut bagi seorang wanita yang beragama Islam. Kadangkala, pemilihan baju yang dibuat tidak sesuai dengan status anda sebagai seorang Muslim. Ada yang terlalu ketat, terlalu jarang dan sebagainya.

Oleh itu, ketika mahu memilih busana perkahwinan, ini antara lima perkara yang perlu anda ambil kira.

IKLAN

Menutup Aurat

Sumber: Pinterest

Ini paling penting! Pakailah baju yang tidak pendek potongannya terutama di bahagian punggung.

Tidak Terlalu Ketat

Sumber: Pinterest

Dalam pemilihan fabrik juga memerlukan ketelitian seperti fabrik yang tidak mudah melekat pada tubuh apabila digayakan. Elak pilih fabrik sperti satin kerana ia mudah melekat dan mengikut bentuk badan.

Tidak Jarang

Sumber: Pinterest

Jarang dalam konteks ini adalah kain yang boleh menampakkan susuk tubuh si pemakainya. Pastikan ada inner di dalam untuk memastikan ia tampak lebih sopan sekali gus tampak menarik.

Hiasan

Sumber: Pinterest

Elak hiasan seperti manik dan ropol-ropol yang terlalu sarat. Pilih baju dengan hiasan yang ringkas dan tidak terlalu sarat tetapi memberi impak eksklusif.

Warna

Sumber: Pinterest

Pilihlah warna yang tidak terlalu terang dan menonjol dan terang kerana dikhuatiri warnanya akan menarik perhatian tetamu yang hadir. Seelok-eloknya, pilihlah warna yang lembut dan sedap mata memandang.