Tak salah berniat nak poligami tetapi kena ada ilmu dalam rumah tangga, bukan main redah ikut kepala sendiri.
Nak-nak yang poket tak tebal sangat, kemudian punya anak-anak yang masih kecil. Perangai isteri pula macam mana, semua itu kena ambil kira. Jom pergi lebih jauh!
Nak Poligami Tak Salah Tapi…
Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka. Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.”
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau. Baik, dia begini;
1. Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
Ads
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun.
Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumah tangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Ads
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah!
Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Ads
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu. Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sebelum kahwin, ada beberapa soalan wajib bincang dengan si dia untuk kekalkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina dan elakkan jadi kes penceraian.
Tidak boleh dipandang remeh, menerusi perkongsian saudari Amyra Zamri anda tidak akan mengambil mudah dan wajib discuss dengan potential partner sebelum berkahwin.
Kalau pergi kursus kahwin pun, mesti akan highlights juga beberapa perkara yang sangat remeh dan kita rasa tak masuk akal menjadi punca penceraian. Ada yang jadi punca sebab kain tuala selalu tak sidai, ada yang sebab tak suka mandi, dan paling ketara dek kerana masalah kewangan.
KELUARGA
Lepas kahwin, nak duduk sendiri atau duduk dengan mertua?
Lepas kahwin wife boleh kerja atau tak?
Lelaki okay ke kalau perempuan tak nak kerja after kahwin? Boleh tanggung sepenuhnya?
Plan nak ada anak bila, berapa orang, anak nak hantar pengasuh atau jaga sendiri?
Lelaki okay ke kalau ditakdirkan perempuan tak boleh atau lambat pregnant?
If pregnant nanti, nak bersalin kerajaan atau swasta?
FINANCIAL
Ada commitment/hutang apa? Ada masalah untuk bayar ke tak? Berapa amount?
Ada insurance, saving and emergency saving? Berapa amount?
Bila kahwin nanti gaji cukup tak untuk tanggung? Safe ke kalau nak ada anak?
Estimate nafkah boleh bagi pada isteri berapa?
KESIHATAN
Wajib dan penting untuk dibincangkan tertutamanya penyakit kelamin & penyakit keturunan untuk elakkan masalah dalam perkahwinan dan menyusahkan zuriat dan keturunan . Lebih baik mencegah dari merawat:
T- Ada masalah kesihatan seperti:
-Thalassemia
TB
HIV
Cancer
Penyakit kelamin
Sebarang penyakit genetik yang lain
LAIN-LAIN
Ada masalah tak untuk jadi imam, membimbing, mengajar ilmu agama?
Sebagai suami, boleh ke sama-sama buat kerja rumah untuk ringankan beban isteri?
Bila raya, apa rutin dan persedian? Macam mana nak raikan?
Macam mana nak bagi adil masa hari raya, terutama berlainan negeri/negara.
Tidur dalam gelap atau terang?
Tips untuk bincang dengan pasangan:
1. Lebih baik jumpa depan-depan untuk discuss. Boleh tahu macam mana tengok reaksi sid dia depan-depan. Jangan mesej sahaja pula. Tulis lain, dalam hati lain.
2. Bincang isu ini waktu bertenang dan mood baik. Kalau tak kena keadaan akan jadi tegang dan tak dapat berbincang dengan baik.
3. Beritahu pasangan untuk bincang topiki ini untuk kebaikan masing-masing. Kena matang, kalau tiba-tiba partner tak nak jawab atau mengelak untuk jawab, mungkin si dia masih belum bersedia untuk ke fasa seterusnya. Jangan buang masa!
4. Jika kedua belah pihak bersedia untuk bincang, biar sama-sama lalui semua soalan sampai semuanya jelas.
Baru lah anda betul-betul yakin dan hilang rasa risau dalam hati bila fikir soal lepas kahwin. In shaa Allah!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambal kicap kalau dengan padanannya memang buat kita teringat-ingat. Baik dimakan dengan Pisang Goreng, Ikan Bakar atau boleh dimasukkan ke dalam sup untuk menaikkan rasanya. Sambal kicap memang pelbagai gunanya, jadi memang tak rugi kalau nak buat banyak-banyak dan jadikan stok simpanan.
Perkongsian yang dikongsikan oleh Fatimah Naamat mengenai sambal kicap yang disimpan lama di dalam peti sejuk memang patut kita cuba. Paling menarik katanya, sambal kicap ini mampu bertahan lama, sehingga bertahun lamanya. Jom kita ikut caranya.
Rahsia nak buat sambal kicap yang tahan lama ni Tim belajar dari kak ipar, Kak Ngah namanya. Nilah seronok beripar duai, kita belajar teknik masakan yang banyak.
1. Cili dan kicap mesti sama sukatannya.
Kalau semangkuk cili, kicap pun mesti semangkuk. Tim suka pakai kicap lemak manis. Nak pakai kicap masin kena tambah gula sikit. Letak beberapa ulas bawang putih.cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
2. Kisar lama
Kisar cili dan kicap sampai hancur setiap biji cili. Kisar biar lama sikit. Kalau nak pedas piaw pakailah cili padi semua. Tim campurkan cili siam dan sikit cili hijau.
3. Masak Lama
Masak atas api perlahan sampai ianya pekat dan likat. Kiranya sampai campuran kicap dan cili jadi separuh dari asalnya. Campur cuka atau limau untuk ada elemen masam.
Sambal kicap ni boleh simpan bertahun-tahun dalam peti ais. Boleh cicah dengan ikan bakar atau letak dalam sup panas.
Bukan sahaja perkongsian 3 cara ini, malah tiga rakan-rakan Fb juga berkongsi rahsia mereka sendiri untuk memastikan Sambal Kicap lagi sedap dan power. Jom tiru.
cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
cara masak sambal kicap, cara buat sambal kicap, petua sambal kicap, resepi sambal kicap, resepi sambal kicap johor
Puan Aini – Bakar bawang putih sekali dengan kulit dia sebelum masuk blender. Sambal kicap akan lebih wangi.
Puan Nisa – Boleh campur belacan goreng pada yang suka.
Puan Fawzika – Goreng layu dengan sedikit minyak bawang putih, cili dan sedikit kismis sebelum kisar dan masak. Letakkan sedikit cuka ketika masak. Sambal jadi berkilat.
Selamat mencuba.
Credit : Fatimah Naamat
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buasir merupakan antara penyakit yang seringkali terjadi di kalangan kita namun jarang dibincangkan secara terbuka mungkin kerana malu. Malah, ramai yang memilih untuk menahan sakit hanya kerana tidak mahu ada sesiapa yang tahu mengenainya. Buasir atau dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘haemorrhoids’ adalah berpunca daripada pembengkakan saluran darah vena di bawah rektum dan dubur. Antara yang berisiko untuk menghadapi masalah ini adalah mereka yang mengandung, golongan yang memiliki berat badan yang berlebihan, berdiri dalam jangka waktu yang lama setiap hari atau selalu mengangkat benda berat dengan cara yang salah. Bagi wanita yang mengandung risiko untuk menghadapi masalah buasir adalah tinggi.
PENYEBAB BUASIR
Memetik dari portal The Asian Parent, antara faktor penyebab buasir dikalangan ibu mengandung adalah: Perubahan hormon yang menyebabkan gangguan pada sistem pencernaan badan. Jadi, ibu mengandung akan cenderung untuk mengalami sembelit. Ketika sembelit terjadi, pesakit akan meneran dengan kuat semasa membuang air besar dan menyebabkan tekanan yang berlebihan pada bahagian dubur. Semasa kehamilan, rahim kita akan semakin besar dan jumlah darah juga akan bertambah. Inilah yang menyebabkan lebih banyak tekanan pada kawasan dubur dan menyebabkan salur darah vena membengkak dan menjadi radang. Vitamin-vitamin yang diambil semasa pranatal mengandungi zat besi sintetik yang menyumbang kepada sembelit. Proses meneran untuk menolak bayi keluar menyebabkan tekanan yang tinggi pada rektum dan dubur yang mengakibatkan buasir berlaku.
JENIS-JENIS BUASIR
Buasir boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu: Buasir dalaman – bengkak di lapisan dalam dubur dan tidak sakit. Pesakit mungkin akan mengadu kesakitan jika ia bengkak, berdarah dan terkeluar (prolapse).; Buasir luaran – bengkak di luar dubur. Pesakit akan mengadu sakit, mengalami pendarahan, rasa gatal-gatal atau bengkak semasa membuang air besar.
PETUA SEMULAJADI RAWAT BUASIR
Selain mengamalkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, terdapat beberapa cara semulajadi yang boleh diamalkan untuk merawat buasir ini.
Rendam bahagian punggung ke dalam campuran setengah cawan cuka epal mentah dengan air.
Sapukan minyak kelapa pada kawasan yang mengalami radang. Minyak kelapa mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antikulat yang boleh membantu melegakan rasa gatal-gatal, kesakitan, keradangan.
Sediakan kompres dengan menggunakan Witch hazel. Rendam sekeping tuala wanita ke dalam larutan Witch hazel organik, sejukkan/bekukan dan gunakan pada kawasan buasir. Cara ini juga boleh memberi manfaat kepada wanita yang baru melahirkan anak kerana fungsi kompres adalah untuk menenang dan menyembuhkan kawasan radang.
Gunakan hirisan lidah buaya segar yang telah dibuang kulit pada kawasan radang.
Pilih vitamin pranatal yang diperbuat daripada sumber makanan kerana ia lebih mudah diserap dan tidak akan menyebabkan sembelit berbanding vitamin sintetik, terutamanya zat besi.
Minum air yang secukupnya walaupun ini boleh menyebabkan anda kencing lebih kerap. Jika anda tidak minum air dengan banyak, tubuh anda akan menyerap air melalui usus dan meninggalkan najis kering yang sukar untuk diteran.
Amalkan pemakanan yang sihat dan pastikan anda makan makanan yang mempunyai banyak serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Benih chia yang direndam boleh membantu pergerakan usus dan sumber lemak yang baik seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan avokado boleh berfungsi sebagai pelincir di dalam usus.
Mengambil probiotik atau makanan bertapai.
Kebiasaannya, buasir akan mulai pulih selepas beberapa hari mengamalkan petua-petua di atas. Namun, sekiranya masalah semakin teruk atau tidak pulih, sebaiknya rujuk kepada pakar perubatan ye. Jangan sampai ianya melarat!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!