Nak pujuk isteri ni tak perlu menang debat. Dia membebel cam mana sakit hati pun cuba suami peluk hari hari, pagi pagi cium isteri.

Mesti dia buat segala nya untuk keluarga dia. Yang penat pun hilang penat dia.

Dia masak puji lah sedap walau tak berapa sedap. Tu mendorong dia rajin lagi memasak. Lama lama makin sedap lah dia masak.

Buat baik pada isteri. Ambil perhatian pada dia.

Sebelum suami jadi ayah. Dia lah bagi suami pengalaman jabat tangan tok kadi dan pengalaman menjadi seorang suami.

Isteri tu kita pilih dia ke dalam hidup kita. Kita yang berjuang nak dapat kan dia. Baik buruk dia, busuk wangi dia, salah tingkah laku dia.

Nak Pujuk Isteri Tak Perlu Menang Debat, InshaAllah Tak Susah Isteri Nak Dengar Cakap Suami

IKLAN

Jaga isteri ni memang susah tapi senang kalau kita tahu cara nak lembut kan nya.

Ingat lah, isteri lah yang ada waktu kita susah, jaga waktu kita sakit. Siapa yang tahan dengan perangai kita kalau bukan isteri.

Maafkan lah isteri.
Didik dia dengan kelembutan.

Keras cam mana pun isteri ni, makin suami peluk, makin suami puji, dia makin lembut.

IKLAN

Isteri bukan untuk di tentang, di herdik, di aibkan, di buruk kan, isteri untuk dilindungi, di sayangi, di manja dan dibelai.

Sama bila suami minta dimanja dan masa isteri bila ada anak anak, begitulah isteri dia masih perlukan suami nya manjakan dia seperti bercinta dulu.

Suami kena jadi tempat isteri meluah rasa, bukan orang lain tempat isteri mengadu masalah rumah tangga.

IKLAN

Nak Pujuk Isteri Tak Perlu Menang Debat, InshaAllah Tak Susah Isteri Nak Dengar Cakap Suami

Suami lah ketua, suami lah paling manjakan isteri. Insha Allah tak susah isteri nak dengar cakap suami.

Berlembut bukan bererti mengalah dalam rumah tangga.

Mengalah bererti menyelamatkan cinta dalam rumah tangga.

Sumber : Dari Isteri Untuk Suami Tercinta

Gambar hiasan : Tangkap Pictures

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI